Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Jom.. imarahkan surau untuk mendapat redha Allah

  • Mimbar Surau Khairiah sebagai logo..

  • Masukkan Email untuk melanggan kepada blog dan mendapat pos terbaru

    Join 488 other subscribers

SUMBANGAN RAMADHAN 2016/1437H

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 12, 2016

12 Mei 2016/ 5 Syaaban 1437H

Tan Sri/Dato’Seri/Dato’/Tuan/Puan,

…………………………………….

SUMBANGAN RAMADHAN 2016/1437H

Merujuk perkara diatas, pihak AJK Surau Khairiah dengan sukacitanya ingin memohon sumbangan bagi pembiayaan aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Ramadhan tahun ini.

Beserta surat ini dikembarkan dua borang yang berkenaan:

  1. Borang Sumbangan Ramadhan 2016/1437H
  2. Borang Tahlil Ramadhan 2016/1437H

Sumbangan boleh diserah kepada Bendahari atau mana-mana AJK Surau Khairiah. Resit resmi akan dikeluarkan untuk mengesahkan penerimaan sumbangan tuan/puan.

Kelebihan Bersedekah Menurut Keterangan al-Qur’an:
Kelebihan bersedekah secara umum digambarkan dengan indahnya di dalam al-Qur’an. Banyak sekali ayat-ayat suci yang menerangkan.  Di antaranya seperti berikut:

Jelasnya, orang-orang yang bermurah hati membelanjakan hartanya pada jalan Allah – meliputi segala jenis kebajikan umum akan dibalas oleh Allah Taala dengan pahala tujuh ratus kali ganda, asalkan sedekah atau derma dan khairat itu diberikan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata.

Bersedekah Di Bulan Ramadhan
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Barang siapa memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, maka ia memperoleh pahala sama dengan orang yang berpuasa; sedangkan pahala orang yang berpuasa itu sendiri tidak berkurang sedikit pun.”(Hadis At Tirmidzi). Hadis ini mendorong kita umat Islam supaya tidak mementingkan diri sendiri pada bulan Ramadan, akan tetapi menggalakkan umatnya menjaga kepentingan orang lain.

Jazakallahu Khairan  & Wassalam.

Yang benar,

(Ir. Hj. Mohd Jaaffar bin Mohd Daud)

Pengerusi.

*** Borang Sumbangan Ramadhan & Tahlil 2016 : BORANG sumbanganRamadhan 2016 combined

 

Leave a comment