Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Jom.. imarahkan surau untuk mendapat redha Allah

Bidang Tugas Pegawai dan Anggota Jawatankuasa Surau

Posted by suraukhairiahkgtengah on February 27, 2017

Revised 02 (selepas Semalam Di Anjung Barakah)
Bidang Tugas Pegawai dan Anggota Jawatankuasa Surau Khairiah, Kg Tengah GOMBAK

PENGERUSI

• Menjadi penggerak utama kepada pentadbiran surau.
• Mempengerusikan mesyuarat, perjumpaan dan taklimat yang dianjurkan oleh Surau.
• Menyelaras dan berkerjasama rapat dengan Pegawai Surau, Anggota Jawatankuasa dan biro-biro yang ditubuh ke arah pengurusan surau yang cekap dan sistematik.
• Merancang aktiviti surau dan menyediakan pelan pelaksanaan bersama biro dan jawatankuasa lain.
• Melaksanakan and mengawasi perkembangan aktiviti yang telah dirancang.
• Membuat penilaian dan tindakan susulan untuk memastikan aktiviti dilaksanakan dengan jayanya.
• Melaksanakan tugasan lain yang diperlukan oleh Pejabat Agama Islam.

SETIAUSAHA

• Mengurus panggilan mesyuarat AJK dan lain-lain mesyuarat serta menyediakan catatan dan minit mesyuarat.
• Mengurus keperluan surat mesyuarat bagi pihak Pengurusan Surau.
• Mengurus system filing serta kelengkapan pejabat Surau.
• Menyediakan laporan aktiviti dan dokumen lain untuk Mesyuarat Agung atau keperluan Pengurusan Surau.
• Memaparkan carta organisasi barisan pengurus surau dan jadual program/aktiviti terkini untuk pengetahuan para Jemaah.
• Berhubung dengan Pejabat Agama Islam dan Masjid As-Syarif untuk mendapat maklumat terkini serta garis panduan yang dikeluarkan dari masa kesemasa.
• Mengemaskini rekod pendaftaran anak kariah serta kedudukan rumah-rumah dalam kawasan kariah.
• Membantu mengurus hebahan kegiatan Surau melalui berbagai jenis termasuk media Internet untuk mancapai serta meluaskan matlamat dakwah.
• Membantu dan berhubung rapat dengan Pengerusi, Biro dan jawatankuasa lain.
• Melaksanakan arahan lain daripada Pengerusi dari masa ke semasa.

BENDAHARI

• Menguruskan hal ehwal kewangan surau dan menyediakan laporan penyatanya bila diperlukan.
• Membantu usaha-usaha untuk mengisi tabung surau bersama biro dan jawatankuasa lain.
• Mengurus permohonan perbelanjaan dan pembayaran bagi kegunaan Surau.
• Melaksanakan sistem kewangan yang baik mengikut tatacara yang diperlukan oleh Majlis Agama Islam Selangor.
• Melaksanakan pengurusan kewangan Surau dengan jujur dan amanah.
• Membantu Biro dan jawatankuasa lain bila diperlukan.

IMAM

• Menjalankan tugas sebagai imam bagi solat fardhu dan solat berjemaah yang lain.
• Memastikan imam-imam yang dilantik untuk mengganti adalah sesuai.
• Mengetuai jemaah dalam majlis tahlil, bacaan Yasin/Al-Kahfi dan doa selamat.
• Mengetuai urusan fadhu kifayah untuk urusan solat jenazah dan pembacaan talkin jika diperlukan.
• Memimpin majlis ilmu mengikut ilmu yang dikuasainya.
• Membantu Pengerusi dan jawatankuasa dalam menentukan semua pelaksanaan dan pengajian yang dijalankan adalah mengikut aliran Sunnah Wal Jemaah.
• Membantu Biro dan jawatankuasa lain bila diperlukan.

BILAL

• Menyempurnakan azan dan iqamah bagi solat fardhu dan solat solat lain.
• Mendapat bilal gantian bila perlu.
• Melatih bilal muda untuk mengambil tugas bilal.
• Memastikan peralatan audio dalam keadaan baik bagi setiap kali sebelum solat didirikan. Jika terdapat masalah dimaklumkan kepada Biro Penyenggaraan.
• Membantu Biro dan jawatankuasa lain bila diperlukan.

TOK SIAK

• Membuka dan mengunci pintu Surau
• Memastikan kebersihan dalaman Surau.
• Memastikan semua persediaan solat dalam keadaan baik dan sempurna
• Memastikan semua kelengkapan lampu, kipas dan pendingin hawa dihidupkan sebelum solat dan dimatikan selepas digunakan.
• Membantu Biro dan jawatankuasa lain bila diperlukan.

BIRO-BIRO:

1. PENGAJIAN DAN PENGIMARAHAN SURAU

• Menyelaraskan kelas-kelas pengajian sepanjang minggu: seperti kuliah maghrib, kuliah subuh dan lain-lain dalam berbagai tajuk dan kitab rujukan.
• Mengadakan kelas-kelas pembelajaran khas bagi kanak-kanak seperti kelas fardhu ain, kelas muqaddam, kelas al-Quran dan lain-lain.
• Mengadakan kelas bimbingan dalam mata pelajaran tertentu bagi Remaja yang akan menduduki peperiksaan.
• Mengadakan program motivasi, kursus dan bimbingan dari masa ke semasa.
• Mengurus simpanan dan daftar kitab-kitab rujukan bagi pengajian dan bahan bacaan yang diperolehi oleh Surau atau diwaqaf.
• Mengurus perlantikan Ustaz serta tenaga pengajar bagi program pengajian.
• Memastikan semua tenaga pengajar mempunya tauliah serta beraliran Sunnah Wal Jemaah dalam pengajaran.
• Mengemaskini jadual pengajian serta hebahan kepada Jemaah.

2. HAL EHWAL PEMUDA DAN REMAJA

• Mengadakan berbagai aktiviti kesukanan dan riadah untuk para remaja (lelaki dan perempuan) untuk memupuk hidup sihat, bermotivasi dan senantiasa berdampingan dengan Surau.
• Berkerjasama dengan biro Pengajian dan Pengimarahan Surau untuk mengadakan aktiviti pendidikan berasaskan agama, persekolahan, kemahiran atau lain-lain.
• Bekersama dengan Biro Kebajikan untuk mengadakan aktiviti perkhidmatan dan kebajikan khas untuk para remaja.

3. HAL EHWAL WANITA (HELWA)

• Mengadakan berbagai aktiviti untuk memupuk silaturrahim dikalangan jemaah Muslimat untuk turut membantu mengimarahkan Surau.
• Mengadakan kursus-kursus khas bagi Muslimat dalam bidang kemahiran, kesenian atau lain-lain.
• Bekerjasama dengan Biro Pengajian untuk mengadakan kelas khas bidang Ilmu Agama untuk Muslimat.
• Bekersama dengan Biro Pemuda untuk mengadakan aktiviti yang sesuai untuk remaja Muslimat.
• Membantu Biro Keraian dalam kerja-kerja menyediakan juadah dan keraian.

4. PENYENGGARAAN DAN PEMBANGUNAN

• Megawasi keadaan sekeliling struktur bangunan serta kawasan luar dan mengambil tindakan pembaikan jika diperlukan.
• Menyusun jadual berkala untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan keatas semua pemasangan tetap dan mudah alih yang menjadi asset Surau.
• Mengadakan rekod serta tagging aset tetap dan mudah alih surau dan menukar ganti barang yang rosak atau yang perlu dilupuskan.
• Menyelia kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan atau pembinaan oleh kontraktor yang telah dilantik untuk menjalankan kerja-kerja tersebut.
• Membuat pengesahan kesempurnaan kerja-kerja yang dibuat untuk pembayaran.

5. KEBERSIHAN DAN KERAIAN

• Menentukan kawasan dalam Surau dan kawasan luar sentiasa dalam keadaan bersih, suci dan ceria.
• Menyelaras kerja-kerja kebersihan dan keceriaan surau yang dijalankan oleh pekerja yang dilantik atau mengajur majlis gotong-royong yang melibatkan anak kariah.
• Memastikan pokok-pokok dalam kawasan Surau dijaga dengan baik.
• Memastikan kebersihan semua tempat tumpuan pengunjung surau dalam keadaan bersih seperti ruang solat, tempat wuduk dan bilik air.
• Memastikan Al-Quran, kitab-kitab, sejadah, telekung, kain dan kain pembidai dalam keadaan bersih dan kemas.
• Menjaga kebersihan bilik dapur dan memastikan semua keperluan dapur serta bahan-bahan untuk membuat minuman/makanan dan sebagainya ada dalam simpanan dan disimpang dengan baik.
• Mengurus penyedian juadah untuk jamuan dan majlis keraian yang diadakan oleh Surau.

6. EKONOMI & KEBAJIKAN

• Membantu untuk mendapat sumber kewangan bagi tabung Surau melalui berbagai cara termasuk sumbangan individu, syarikat dan lain-lain sumber.
• Berusaha meningkatkan ekonomi surau melalui aktiviti pelaburan dan usahasama dengan badan koperasi atau syarikat perniagaan yang bersedia untuk berkerjasama.
• Mengadakan kemudahan milik Surau yang boleh disewakan untuk menjana pendapatan tetap bagi tabung Surau.
• Menganjur program tertentu yang boleh menjana punca pendapatan bagi tabung Surau.
• Melaksanakan dan menggerakkan tabung melalui skim waqaf dan sebagainya untuk membiayai kos pembangunan infrastruktur, penambahbaikan atau membeli kelengkapan Surau yang terancang mengikut keperluan semasa.
• Melaksanakan kerja-kerja kebajikan dikalangan anak kariah bagi bantuan kewangan dibawah asnaf fi-sabilillah atau mereka yang memerlukan bantuan kewangan lain.
• Melaksanakan kerja-kerja kebajikan bagi anak-anak yatim daripada kalangan anak kariah untuk agihan sumbangan daripada Tabung Anak Yatim.
• Berusaha untuk mengadakan skim khairiat kematian untuk kemudahan jemaah anak kariah.
• Mengerakkan aktiviti kebajikan lain untuk meningkat perhubungan silaturrahim dikalangan jemaah serta pengimarahan Surau.

7. PENGURUSAN JENAZAH

• Melaksanakan pengurusan jenazah bagi anak kariah apabila diperlukan.
• Menyelaras urusan jenazah anak kariah yang mengguna khidmat Pengurusan Jenazah Swasta apabila diperlukan.
• Mengadakan kursus pengurusan jenazah untuk muslimin dan muslimat dari masa ke semasa.
• Menjaga kelengkapan pengurusan jenazah serta Bilik Pengurusan Jenazah (apabila siap nanti).

PEMERIKSA KIRA-KIRA

• Membuat pemeriksaan kira kira bagi penyedian Laporan Kewangan bagi Mesyuarat Agung Tahunan.
• Menghadiri mesyuarat AJK Surau jika dikehendaki berbuat demikian oleh Pengerusi
• Melaksanakan pemeriksaan kira-kira kewangan dengan jujur dan amanah.

WAKIL ZON

• Bertanggungjawab untuk mengedar bahan hebahan dan sebagainya kepada semua anak kariah dalam zon masing masing.
• Bertanggungjawab untuk memungut sumbangan kewangan atau bayaran serta apa-apa borang yang perlu diisi oleh anak kariah dalam zon masing masing
• Membantu Setiausaha untuk mendapat maklumat terkini kedudukan rumah serta ahli keluarga dalam kawasan kariah.

XXXXXX 13 Feb 2017

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: