Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Jom.. imarahkan surau untuk mendapat redha Allah

Archive for August, 2016

Tahlil khas meraikan pelajar2

Posted by suraukhairiahkgtengah on August 30, 2016

Pada 1hb Sep 2016(hari khamis malam Jumaat), akan diadakan Majlis Tahlil dan Doa Selamat untuk meraikan anak2 yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM dan lain-lain seperti dibawah:

 

Tahlil 1Ogos 2016

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Jadual Pengajian Bulan Sep 2016

Posted by suraukhairiahkgtengah on August 30, 2016

Dipaparkan jadual pengajian sepanjang bulan Sep 2016:

Program khas bulan ini:

  • Tahlil Khas utk merai pelajar2 yg akan menduduki peperiksaan tahun ini (1hb Sep)
  • Tahlil Khas utk meraikan peserta dan pekerja Ibadah Qurban(8hb Sep)
  • Solat Aidiladha serta Ibadah Qurban (12hb Sep)

Jadual Sep16

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Pendaftaran Anak Kariah secara ONLINE

Posted by suraukhairiahkgtengah on August 27, 2016

Pendaftaran Anak Kariah dengan mengisi borang secara ONLINE boleh dibuat dengan membuka Page malalui URL berikut: https://suraukhairiah.wordpress.com/pendaftaran-anak-kariah-2016/

Pendaftaran Anak Kariah.. ada beberapa cara untuk mengisi borang ini

  1. Mengisi borang secara fisikal dan hantar ke surau dgn memasukkannya ke dalam kotak atau mengambil gambarnya dan hantar melalui whatsapp atau email ke admin.
  2. Mengisi whatsapp butir2 yg diperlukan dan pm(personal message) ke admin
  3. Mengisi melauli link: https://suraukhairiah.wordpress.com/pendaftaran-anak-kariah-2016/   ..dan submit.
  4. Mengisi borang yg boleh di muatturun drp: https://suraukhairiah.wordpress.com/2016/08/23/pendaftaran-anak-kariah-surau-khairiah/   dan htr seperti no 1…

Harap dengan beberapa cara ini dapat pendaftaran dipergiatkan. In shaa Allah.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

PENDAFTARAN ANAK KARIAH SURAU KHAIRIAH

Posted by suraukhairiahkgtengah on August 23, 2016

Surau Khairiah akan menjalankan gerakan mengemaskini senarai ANAK KARIAH mulai 25hb OGOS 2016 hingga 30hb SEPTEMBER 2016. Semua anak kariah yang berumur lebih daripada 18 tahun perlu mengisi borang pendaftaran seperti yang boleh dimuatturun dibawah: Borang pendaftaran anak kariah 2016

Butir-butir pendaftaran adalah seperti berikut:

BORANG PENDAFTARAN ANAK KARIAH SURAU KHAIRIAH

Borang ini perlu diisi oleh semua anak kariah yang berumur 18 tahun keatas.

(Keperluan ini adalah atas arahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS))

BORANG INI MESTI DISERAH SEBELUM TARIKH TUTUP PENDAFTARAN : 30hb. SEPTEMBER 2016

BAHAGIAN A : BUTIRAN  AHLI  KARIAH
NAMA PEMOHON :
NO KAD PENGENALAN :(sertakan salinan kad pengenalan)
ALAMAT  DALAM KAD PENGENALAN :
ALAMAT TEMPAT TINGGAL SEKARANG :
TALIPON RUMAH :
HANDPHONE :
EMAIL :
STATUS PERKAHWINAN :
TEMPOH MASA TELAH MENETAP DIKARIAH ADALAH :  

 

TANDATANGAN: …………………………..

TARIKH :

BAHAGIAN B : PERAKUAN PENGESAHAN AHLI KARIAH

Ulasan Pengerusi Surau/ Setiausaha Surau

…………………………………………………………………..

………………………………………………………………….

Tandatangan : ………………………………

Cop resmi :

 Ulasan Nazir Masjid As-Syarif/ Ketua Kampong

……………………………………………………………………

……………………………………………………………………

Tandatangan : ………………………………

Cop resmi :

https://www.facebook.com/suraukhairiah.kgtengah

Dikeluarkan : 25 Ogos 2016  

 

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Banner Penyertaan Ibadah Qurban

Posted by suraukhairiahkgtengah on August 7, 2016

Penyertaan Ibadah Qurban di Surau Khairiah dibuka…. Sila hubungi kami h.p: 019 3816934

banner qurban 2016 live 2

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Borang Penyertaan Ibadah Qurban Tahun 2016

Posted by suraukhairiahkgtengah on August 4, 2016

PENYERTAAN IBADAH QURBAN TAHUN 2016/1437H

AJK Surau ingin mempelawa ahli kariah Surau Khairiah serta muslimin muslimat untuk bersama-sama menyertai Ibadah Qurban  pada tahun ini anjuran Surau Khairiah. Kadar harga lembu bagi satu bahagian ialah  RM600.00. Harga ini adalah untuk pembelian lembu sahaja dan sumbangan ikhlas kadar yang termampu adalah digalakkan bagi menampung kos pengurusan penyembelihan dan agihan oleh pihak Surau.

Sila lengkapkan Borang Penyertaan Ibadah Qurban Tahun 2016 dibawah serta membuat bayaran dengan akad seperti yang tertulis pada borang tersebut.

Penyertaan para jamaah sangat dialu-alukan, semoga amalan ini akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah s.a.w.

Jazakumullahu khairan

Pengerusi

Muat turun Borang Penyertaan Ibadah Qurban: Borang qurban 2016

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

IBADAH QURBAN TAHUN 2016/1437H

Posted by suraukhairiahkgtengah on August 4, 2016

Surau Khairiah membuka penyertaan Ibadah Qurban Tahun 2016/1437H mulai hari ini. Lima belas ekor lembu telah diperuntukkan dan Borang Penyertaan Ibadah Qurban Tahun 2016 boleh diperolehi di Surau Khairiah atau muatturun daripada site ini..

Banner qurban 2016

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »