Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Jom.. imarahkan surau untuk mendapat redha Allah

Archive for October, 2016

Jadual Pengajian bulan November 2016

Posted by suraukhairiahkgtengah on October 30, 2016

Jadual pengajian bagi bulan November 2016 sebagai rujukan semua.

Satu perjumpaan dengan Tok Penghulu Setapak dijadualkan pada 24hb Nov 2016 selepas majlis Bacaan Yasin.

jadual-pengajian-nov-16

Advertisements

Posted in Jadual Kuliah | Leave a Comment »

Sekitar Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Khas Pemilihan..

Posted by suraukhairiahkgtengah on October 24, 2016

Mesyuarat Agung Tahunan bagi Tahun 2015 dan Mesyuarat Khas Pemilihan  Pegawai dan Anggota Jawatankuasa Surau bagi sesi 2017-2019 telah diadakan 23hb. OKTOBER 2016(AHAD) dengan jayanya…  alhamdulillah          

mat-1mat-2mat-3

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Peringatan daripada Surah Al-Ankabut:56

Posted by suraukhairiahkgtengah on October 20, 2016

“Wahai hamba-hamba yang beriman.. sesungguhnya bumi Ku adalah luas maka hanya kepada Ku sahaja supaya kamu beribadah..”

al-ankabut

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

BORANG PENYATA USUL DAN CADANGAN

Posted by suraukhairiahkgtengah on October 5, 2016

Borang Penyata Usul dan Cadangan untuk diusul di MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BAGI TAHUN 2015 PADA 23HB OKTOBER 2016 boleh dimuatturun: borang-usul

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

MAT 2015 & Mesyuarat Khas Pemilihan..

Posted by suraukhairiahkgtengah on October 5, 2016

Notis melalui hantaran surat, whatsapp, banners dan website Surau Khairiah: https://suraukhairiah.wordpress.com/2016/10/05/notis-mesyuarat-agung-tahunan-bagi-tahun-2015-dan-mesyuarat-khas-pemilihan-pegawai-dan-anggota-jawatankuasa-surau-bagi-sesi-2017-19/ dimulakan hari ini..

Adalah diharapkan ramai anak kariah akan hadir untuk menyertai kedua Mesyuarat ini serta membuat pemilihan pegawai serta anggota jawatankuasa surau untuk mentadbir perjalanan Surau mulai tahun 2017 hingga 2019.

mat-2015

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BAGI TAHUN 2015 DAN MESYUARAT KHAS PEMILIHAN PEGAWAI DAN ANGGOTA JAWATANKUASA SURAU BAGI SESI 2017-19

Posted by suraukhairiahkgtengah on October 5, 2016

6hb. Okt 2016/ 5hb Muharram 1438H

Tan Sri/Dato’Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BAGI TAHUN 2015 DAN MESYUARAT KHAS PEMILIHAN PEGAWAI DAN ANGGOTA JAWATANKUASA SURAU BAGI SESI 2017-19

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan bagi Tahun 2015 dan Mesyuarat Khas Pemilihan  Pegawai dan Anggota Jawatankuasa Surau bagi sesi 2017-2019 akan diadakan pada tarikh dan masa berikut :

Tarikh :               23hb. OKTOBER 2016(AHAD)

Masa :                  Mulai 8.30 pagi

Tempat :             Dewan Solat Surau Khairiah Kg Tengah.

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

  1. Pendaftaran kehadiran
  2. Bacaan Doa.
  3. Pembukaan oleh Pengerusi.
  4. Mesyuarat Agung Tahunan bagi Tahun 2015 :
    1. Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung bagi Tahun 2014.
    2. Pembentangan dan pengesahan Laporan Aktiviti Surau 2015-2016.
    3. Pembentangan dan pengesahan Laporan Kewangan yang berakhir Disember 2015.
    4. Usul dan Cadangan (jika ada)
  5. Mesyuarat Khas Pemilihan Pegawai dan Jawantankuasa Surau bagi sesi 2017-2019 :
    1. Perlantikan Pengerusi Mesyuarat.
    2. Pencalonan Pegawai Surau bagi sesi 2017-2019.
    3. Pencalonan dan pemilihan anggota jawatankuasa Surau bagi sesi 2017-2019 (seramai 11 orang)
    4. Hal-hal lain (jika ada)
  6. Ucapan Penangguhan.
  7. Jamuan Makan

 

Semua anak kariah dijemput hadir.

Sementara itu pendaftaran anak kariah melalui Borang Pendaftaran Anak Kariah 2016 akan dibuka hingga 15hb Okt 2016.

 

Jazakallahu Khairan Kasiran.

tt

(Ir. Hj. Mohd Jaaffar bin Mohd Daud)

Pengerusi sesi 2013-2016

 

s.k Nazir Masjid Al-Shariff

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Forum Khas – sempena Sambutan Awal Muharram

Posted by suraukhairiahkgtengah on October 3, 2016

Forum Khas pada 1hb Muharram 1438H bertajuk: Hijrah Rasulullah SAW: Apa Pengajaran kepada kita hari ini.

Moderator Forum ini ialah YBhg Prof. Madya Dr. Adli Yaacob dan disertai oleh 3 ahli panel: YBhg.Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba, YBhg. Prof. Madya Dr. Akmal Khuzairy dan YBhg. Prof. Madya Dr. Solehah. Gambar2 sekitarnya…

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

SUKANEKA – sempena Sambutan Awal Muharram

Posted by suraukhairiahkgtengah on October 2, 2016

SUKANEKA untuk para remaja telah diadakan disamping acara-acara lain untuk memeriahkan suasana Awal Muharram..

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »