Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Jom.. imarahkan surau untuk mendapat redha Allah

Archive for May, 2017

Jadual Pengajian bulan JUN 2017

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 28, 2017

Jadual pengajian bagi Bulan Jun 2017…. hanya Kuliah Subuh (pada pagi Sabtu, Ahad dan hari Nuzul Quran) dan Kuliah Dhuha (Muslimat) dikekalkan sepanjang bulan Ramadhan. Sila semak Jadual Aktiviti Ramadhan 1438H yang memuatkan aktiviti lain yang diadakan khas pada bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Jadual Pengajian Jun 2017

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Aktiviti Ramadhan Hujung Minggu 1

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 26, 2017

Hujung minggu pertama 27 Mei dan 28 Mei akan diisi dengan Kuliah Subuh dan Kuliah Dzuhor:

WhatsApp Image 2017-05-26 at 11.33.13 PM(1)

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Jadual Aktiviti Ramadhan 1438H

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 25, 2017

Jadual sepanjang Ramadhan Al-Mubarak yang memperincikan aktiviti:

  • Solat terawih … Iman dan Bilal yg bertugas
  • Qiamulail dan Kuliah Subuh dgn Ust yang memimpin serta tajuk kuliah ..hujung minggu(Sabtu & Ahad)
  • Kuliah Dzuhor dgn Ust dan tajuk kuliah .. hujung minggu (Sabtu & Ahad)
  •  Aktiviti: Taddarus, Sahur, Bubur Lambok, Majlis Iftar (Berbuka), Moreh dan Iktikaf
  • Majlis Khatam pada 27hb Ramadhan.

Semua jemaah dijemput untuk bersama disepanjang Ramadhan Kareem..

Jadual Ramadhan 2017

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Salam Ramadhan 1438H..

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 24, 2017

Barisan AJK Surau Khairiah mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf daripada semua jemaah anak kariah surau diatas apa-apa kesilapan atau kesalahan didalam pengurusan surau dan mengucapkan Ramadhan Kareem semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yg telah lalu…  dan sama-samalah kita  hiasi diri dengan AMALAN dan TAQWA serta mengimarahkan surau …. in shaa Allah

Ramadhan mubarak 10ft x 4ft.jpg

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Sekitar Gotong Royong operasi pembersihan..

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 21, 2017

Majlis Gotong Royong berlangsung mulai pukul 8.30 pagi pada 21 Mei  2017.

Sekalung Penghargaan buat semua terutama Pengerusi Persatuan Penduduk; Tn. Hj Syed Haidzir, President Wakaf Group Tn. Hj. Shafie kerana terus komited dan konsisten melaksanakan t/jawab menjaga rumah Allah ini.

Jutaan terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian dan seluruh Ahli jamaah yg dimuliakan oleh Allah swt, bertungkus lumus melaksanakan program yg dirancang sehingga berjaya.

Jazakumullah khairan katsiran wajazakumullah ahsanal Jaza.
Semuga Allah membalas kalian dgn kebaikan.😊

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Pelupusan Ayat Suci Al-Quran Lama..

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 21, 2017

Bermula pada 26hb Mar. 2017 lepas, pegumpulan Ayat Suci Al-Quran lama daripada anak kariah telah dibuat. Sejumlah naskhah Al-Quran lama dan kitab lama yang dianggarkan seberat 50kg telah berjaya dikumpul dan dihantar untuk pelupusan pada 20hb Mei 2017.

WhatsApp Image 2017-05-16 at 6.26.27 PM

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Sumbangan bagi aktiviti sepanjang RAMADHAN 1438H

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 20, 2017

IHYA’ RAMADHAN…

Surau Khairiah dengan rendah diri membuka peluang kepada semua muslimin dan muslimat untuk menginfaq sumbangan/derma untuk aktiviti sepanjang Ramadhan 1438H.

Muatturun pamplet Borang Sumbangan: Pamplet (cover)  & Pamplet (borang)

Sumbangan secara ONLINE terus ke akaun Surau Khairiah seperti berikut:

Nama: SURAU KHAIRIAH KG TENGAH GOMBAK

No. Akaun: 1401 0000 409719 (BANK MUAMALAT)

Sumbangan tuan/puan didahului dengan berbanyak terima kasih.. jazakumullahu khairan kathiran

pamplet 01

pamplet 02

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Gotong Royong membersih sekitar Surau

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 20, 2017

Semua anak kariah dijemput untuk bersama dalam Majlis Gotong Royong membersih kelengkapan serta sekitar Surau … bersiap sedia untuk menyambut bulan Ramadhan yang ditungu-tunggu.

Tarikh: 21 Mei 2017 (AHAD)

Masa:  Mulai 8.30 pagi

Jamuan ringan akan disediakan..

WhatsApp Image 2017-05-14 at 5.43.57 PM

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

TAWARAN SEBUTHARGA: Membekal Juadah bagi Majlis Berbuka Puasa(Iftar), Moreh dan Sahur bagi Ramadhan Tahun 2017/1438H

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 8, 2017

TAWARAN SEBUTHARGA:

Membekal  Juadah bagi Majlis Berbuka Puasa(Iftar), Moreh dan Sahur bagi Ramadhan Tahun 2017/1438H

Skop kerja:

  1. Membekal juadah bagi majlis berbuka puasa, moreh dan bersahur bagi hari-hari dan bilangan yang ditentukan. Spesifikasi ringkas bagi setiap kategori juadah adalah sepeti berikut:
  2. Makanan bagi jamuan Sahur pada hari-hari yang akan ditentukan adalah secara berbungkus, terdiri daripada nasi putih, satu jenis lauk dan sayur. Air minuman akan disediakan oleh pihak Surau. Bilangan minima 30 bungkus bagi 12 waktu sahur.
  3. Makanan untuk berbuka puasa (Iftar) bagi tiap-tiap hari: Jamuan hendaklah terdiri daripada hidangan nasi serta satu jenis lauk dan sayur dan disertai dengan satu jenis kuih dan satu jenis buahan. Air minuman panas (teh ore) dan air sejuk (mixed cordial) perlu disediakan. Persediaan adalah untuk 50 orang pada setiap hari. Bilangan akan dipinda jika terdapat kekurangan atau pertambahan jemaah yang hadir.
  4. Makanan bagi jamuan moreh yang akan diadakan selepas Solat Terawih bagi tiap-tiap malam hendaklah terdiri daripada satu jenis makanan ringan seperti mee goreng, lontong dan sebagainya disertai hidangan satu jenis kuih dan satu jenis buahan. Air minuman panas (teh ore) dan air sejuk (mixed cordial) perlu disediakan. Persediaan untuk 50 orang diperlukan.
  5. Pada malam 27 Ramadhan, makanan bagi jamuan moreh yang agak istimewa diperlukan. Jamuannya terdiri daripada nasi minyak atau seumpamanya serta dua jenis lauk, sayur dan satu jenis kueh serta satu jenis buahan untuk minima 120 jemaah.  Air minuman panas (teh ore) dan air sejuk (mixed cordial) perlu disediakan.
  6. Hidangan buffet akan dibuat dalam dua bahagian, muslimat disebelah belakang Surau dan muslimin disebelah depan Surau.
  7. Bagi hidangan moreh, sebanyak lebihkurang 1/2 daripada juadah akan dihidang untuk jemaah yang membuat Terawih 8 rakaat dan selebihnya untuk jemaah yang membuat Terawih 20 rakaat.
  8. Pembekal dikehendaki membekalkan Buah Tamar untuk waktu berbuka yang secukupnya untuk setiap hari.

Syarat penawaran:

  1. Anggaran kos bagi setiap kategori telah ditetapkan seperti dalam borang Tawaran Sebutharga yang disertakan. Walaupun begitu Pembekal boleh memberi cadangan perubahan kepada kos setiap kategori tetapi mesti disusuli dengan justifikasi yang munasabah.
  2. Anggaran kos ini adalah hanya untuk kos penyediaan dan pembekalan juadah SAHAJA. Pihak Surau akan membuat kerja-kerja menghidangkan juadah ini secara buffet serta mengemas dan membersihkan selepas jamuan.Walaupunbegitu pembekal juadah hendaklah memberi kos untuk membuat kerja menghidangkan juadah ini secara buffet serta mengemas dan membersihkan selepas jamuan diruangan bil. 6 dalam Borang Tawaran Sebutharga sebagai opsyen untuk pihak Surau membuat pilihan. 
  3. Sebutharga hendaklah dikembarkan dengan senarai menu bagi setiap kategori. Sekurangnya lima jenis menu perlu ditawarkan bagi setiap kategori. Pihak surau akan membuat pilihan menu tersebut dan jadual menu bagi sebulan perlu dirangka sebagai panduan.
  4. Tawaran dibuka mulai 5hb Mei 2017 dan akan ditutup jam 12.00 tengah hari pada ………. . 11 Mei 2017
  5.  Tawaran hendaklah dikemukakan kepada Bendahari atau mana-mana AJK dalam sampul tertutup sebelum tarikh tutup.
  6. Apabila telah ditawarkan, perundingan akan diadakan untuk merangka jadual bagi sepanjang bulan dan menentukan bilangan minima makanan yang perlu disediakan dan perkara-perkara lain.
  7. Pembekal yang terpilih perlu berkerjasama untuk memastikan penyediaan juadah yang terbaik dan sedap dimakan. Pemantauan akan dibuat oleh pihak Surau dan pembekal mesti menerima teguran untuk memperbaiki atau menukar juadah jika dikehendaki.

Pengerusi Surau Khairiah

4 Mei  2017

BORANG TAWARAN BOLEH DIMUATTURUN (File PDF):  Tawaran sebutharga Jamuan puasa 2017

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »