Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Jom.. imarahkan surau untuk mendapat redha Allah

Archive for September, 2016

Jadual Pengajian bulan Oktober 2016

Posted by suraukhairiahkgtengah on September 29, 2016

Jadual pengajian bagi bulan Oktober 2016 sebagai rujukan semua.

Aktiviti khas pada bulan Okt ini:

  1. Majlis Sambutan Awal Muharram pada 2hb Okt. 2016 dengan Forum Khas dan Sukaneka.
  2. Taklimat oleh wakil Wakaf Selangor serta kutipan Saham Wakaf Selangor pada 20hb Okt. 2016
  3. Mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun 2015 dan Mesyuarat Khas Pemilihan Pegawai Surau dan Anggota Jawatankuasa Surau pada 23hb Okt. 2016.

jadual-okt-2016

Advertisements

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Pendaftaran Anak KARIAH..

Posted by suraukhairiahkgtengah on September 29, 2016

Pendaftaran anak kariah dilanjutkan daripada 30hb Sep 2016 ke 10hb Oktober 2016.

Semua anak kariah berumur lebih daripada 18 tahun digalak untuk mendaftar. Tujuan adalah untuk membolehkan kehadiran pada Mesyuarat Khas pemilihan Pegawai Surau dan Anggota Jawatankuasa Surau yang akan diadakan pada 23hb Oktober 2016. Disamping itu daftar anak kariah membolehkan rekod rumah kediaman dan keluarga dalam zon-zon (semuanya 10 zon) dapat diperkemaskan.

whatsapp-image-2016-09-28-at-3-53-08-pm

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Majlis Sambutan Awal Muharam

Posted by suraukhairiahkgtengah on September 17, 2016

Pada 2hb. Oktober 2016 (AHAD), Sambutan Awal Muharam akan diraikan dengan dua acara khas:

  1. Mulai jam 9.00 pagi, program SUKANEKA untuk para remaja dan anak2 sekalian.
  2. Selepas Solat Maghrib, Forum Khas bertajuk: Hijrah Rasulullah SAW: Apa Pengajaran kepada kita hari ini.

Moderator Forum ini ialah YBhg Prof. Madya Dr. Adli Yaacob dan disertai oleh 3 ahli panel: YBhg.Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba, YBhg. Prof. Madya Dr. Akmal Khuzairy dan YBhg. Prof. Madya Dr. Solehah.

Semua dijemput untuk hadir…

whatsapp-image-2016-09-14-at-7-07-42-pm

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Sekitar Majlis Ibadah Qurban..

Posted by suraukhairiahkgtengah on September 14, 2016

Ibadah Qurban telah selamat diadakan dengan jayanya pada Hari Raya Qurban pertama yang melibatkan penyembelihan 16 ekor lembu…

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Selamat Hari Raya Eidul Adha

Posted by suraukhairiahkgtengah on September 10, 2016

Assalamulaikum..

Barisan AJK Surau Khairiah mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha kpd semua jemaah anak kariah Surau.

eidul-adha-surau-2016

Adalah dimaklumkan bahawa Solat Sunat Eidul Adha akan dimulakan tepat pada jam 8.30 pagi pada 10hb Zulhijjah 1437 (ISNIN) (bersamaan 12hb Sep 2016). Mohon para jemaah hadir awal untuk sama-sama bertakbir.

Selepas itu, semua jemaah terutama peserta Qurban adalah dijemput untuk hadir di Majlis Ibadah Qurban di Kawasan Lapang Kg Tengah Tambahan utk bergotong royong mengurus perlaksanaan Qurban mulaI jam 9.30 pagi.

Jazakumullahu khairan

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Majlis Penghayatan Hari Wuquf

Posted by suraukhairiahkgtengah on September 9, 2016

Majlis  Penghayatan Hari Wuquf

Tarikh: 11 Sep 2016 (AHAD) (bersamaan 9hb Zulhijjah 1437)

Jemaah digalakkan Berpuasa Sunat pada hari ini.

  • 6.00 pagi: Kuliah Subuh (bersama Ust Farid)
  • 8.30pagi: Majlis dimulakan dgn Solat Dhuha Berjemaah (dipimpin oleh Ust Hasbi)
  • 9.00 – 10.00 pagi: World Quran Hour
  • 10.00 – 10.30 pagi: Berwirid, berselawat dan berdoa
  • 5.18 – 6.15 ptg: Zikir dan munajat serta doa seiring dengan waktu wuquf di bumi Mekah(perseorangan)
  • 7.15 ptg: Majlis Berbuka Puasa (Berjemaah di Surau)

Selamat beramal … 

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Tempat pengendalian Ibadah Qurban..

Posted by suraukhairiahkgtengah on September 5, 2016

Tempat Ibadah Qurban ialah dihujung Jalan Harmonis 4 dalam kawasan Kg Tengah Tambahan seperti dalam pelan dibawah. Terima kepada Keluarga Tan Sri Salleh kerana membenar tanah mereka diguna untuk Ibadah Qurban tahun ini.. jazakumullahu khairan

Tempat Qurban bersebelahan.. Jalan 1- 1852, Kg Tengah Tambahan (Sebelah Taman Harmonis)

Tempat qurban

 

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Amalan tambahan 10 hari awal Zulhijjah

Posted by suraukhairiahkgtengah on September 5, 2016

AJK Surau akan mengadakan beberapa program tambahan untuk membolehkan para Jemaah mengambil peluang keemasan utk beramal disepanjang 10 hari awal Zulhijjah ini.

  1. Majlis Tahlil dan Doa Selamat bagi peserta dan pekerja Ibadah Qurban pada hari Khamis mlm Jumaat (8Sep).
  2. Majlis Berbuka Puasa Sunat 9 Zulhijjah pada hari Ahad 11hb. Sep.
  3. Memasang langsir “vertical blind” ditingkat dewan solat yang perlu dipasang utk mengelak drp silauan matahari.

Untuk program *1 dan *2 sumbangan diperlukan utk penyediaan juadah utk merai mereka yg akan hadir dan bagi *3 dana diperlukan untuk menampung kos pemasangan yang akan dibuat sebelum Hari Raya Haji ini… in shaa Allah. ..

Jemaah bolehlah menghulur sumbangan kpd mana2 AJK sebelum 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidiladha) dan turut hadir pada program ini

Atau melalui online bank-in ke akaun di Bank Muamalat: SURAU KHAIRIAH KG TENGAH GOMBAK No. Akaun: 1401 0000 409719

.….jazakumullahu khairan

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Majlis Berbuka Puasa Sunat 9 Zulhijjah..

Posted by suraukhairiahkgtengah on September 4, 2016

Majlis Berbuka (Iftar) bagi Puasa 9 Zulhijjah pada hari AHAD 11hb Sep 2016 bagi jemaah Surau… dipersilakan untuk bersama berbuka dan bersilaturrahim..

iftarparty.png

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Majlis Tahlil khas Peserta & Pekerja Ibadah Qurban..

Posted by suraukhairiahkgtengah on September 4, 2016

Majlis Tahlil Khas akan diadakan pada 8hb Sep 2016 hari Khamis Malam Jumaat seperti aturcara  berikut:

Semua Jemaah termasuk peserta dan pekerja Ibadah Qurban adalah dijemput hadir..

Tahlil 8 Sept 2016.png

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »