Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Jom.. imarahkan surau untuk mendapat redha Allah

Archive for March, 2017

Meja baru… utk majlis pengajian

Posted by suraukhairiahkgtengah on March 30, 2017

Meja baru telah siap untuk digunakan mulai dengan Kuliah Khas pada 18hb Mac 2017.. dibuat dengan solid wood dan beroda. Nama Surau diukir dan dicat warna mas.

Meja 1Meja 2

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Jadual Pengajian bulan April 2017

Posted by suraukhairiahkgtengah on March 30, 2017

Pada bulan April, beberapa aktiviti khas telah dirancang:

  • Qiamulail pada 2, 16 dan 30 April mulai jam 4.30 pagi.
  • Majlis Sambutan Israk & Mikraj pada 27hb. April dengan Kuliah Maghrib Khas bersama Ust Dr. Sabri bin Zakaria dan diselingi dengan persembahan bacaan selawat dan qasidah.
  • Program anjuran Biro Pemuda dengan aktiviti lasak mencari juara Paintball Shooter pada 16April.
  • Program lawatan kilang anjuran Biro Muslimat: Lawatan ke Kilang BAK Tailor pada 26April.

Semua jemaah dipersila untuk bersama menjayakan aktiviti serta pengajian pada bulan April 2017 ini.. Jazakumullahu kahiran kathiran

Jadual April 17

Posted in Jadual Kuliah | Leave a Comment »

Pelupusan Ayat Suci Al-Quran Lama..

Posted by suraukhairiahkgtengah on March 26, 2017

Perkhidmatan untuk  pelupusan ayat suci Al-Quran dimushaf atau tertulis dibahan bacaan atau sebagainya akan disediakan bagi jemaah Kariah Surau mulai sekarang hingga akhir bulan April 2017. Diharap perkhidmatan ini akan mendapat sambutan para jemaah untuk memastikan ayat suci yang tersimpan lama tidak terbiar begitu sahaja.. yang terbaiknya ianya dilupus secara syariah… in shaa Allah

WhatsApp Image 2017-03-24 at 10.55.27 PM

Posted in Am | Leave a Comment »

Sekitar Kuliah Khas bersama Ustz Dr Sharifah Hayaati…

Posted by suraukhairiahkgtengah on March 19, 2017

Tarikh: 18 Mac 2017 (Sabtu) – Kuliah Maghrib Khas bersama Ustazah Prof Madya Dr Sharifah Hayaati dengan tajuk “Berkat Dicari, Bahagia Menanti”

IMG_20170318_200129

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Kelas Al-Quran Kanak2 & Remaja

Posted by suraukhairiahkgtengah on March 18, 2017

Halqah Annur Kelas Al-Quran yang terhenti semenjak bulan Januari 2017 akan dimula kembali pada bulan April ini. Kelas dicadang diadakan selepas Solat Maghrib pada hari Isnin dan Rabu. Syarat-syarat lain berkenaan kelas ini adalah seperti diperincikan dibawah.

Jemaah yang ingin menghantar anak-anak bolehlah memberitahu pihak AJK untuk didaftarkan..

WhatsApp Image 2017-03-21 at 9.40.33 PM

 

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Sekitar majlis Gotong Royong..

Posted by suraukhairiahkgtengah on March 12, 2017

Majlis Gotong Royong telah dilaksanakan pada pagi 12hb Mac dengan penyertaan ramai jemaah surau. Pembersihan telah dapat dilakukan dikawasan dalam dewan solat dan juga disekitar luar surau. Kawasan tanaman bunga telah diperkemaskan. Garisan petak letak kereta telah diperbaharui dan garisan untuk letak motorsikal baru dibuat. Jamuan bubur kacang, nasi lemak serta kuih telah disediakan..

Posted in Am | Leave a Comment »

Sekitar Lawatan ke Ladang Kelulut..

Posted by suraukhairiahkgtengah on March 12, 2017

Lawatan ke Ladang Lebah Kelulut, Segamat telah diadakan pada 11hb. MAC, 2017 (Sabtu). Bas telah bertolak jam 6.50 pagi bersama 29 anak kariah dan telah sampai di Ladang jam 10.50 pagi. Sesi lawatan ke tapak serta taklimat telah diikuti oleh jemaah. Makan tengah hari telah disediakan oleh pihak Ladang. Jemaah telah menukar kupon dengan madu serta berbagai produk berasaskan madu.

Jemaah sempat membuat lawatan ke bandar Segamat serta menjamu cendol dan rojak yang terkenal disana. Bas bertolak balik dan sampai dengan selamatnya jam 10.00 malam..

Posted in Program Khas | Leave a Comment »

Kuliah Khas pada 18hb Mac. bersama Ustz Dr Sharifah Hayati.

Posted by suraukhairiahkgtengah on March 9, 2017

Tarikh: 18 Mac 2017 (Sabtu) – Kuliah Maghrib Khas bersama Ustazah Prof Madya Dr Sharifah Hayati dengan tajuk “Berkat Dicari, Bahagia Menanti”

Jemaah semua dijemput.. jamuan Laksan Kelantan akan diadakan..

Kuliah khas 18 Mac 17.png

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Majlis Gotong Royong…

Posted by suraukhairiahkgtengah on March 5, 2017

Majlis Gotong Royong membersih kawasan sekitar dalam dan luar Surau Khairiah akan diadakan pada 12 Mac 2017 (AHAD)  mulai jam 8.30 pagi. Semua jemaah dijemput untuk bersama… makan pagi akan disediakan.

whatsapp-image-2017-02-28-at-5-46-31-pm

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »