Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Memupuk silaturrahim antara anak kariah..

Tawaran sebutharga: Membekal Juadah bagi Ramadhan Tahun 2015/1436H

Posted by suraukhairiahkgtengah on April 23, 2015

Tawaran sebutharga: Membekal Juadah bagi Ramadhan Tahun 2015/1436H

Skop kerja:

  1. Membekal juadah bagi majlis berbuka puasa, moreh dan bersahur bagi hari-hari dan bilangan yang ditentukan.
  • Makanan bagi jamuan Sahur pada hari-hari yang akan ditentukan adalah secara berbungkus, terdiri daripada nasi putih, satu jenis lauk dan sayur. Untuk minuman semasa sahor, pihak Surau akan menyediakan air mineral dalam botol.
  • Makanan untuk berbuka puasa bagi tiap-tiap hari: Jamuan hendaklah terdiri daripada hidangan nasi serta lauk dan sayur dan disertai dengan dua jenis kuih atau buahan. Penyediaan air minum: teh panas dan cordial sejuk adalah oleh pihak surau. Hidangan buah korma mesti disediakan bagi setiap Iftar.
  • Makanan bagi jamuan moreh yang akan diadakan selepas Solat Terawih bagi tiap-tiap malam hendaklah terdiri daripada makanan ringan seperti mee goring, lontong dan sebagainya disertai satu jenis buahan. Hanya satu jenis makanan diperlukan bagi setiap jamuan moreh. Penyediaan air minum: teh panas dan cordial sejuk adalah oleh pihak surau.
  • Pada malam 27 Ramadhan, makanan bagi jamuan moreh yang agak istimewa diperlukan. Jamuannya terdiri daripada nasi minyak atau seumpamanya serta lauk, sayur dan buahan.   Penyediaan air minum: teh panas dan cordial sejuk adalah oleh pihak surau..
  1. Tawaran ini melibatkan pembekalan makanan sahaja. Penyediaan minuman dan menghidangkan jamuan secara buffet akan dibuat oleh pihak surau. Dua tempat hidangan bagi muslimin dan muslimat akan disediakan. Pihak pembekal juadah mungkin akan diperlukan untuk menyedia peralatan hidangan untuk dua tempat.
  2. Jamuan moreh pada 27 Ramadhan agak berbedza kerana pada jamuan ini meja buffet serta pinggan mangkuk tambahan perlu disediakan dan caterer diperlukan terlibat sama dalam menghidangkan jamuan.
  3. Pembekal juadah akan bertanggungjawab untuk mengambil bekas-bekas juadah yang akan diketepikan oleh pihak surau selepas setiap jamuan.

Syarat penawaran:

  1. Tawaran sebutharga hendaklah melalui Borang Tawaran Sebutharga yang telah dikeluarkan olih pihak Surau.
  2. Sebutharga hendaklah dikembarkan dengan senarai menu bagi setiap kategori. Pihak surau akan membuat pilihan dan jadual menu bagi sebulan akan dirangka.
  3. Tawaran akan dibuka daripada 24 April 2015 dan ditutup jam 12.00 tengah hari pada 11 Mei 2015.
  4. Tawaran hendaklah dikemukakan kepada Bendahari atau mana-mana AJK dalam sampul tertutup sebelum tarikh tutup.
  5. Apabila telah ditawarkan, perundingan akan diadakan untuk merangka jadual bagi sepanjang bulan dan menentukan bilangan minima makanan yang perlu disediakan dan perkara-perkara lain.

Pengerusi Surau Khairiah

23 April 2015

———————————————————————————————————————————————————–

Borang tawaran sebutharga:

Borang Sebutharga

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: