Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Memupuk silaturrahim antara anak kariah..

Pendaftaran Anak-anak Yatim Kariah Surau Khairiah

Posted by suraukhairiahkgtengah on June 13, 2016

Pendaftaran Anak-anak Yatim Kariah Surau Khairiah, Kg Tengah GOMBAK

Anak-anak yatim yang bermastautin dikawasan kariah Surau Khairiah Kg Tengah diminta untuk mendaftarkan diri untuk membolehkan pihak surau mengagihkan sumbangan wang anak-anak yatim yang terkumpul sepanjang tahun daripada bulan Ramadhan tahun lepas ke Ramadhan tahun ini.

Mereka yang layak hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut :

  • Berumur tidak melebihi daripada 15 tahun pada bulan Syawal tahun sekarang.
  • Bermastautin dikawasan Surau Kariah sekurang-kurangnya semenjak Ramadhan tahun lepas.
  • Beragama Islam dan yatim (anak yang kehilangan bapa melalui kematian)
  • Pendaftaran perlu dibuat dengan mengisi Borang Pendaftaran yang disediakan dan hendaklah disertakan salinan kad pengenalan anak2 serta sijil mati bapa yang meninggal.

Pengerusi

 Surau Khairiah

Tarikh : 13 Jun 2016

Muat turun borang pendaftaran: BORANG PENDAFTARAN ANAK YATIM 2016

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: