Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Jom.. imarahkan surau untuk mendapat redha Allah

Archive for April, 2016

Jadual Pengajian Bulan Mei 2016

Posted by suraukhairiahkgtengah on April 27, 2016

Dipaparkan jadual pengajian sepanjang bulan Mei 2016:

Pada bulan Mei, hari Israk & Mikraj akan disambut dengan Forum Khas bertajuk: “Israk & Mikraj: Setinggi Mana Iman Kita? ” pada 5hb Mei 2016.

Sempena dengan hari Israk & Mikraj, pertandingan Membaca Al-Quran bagi Remaja dan Anak2 akan diadakan pada 8hb Mei (AHAD) mulai 9.00 pagi.

Majlis SUKANEKA untuk menamatkan Perlawanan Pingpong Dewasa (bergu dan perseorangan) dan majlis sukaneka untuk remaja/anak2 akan diadakan pada 15hb Mei 2016 (AHAD) mulai 9.00 pagi.

Jadual Mei 16

Advertisements

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Pembinaan Dapur Baru

Posted by suraukhairiahkgtengah on April 25, 2016

Surau Khairiah akan membina Dapur Baru mengganti dapur sekarang….

Sebutharga untuk Pembinaan Dapur Baru Surau Khairiah (imejnya seperti dibawah) dibuka mulai hari ini 25hb. April dan ditutup pada 10 Mei 2016. Bagi yang ingin menyertai sila mengambil pelannya dengan mana-mana AJK Surau atau memberi  alamat email utk dihantar pelannya.

Bagi yang ingin menambah AMAL JARIAH bolehlah menyumbang kepada Tabung Pembinaan Dapur ini dengan menghulur sumbangan kepada Bendahari atau mana-mana AJK Surau.

Jazakumullah hu Khairan

Imej dapur

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Acara-acara sambutan Israk & Mikraj

Posted by suraukhairiahkgtengah on April 24, 2016

Jom kita bersama-sama meraikan majlis sambutan Israk & Mikraj di Surau Khairiah Kg Tengah GOMBAK seperti berikut:

1.Forum Khas Israk & Mikraj pada 5hb. Mei 2016 (Mlm Jumaat) bertajuk :

Israk & Mikraj : Setinggi Mana Iman Kita ?

 2. Pertandingan membaca Al-Quran bagi remaja dan anak-anak pada 8hb. Mei 2016 (pagi Ahad)

Diperinci dalam flyiers dibawah:

 Flyiers I&M 2016

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Pertandingan Membaca Al-Quran sempena Majlis Sambutan Israk & Mikraj 2016

Posted by suraukhairiahkgtengah on April 22, 2016

Pertandingan Membaca Al-Quran sempena Majlis Sambutan Israk & Mikraj 2016

Majlis Sambutan Israk & Mikraj 2016 akan diadakan pada 5hb Mei 2016 dengan Forum Khas Israk & Mikraj : Setinggi Mana Iman Kita ?

Sempena Hari Israk & Mikraj, pada 8hb Mei 2016(AHAD) mulai jam 9.30 pagi akan diadakan Pertandingan Membaca al-Quran.

Penyertaan adalah seperti berikut :

Peringkat Remaja :

Terbuka kepada remaja yang sudah mahir membaca berumur kurang daripada 15 tahun. Hadiah-hadiah berupa wang  akan diberi kepada tempat pertama, kedua dan ketiga.

Peringkat Muqadam :

Terbuka kepada kepada anak-anak yang berumur kurang daripada 10 tahun. Hadiah-hadiah berupa wang  akan diberi kepada tempat pertama, kedua dan ketiga.

Penyertaan daripada semua remaja serta anak-anak daripada qariah serta yang berdekatan dialu-alukan. Sila hadir pada jam 9.00pagi 8hb Mei 2016 untuk pendaftaran.

 

Pengerusi Surau Khairiah

Tarikh : 20 April 2016

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Sambutan Israk & Mikraj

Posted by suraukhairiahkgtengah on April 22, 2016

Forum khas sempena Israk & Mikraj:

Tajuk: Israk & Mikraj: Setinggi Mana Iman Kita?

Tarikh: 5 hb. MEI, 2015 (Selepas Solat Maghrib)

Moderator: Ustaz Khairul Annuar Al-Hafiz

Panelis 1: Ustaz Adlan Abd Aziz

Panelis 2: Ustaz Zamri Zainal Abidin

Semua dijemput. Jamuan ringan akan disediakan.

I&M 2016 banner 02.jpg

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Panduan Bagi Kanak-kanak

Posted by suraukhairiahkgtengah on April 21, 2016

Sebagai peringatan kepada ibu bapa/ atok and nenek, satu panduan dalam tiga bahasa: Bahasa Malaysia, Arab dan Inggeris telah dikeluarkan dan ditampal disekitar surau. Harap jemaah akan cuba mengawal anak-anak apabila dibawa ke surau….. in shaa Allah

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Doa selepas AZAN

Posted by suraukhairiahkgtengah on April 5, 2016

Poster Doa Selepas Azan telah dipasang ditiga penjuru bilik solat di Surau Khairiah.. semoga dapat dimanafaat dengan doa yang betul.. in shaa Allah

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Sekitar gotong royong membersih surau.

Posted by suraukhairiahkgtengah on April 3, 2016

Kerja gotong royong membersih kawasan luar dan dalam surau pada pagi 3hb April telah berjalan dengan meriah dengan penyertaan lebih 30 jemaah. Majlis disudahi dengan jamuan tengah hari..

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

GOTONG ROYONG pembersihan Surau..

Posted by suraukhairiahkgtengah on April 1, 2016

Semua dijemput untuk bersama bergotong royong membersihkan kawasan luar dan dalam Surau… pada hari AHAD 3hb April 2016 mulai jam 9.00 pagi.

Jamuan tengah hari disediakan.

GR3

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »