Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Jom.. imarahkan surau untuk mendapat redha Allah

Archive for November, 2016

Jadual Pengajian bulan Disember 2016

Posted by suraukhairiahkgtengah on November 27, 2016

Jadual Pengajian bulan Disember 2016 sebagai rujukan para jemaah.

Majlis khas Sambutan Maulidur Rasul dengan berbagai aktiviti akan diadakan pada 12hb Disember 2016. Sila rujuk kepada promosi Majlis Sambutan ini untuk mendapat butir butir lanjut.. in shaa Allah

jadual-pengajian-dis-2016

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Banners Sambutan Maulidur Rasul 2016

Posted by suraukhairiahkgtengah on November 24, 2016

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Flyers Sambutan Maulidur Rasul 2016

Posted by suraukhairiahkgtengah on November 24, 2016

Flyers ini diagihkan ke semua rumah dalam kawasan kariah Surau Khairiah.. semoga majlis ini akan mendapat sambutan meriah daripada para Jemaah. In shaa Allah

flyer MR 2016.png

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Sambutan Maulidur Rasul 2016

Posted by suraukhairiahkgtengah on November 24, 2016

Sambutan akan diadakan pada 12hb Disember 2016 dengan acara-acara berikut:

Tarikh: 12 hb Disember 2016 (ISNIN)

  • Lepas Solat Maghrib:

Berselawat dengan Madrasah Al-Yamani..

(Jamuan malam akan disediakan)

  •  Jam 9.00 – 11.00 pagi : Majlis Cukur Jambul anak2 kariah Surau.

Anak-anak yang baru lahir yang berumur tidak lebih daripada 1 tahun boleh menyertai acara ini. Penyelia acara ialah: ajk  Bahari

  •  Jam 11.00-1.00 tgh : Pertandingan mewarna bagi Kanak-kanak.

Kanak-kanak  berumur 10 tahun kebawah dipersila untuk menyertai pertandingan ini Hadiah yang lumayan menanti pemenang tempat pertama hingga ketiga.

Penyelia acara ialah: ajk CikGu Azman

  •  Jam 2.00- 4.00 petang: Pertandingan Membaca Al-Quran bagi Remaja.

Peserta dibahagi kepada dua kategori: 10thn keatas dan 9 thn kebawah. Hadiah lumayan menanti pemenang tempat pertama – ketiga bagi kedua kategori. Pertandingan akan diadili oleh Ust Dr.Saiful Azizi. Penyelia acara ini ialah: Pengerusi Surau.

Di Gelanggang Futsal:

  • Jam 8.00- 12.00 pagi: Pertandingan Futsal bagi Remaja

Terbuka kepada remaja lelaki sahaja. Akan diadakan diGelanggang Futsal berhampiran.  Hadiah yang lumayan menanti pemenang tempat pertama hingga ketiga.

Penyelia acara ialah: ajk Ridwan/Roslan

Diperkarangan Surau

  • Jam 9.00pagi – 5.00 petang:
  • Gerai Jualan: Jualan Buku, Kain baju dan berbagai..

Mereka yang berminat utk membuka gerai jualan berbagai jenis boleh hubungi mana2 AJK untuk tempahan tempat.

  • Food Truck
  • Pemeriksaan Kesihatan
  • Derma Darah
  • dan lain-lain.

Makan Pagi dan Tengah Hari disediakan.

AJK Surau Khairiah.

17 Nov 2016

whatsapp-image-2016-11-18-at-10-54-58-am

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »