Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Jom.. imarahkan surau untuk mendapat redha Allah

Archive for May, 2016

Ramadhan Al-Mubarak…

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 31, 2016

Jadikan Ramadhan tahun ini lebih baik dari yang lepas.. in shaa Allah

Advertisements

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Jadual Pengajian Bulan Jun 2016

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 31, 2016

Dipaparkan jadual pengajian sepanjang bulan Jun 2016:

Solat Terawih akan dimulakan pada 5hb Jun 2016 jika puasa Ramadhan bermula pada 6hb Jun 2016..

Jadual Jun 16.jpg

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

SUMBANGAN RAMADHAN 2016/1437H

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 12, 2016

12 Mei 2016/ 5 Syaaban 1437H

Tan Sri/Dato’Seri/Dato’/Tuan/Puan,

…………………………………….

SUMBANGAN RAMADHAN 2016/1437H

Merujuk perkara diatas, pihak AJK Surau Khairiah dengan sukacitanya ingin memohon sumbangan bagi pembiayaan aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Ramadhan tahun ini.

Beserta surat ini dikembarkan dua borang yang berkenaan:

  1. Borang Sumbangan Ramadhan 2016/1437H
  2. Borang Tahlil Ramadhan 2016/1437H

Sumbangan boleh diserah kepada Bendahari atau mana-mana AJK Surau Khairiah. Resit resmi akan dikeluarkan untuk mengesahkan penerimaan sumbangan tuan/puan.

Kelebihan Bersedekah Menurut Keterangan al-Qur’an:
Kelebihan bersedekah secara umum digambarkan dengan indahnya di dalam al-Qur’an. Banyak sekali ayat-ayat suci yang menerangkan.  Di antaranya seperti berikut:

Jelasnya, orang-orang yang bermurah hati membelanjakan hartanya pada jalan Allah – meliputi segala jenis kebajikan umum akan dibalas oleh Allah Taala dengan pahala tujuh ratus kali ganda, asalkan sedekah atau derma dan khairat itu diberikan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata.

Bersedekah Di Bulan Ramadhan
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Barang siapa memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, maka ia memperoleh pahala sama dengan orang yang berpuasa; sedangkan pahala orang yang berpuasa itu sendiri tidak berkurang sedikit pun.”(Hadis At Tirmidzi). Hadis ini mendorong kita umat Islam supaya tidak mementingkan diri sendiri pada bulan Ramadan, akan tetapi menggalakkan umatnya menjaga kepentingan orang lain.

Jazakallahu Khairan  & Wassalam.

Yang benar,

(Ir. Hj. Mohd Jaaffar bin Mohd Daud)

Pengerusi.

*** Borang Sumbangan Ramadhan & Tahlil 2016 : BORANG sumbanganRamadhan 2016 combined

 

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Sekitar majlis Tilawah dan Hafazan..

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 8, 2016

Sempena Sambutan Israk & Mikraj, pertandingan tilawah dan hafazan bagi remaja telah diadakan mulai jam 9.30 pagi pada 8 Mei 2016. Tilawah ialah untuk remaja 15tahun kebawah dan hafazan juz Amma bagi anak-anak 10 tahun kebawah. Hadiah bagi tempat pertama, kedua dan ketiga bagi kedua kategori itu adalah dalam bentuk wang tunai..

Gambar-gambar sekitar majlis:

IMG-20160508-WA0032[1]

Tahniah kepada pemenang-pemenang untuk kedua kategori..

Hadiah kepada pemenang-pemenang yang telah diberi oleh Pengerusi Surau..

XXX

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Sekitar Sambutan Israk & Mikraj

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 5, 2016

Forum Khas Israk & Mikraj pada 5hb Mei 2016 telah dihadiri oleh lebih 100 jemaah. Kupusan forum berkenaan yang bertajuk:”Israk & Mikraj: Setinggi mana Iman Kita? ” adalah menarik. Forum diakhiri dengan jamuan mee kari serta juadah yang disumbang oleh jemaah. Gambar2 sekitar sambutan…

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Majlis Ilmu Forum Khas Israk & Mikraj

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 4, 2016

Forum Khas Israk & Mikraj pada 5hb. Mei 2016 (Mlm Jumaat) bertajuk :

Israk & Mikraj : Setinggi Mana Iman Kita ?

I&M banner

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »