Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Jom.. imarahkan surau untuk mendapat redha Allah

Archive for October, 2017

Jadual Pengajian Bulan NOV 2017

Posted by suraukhairiahkgtengah on October 30, 2017

Jadual Nov 2017.. 1⃣ Kelas Bahasa Arab ditiadakan 2⃣ Hari Ahad malam Isnin – rehat. 3⃣ Kelas Mushafahah Ust Dr Saiful Azizi ditukar kpd Jumaat minggu kedua… jazakumullahu khairan

Jadual Nov 2017

 

Advertisements

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Sekitar Mesyuarat Agung Tahunan Tahun 2016

Posted by suraukhairiahkgtengah on October 29, 2017

Mesyuarat Agung Tahunan bagi Tahun 2016 telah diadakan dengan jayanya pada 29hb OKTOBER 2017(AHAD) dengan kehadiran 18 jemaah.

Terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk hadir. Mesyuarat telah diakhiri dengan jamuan tengahari.

 

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Sekitar Kuliah Subuh Khas bersama REMAJA

Posted by suraukhairiahkgtengah on October 28, 2017

Kuliah Subuh Khas bagi Anak2 muda dan remaja telah berjaya diadakan dengan kehadiran ramai anok2 muda:

Tarikh: 28hb Okt 2017(SABTU): 

Tajuk: Ciri2 Pemuda Idaman Syurga

Penyampai: Ustaz Muhammad Aryf Zaki b Mohd Ali

Jamuan Nasi Lemak Spesial telah dihidang.

Kuliah Subuh ini akan dijadikan kuliah tetap pada pagi Sabtu minggu keempat bersama Ust Muhammad Aryf Zaki.

Mulai jam 9.00 pagi mereka telah beredar untuk perlawanan futsal di Gelanggang Futsal… syabas para remaja semua.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

KULIAH SUBUH KHAS BAGI REMAJA

Posted by suraukhairiahkgtengah on October 12, 2017

Kuliah Subuh Khas bagi Anak2 muda dan remaja akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 28hb Okt 2017(SABTU): 

Tajuk: Ciri2 Pemuda Idaman Syurga

Penyampai: Ustaz Muhammad Aryf Zaki b Mohd Ali

Jamuan Nasi Lemak akan disediakan.

Para pemuda yang menghadiri kuliah khas ini akan menyertai perlawanan Badminton yang dirancang bermula jam 9.00 pagi pada Sabtu 28hb Okt 2017.

WhatsApp Image 2017-09-29 at 21.56.05

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN TAHUN 2016

Posted by suraukhairiahkgtengah on October 12, 2017

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BAGI TAHUN 2016

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan bagi Tahun 2016 akan diadakan pada tarikh dan masa berikut :

Tarikh :                29hb OKTOBER 2017(AHAD)

Masa :                  Mulai 10.00 pagi

Tempat :             Dewan Solat Surau Khairiah Kg Tengah.

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

  1. Pendaftaran kehadiran
  2. Bacaan Doa.
  3. Pembukaan oleh Pengerusi.
  4. Mesyuarat Agung Tahunan bagi Tahun 2016 :
    • Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung bagi Tahun 2015.
    • Pembentangan dan pengesahan Laporan Aktiviti Surau 2016-2017.
    • Pembentangan dan pengesahan Laporan Kewangan yang berakhir Disember 2016.
    • Usul dan Cadangan (jika ada)
  5. Ucapan Penangguhan.
  6. Jamuan Makan

Semua anak kariah dijemput hadir.

Jazakallahu Khairan Kasiran.

tt

(Ir. Hj. Mohd Jaaffar bin Mohd Daud)

Pengerusi sesi 2017-2019

s.k Nazir Masjid Al-Shariff

WhatsApp Image 2017-09-13 at 14.14.58

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Memasak Bubur Asyura..

Posted by suraukhairiahkgtengah on October 8, 2017

Acara memasak Bubur Asyura telah berjalan daripada pagi hari Ahad 8hb Okt 2017 hingga waktu Asar. Resipi yang digunakan ialah seperti berikut:

Bubur Asyura ..resipi Nismilan (Rembau)

Bahan2 dan ramuannya.

  1. Beras. 10kg
  2. Daging. 5kg
  3. Santan 5kg
  4. Kacang tanah. 3kg
  5. Karot. 3kg
  6. Bawang merah 0.5kg
  7. Bawang goreng 3pkt
  8. Daun Sup.      2kg
  9. Daun bawang 2kg
  10. Bunga lawang..buah pelaga..kulit Kayu Manis ..250 gram

xxxxxx

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Program Gotong Royong Masak Bubur Asyura

Posted by suraukhairiahkgtengah on October 1, 2017

Program ini dijadualkan pada 8hb Okt 2017 (Ahad) bermula jam 8.30 pagi.

Jemaah diminta untuk bersama bergotong royong menyedia dan memasak bubur Asyura. Sumbangan untuk menampung kos dialu-alukan…

WhatsApp Image 2017-09-25 at 21.40.08

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Majlis Iftar Jama’i Puasa Sunat Asyura

Posted by suraukhairiahkgtengah on October 1, 2017

Majlis telah diadakan pada 1hb Okt 2017… bermula jam 6.00 ptg dengan bacaan Tahlil dan Doa Selamat..

Puasa 10 muharram 02

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »