Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Jom.. imarahkan surau untuk mendapat redha Allah

TAWARAN SEBUTHARGA: Membekal Juadah bagi Majlis Berbuka Puasa(Iftar), Moreh dan Sahur bagi Ramadhan Tahun 2017/1438H

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 8, 2017

TAWARAN SEBUTHARGA:

Membekal  Juadah bagi Majlis Berbuka Puasa(Iftar), Moreh dan Sahur bagi Ramadhan Tahun 2017/1438H

Skop kerja:

  1. Membekal juadah bagi majlis berbuka puasa, moreh dan bersahur bagi hari-hari dan bilangan yang ditentukan. Spesifikasi ringkas bagi setiap kategori juadah adalah sepeti berikut:
  2. Makanan bagi jamuan Sahur pada hari-hari yang akan ditentukan adalah secara berbungkus, terdiri daripada nasi putih, satu jenis lauk dan sayur. Air minuman akan disediakan oleh pihak Surau. Bilangan minima 30 bungkus bagi 12 waktu sahur.
  3. Makanan untuk berbuka puasa (Iftar) bagi tiap-tiap hari: Jamuan hendaklah terdiri daripada hidangan nasi serta satu jenis lauk dan sayur dan disertai dengan satu jenis kuih dan satu jenis buahan. Air minuman panas (teh ore) dan air sejuk (mixed cordial) perlu disediakan. Persediaan adalah untuk 50 orang pada setiap hari. Bilangan akan dipinda jika terdapat kekurangan atau pertambahan jemaah yang hadir.
  4. Makanan bagi jamuan moreh yang akan diadakan selepas Solat Terawih bagi tiap-tiap malam hendaklah terdiri daripada satu jenis makanan ringan seperti mee goreng, lontong dan sebagainya disertai hidangan satu jenis kuih dan satu jenis buahan. Air minuman panas (teh ore) dan air sejuk (mixed cordial) perlu disediakan. Persediaan untuk 50 orang diperlukan.
  5. Pada malam 27 Ramadhan, makanan bagi jamuan moreh yang agak istimewa diperlukan. Jamuannya terdiri daripada nasi minyak atau seumpamanya serta dua jenis lauk, sayur dan satu jenis kueh serta satu jenis buahan untuk minima 120 jemaah.  Air minuman panas (teh ore) dan air sejuk (mixed cordial) perlu disediakan.
  6. Hidangan buffet akan dibuat dalam dua bahagian, muslimat disebelah belakang Surau dan muslimin disebelah depan Surau.
  7. Bagi hidangan moreh, sebanyak lebihkurang 1/2 daripada juadah akan dihidang untuk jemaah yang membuat Terawih 8 rakaat dan selebihnya untuk jemaah yang membuat Terawih 20 rakaat.
  8. Pembekal dikehendaki membekalkan Buah Tamar untuk waktu berbuka yang secukupnya untuk setiap hari.

Syarat penawaran:

  1. Anggaran kos bagi setiap kategori telah ditetapkan seperti dalam borang Tawaran Sebutharga yang disertakan. Walaupun begitu Pembekal boleh memberi cadangan perubahan kepada kos setiap kategori tetapi mesti disusuli dengan justifikasi yang munasabah.
  2. Anggaran kos ini adalah hanya untuk kos penyediaan dan pembekalan juadah SAHAJA. Pihak Surau akan membuat kerja-kerja menghidangkan juadah ini secara buffet serta mengemas dan membersihkan selepas jamuan.Walaupunbegitu pembekal juadah hendaklah memberi kos untuk membuat kerja menghidangkan juadah ini secara buffet serta mengemas dan membersihkan selepas jamuan diruangan bil. 6 dalam Borang Tawaran Sebutharga sebagai opsyen untuk pihak Surau membuat pilihan. 
  3. Sebutharga hendaklah dikembarkan dengan senarai menu bagi setiap kategori. Sekurangnya lima jenis menu perlu ditawarkan bagi setiap kategori. Pihak surau akan membuat pilihan menu tersebut dan jadual menu bagi sebulan perlu dirangka sebagai panduan.
  4. Tawaran dibuka mulai 5hb Mei 2017 dan akan ditutup jam 12.00 tengah hari pada ………. . 11 Mei 2017
  5.  Tawaran hendaklah dikemukakan kepada Bendahari atau mana-mana AJK dalam sampul tertutup sebelum tarikh tutup.
  6. Apabila telah ditawarkan, perundingan akan diadakan untuk merangka jadual bagi sepanjang bulan dan menentukan bilangan minima makanan yang perlu disediakan dan perkara-perkara lain.
  7. Pembekal yang terpilih perlu berkerjasama untuk memastikan penyediaan juadah yang terbaik dan sedap dimakan. Pemantauan akan dibuat oleh pihak Surau dan pembekal mesti menerima teguran untuk memperbaiki atau menukar juadah jika dikehendaki.

Pengerusi Surau Khairiah

4 Mei  2017

BORANG TAWARAN BOLEH DIMUATTURUN (File PDF):  Tawaran sebutharga Jamuan puasa 2017

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: