Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Jom.. imarahkan surau untuk mendapat redha Allah

Archive for November, 2019

Jadual Pengajian bulan Dis 2019

Posted by suraukhairiahkgtengah on November 30, 2019

Dikembarkan Jadual Pengajian Bulan Disember 2019 untuk rujukan para jemaah. Beberapa aktiviti dirancang pada bulan Disember ini:

  1. Dua lawatan dirancang yang akan dilaksanakan jika ada penyertaan yang mencukupi.
  2. Majlis menyantuni anak-anak yatim serta asnaf kariah Suraui akan diadakan pada 26 Disember.

xx

Jadual Dis 2019

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Pelancaran QR Code untuk derma kepada Tabung Surau

Posted by suraukhairiahkgtengah on November 28, 2019

Penggunaan QR Code untuk menabung secara ONLINE kepada akaun Surau Khairiah Kg Tengah di Bank Muamalat boleh dibuat dengan mengimbas QR Code yang tertera…senang dan cepat.

Sumbangan para jemaah dan ummah diseluruh dunia dialu-alukan.

QR code surau khairiah

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Pertandingan Futsal Maulidur Rasul 2019

Posted by suraukhairiahkgtengah on November 11, 2019

Pertandingan Futsal telah dimulakan jam 9.00 pagi pada 10 Nov 2019.. Penyertaan sangat menggalakkan. Lebih 8 team telah dibentuk daripada remaja yang hadir.

Penyerahan Hadiah bagi empat team yang terbaik akan dibuat pada Malam Kuliah Maghrib Khas Sambutan Maulidur Rasul pada malam Jumaat 14 Nov 2019…

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Pertandingan Membaca dan Hafazan Al-Quran Maulidur Rasul 2019

Posted by suraukhairiahkgtengah on November 10, 2019

Pertandingan Membaca dan Hafazan Al-Quran telah dimulakan jam 9.00 pagi pada 10 Nov 2019.. Penyertaan yang terbaik adalah seperti berikut:

Kategori Tadika:

  1. Musfirah Hurun”Ayn binti Muzakkir (11 thn)
  2. Daris Daniel Rafael bin Mazran(4 thn)
  3. Umar Hamzah (6thn)

Kategori Sekolah Rendah:

(Kategori bagi Darjah 1-3 dan 4-6 digabungkan menjadi satu kategori)

Penyertaan 5 terbaik adalah seperti berikut:

  1. Azka Muzakkir
  2. Atqa Muzakkir
  3. Nadim
  4. Mior Mohd Rayyan bin Shafifullah
  5. Syarifah Fea bt Syed Mohd Syawalulail

Kategori Sekolah Menengah:

  1. Wan Nur Taqiyah bt Wan Mohd Nur Hafiz
  2. Muhammad Affif bin Mohammad Azlan
  3. Wan Nur Murdiyah b Wan Akmal Hisham

Hanya hadiah saguhati diserahkan pada hari pertandingan. Penyerahan Hadiah bagi pemenang akan dibuat pada Malam Kuliah Maghrib Khas Sambutan Maulidur Rasul pada malam Jumaat 14 Nov 2019…

Penyertaan adalah seramai 5 Kategori Tadika, 13 Kategori Sekolah Rendah dan 3 remaja bagi kategori Sekolah Menengah.

 

 

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Pertandingan Lafaz Azan Maulidur Rasul 2019

Posted by suraukhairiahkgtengah on November 9, 2019

Pertandingan Lafaz Azan telah diadakan sebagai salah satu daripada Program Sambutan Maulidur Rasul mula jam 2.00 petang pada 9 Nov 2019.. Pemenang untuk 3 tempat pertama adalah seperti berikut:

Kategori Sekolah Menengah:

(Jumlah penyertaan: 7 remaja)

  1. Muhammad Aizat bin Abdullah
  2. Amirul Irfan
  3. Muhammad Affif bin Muhammad Azlan

Kategori Sekolah Rendah:

(Jumlah penyertaan: 11 remaja)

  1. Hanif Yahya b Zulkifli
  2. Azka Muzakkir
  3. Atqa Muzakkir

Hanya hadiah saguhati diserahkan pada hari pertandingan. Penyerahan Hadiah bagi pemenang akan dibuat pada Malam Kuliah Maghrib Khas Sambutan Maulidur Rasul pada malam Jumaat 14 Nov 2019…

Penyertaan adalah seramai 7 remaja bagi kategori Menengah dan 11 remaja bagi kategori sekolah rendah.

 

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Sepanduk Perarakan Maulidur Rasul 2019

Posted by suraukhairiahkgtengah on November 9, 2019

Sepanduk dengan tema “Negara Rahmah, Ummah Sejahtera” bagi penyertaan perarakan Maulidur Rasul 2019..

Sepanduk pic

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Perarakan Maulidur Rasul 2019

Posted by suraukhairiahkgtengah on November 9, 2019

Perarakan telah bermula jam 8.00 pagi daripada perkarangan Surau Khairiah ke Masjid As-Shariff pada 9 Nov 2019. Surau Khairiah telah menjuarai perarakan tahun ini… syabas kepada semua yang mengambil bahagian…

Piala johan

 

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »