Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Jom.. imarahkan surau untuk mendapat redha Allah

Archive for December, 2018

Jadual Pengajian Bulan Januari 2019

Posted by suraukhairiahkgtengah on December 31, 2018

Dipaparkan jadual pengajian sepanjang Bulan Januari 2019 sebagai panduan para jemaah semua.

Beramai-ramailah kita mengimarahkan Surau Khairiah dengan menghadiri Majlis Ilmu yang diadakan.. in shaa Allah

Jadual Jan 2019

Advertisements

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Program “Back to School”

Posted by suraukhairiahkgtengah on December 27, 2018

Gunting Rambut percuma ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak kariah yang akan mula sesi persekolahan minggu hadapan. Mereka yang ingin menggunakan kemudahan ini bolehlah datang ke Surau pada hari Sabtu dan Ahad (29 dan 30 hb Dis 2018) diantara jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Untuk orang dewasa caj RM5.00 dikenakan.

WhatsApp Image 2018-12-27 at 8.59.27 PM

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Kuliah Maghrib khas Maulidur Rasul..

Posted by suraukhairiahkgtengah on December 27, 2018

Tarikh: 27 hb Disember 2018

Kuliah Maghrib Khas bersama Maulana Wan Helmi Wan Mohamed

Tajuk: “Ya Muhammad”

Semua dijemput.. jamuan disediakan

WhatsApp Image 2018-11-20 at 7.23.59 PM

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Sekitar aktiviti Pertandingan Tilawah dan Hafazan Al-Quran dan Mewarna..

Posted by suraukhairiahkgtengah on December 25, 2018

Pertandingan tilawah dan hafazan untuk para remaja dibawah 15 tahun serta pertandingan mewarna bagi mereka dibawah 9 tahun diadakan pada 25hb Disember 2018 bermula jam 9.30 pagi.

Penyertaan terbuka kepada semua anak kariah dan luar kariah telah dihadiri oleh 14 remaja bagi Hafazan, 13 remaja bagi Tilawah dan lebih 20 anak2 bagi mewarna.

Pertandingan mewarna telah  dibantu oleh Genius Aulad yang telah mengendalikan sesi ini serta menyediakan hadiah-hadiah. Sepuluh hadiah untuk 10 pemenang dan saguhati kepada yang lain.

Semua peserta tilawah dan hafazan telah juga diberi saguhati dan hadiah bagi pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga.

Terima kasih kepada semua remaja yang mengambil bahagian serta Ibu Bapa yang turut hadir.

Jazakumullahu khairan

 

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Sekitar Program Pemantapan Solat REMAJA..

Posted by suraukhairiahkgtengah on December 23, 2018

Program Pemantapan Solat telah disertai oleh 17 remaja anak kariah bersama beberapa para ibu bapa. Program yang disempurnakan pada 22hb. Dis 2018 mulai jam 10.00 pagi hingga 12.45 tgh hari telah dikendali oleh Ust Muhammad Aryf Zaki dengan bantuan overhead projection dan nota program.

Program disudahi dengan jamuan makan tengah hari..

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Aktiviti Pertandingan Tilawah dan Hafazan Al-Quran dan Mewarna..

Posted by suraukhairiahkgtengah on December 17, 2018

Pertandingan tilawah dan hafazan untuk para remaja dibawah 15 tahun serta pertandingan mewarna bagi peringkat tadika akan diadakan pada 25hb Disember 2018 bermula jam 9.00 pagi.

Penyertaan terbuka kepada semua anak kariah dan luar kariah.

Hadiah lumayan menanti juara tempat pertama, kedua dan ketiga bagi semua kategori. Semua yang hadir akan mendapat saguhati.

Ibubapa juga dijemput untuk bersama menyaksi telatah anak remaja kita..

Jamuan akan disediakan.

WhatsApp Image 2018-12-13 at 10.07.09 AM

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Program Pemantapan Solat REMAJA..

Posted by suraukhairiahkgtengah on December 17, 2018

Program Pemantapan Solat bagi REMAJA akan diadakan pada:

Tarikh: 22hb Disember 2018

Masa: 8.00 – 11.30 pagi

Pengajar: Ustaz Muhd Aryf Zaki, Mudir Pusat Tahfis Darul Haafizhin

Ibu bapa juga dipelawa untuk mengikuti bersama.

Jamuan tengah hari akan disediakan

WhatsApp Image 2018-12-12 at 10.57.30 PM

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »