Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Memupuk silaturrahim antara anak kariah..

Amalan Di Bulan Zulhijjah

Posted by suraukhairiahkgtengah on September 24, 2014

Amalan Di Bulan Zulhijjah

Banyak keutamaan dan kelebihan orang yang memuliakan 10 hari permulaan Zulhijah dengan melakukan amal salih. Rasulullah SAW bersabda;

 “Tidak ada hari di mana amal soleh pada masa itu lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini, iaitu: sepuluh hari dari bulan Zulhijjah.” Mereka bertanya, “Ya Rasulullah, tidak juga jihad fi sabilillah?”. Baginda menjawab, “Tidak juga jihad fi sabilillah, kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan suatu apa pun.” (HR. Bukhari daripada Ibnu ‘Abbas).

Berpuasa pada hari Arafah:

Disunatkan berpuasa pada 9 hari permulaan Zulhijah. Yang paling utama adalah tarikh ke-9, iaitu puasa pada hari Arafah bagi umat islam yang tidak sedang melaksanakan ibadah haji. Puasa ini menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. Dari Abu Qatadah, ia berkata: Rasulullah SAWpernah ditanya perihal berpuasa pada hari ‘Arafah. Maka Baginda menjawab, “Dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelum dan sesudahnya.” (HR. Imam Muslim)

Ibadah Qurban:

Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Tiada satu amalan yang paling dicintai Allah SWT. daripada Bani Adam a.s ketika Hari Raya Aidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.”  (Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim). Mengerjakan amalan korban  pada hari raya haji dan hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijah). Ia adalah sunnah (amalan) Nabi Ibrahim selepas Allah mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya, Nabi Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

Tidak memotong rambut dan kuku bagi orang yang hendak berkurban. Diriwayatkan oleh Muslim dan lainnya, dari Ummu Salamah Radhiyallhu ‘Anha bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda. “Jika kamu melihat hilal bulan Dzulhijjah dan salah seorang di antara kamu ingin berkurban, maka hendaklah ia menahan diri dari (memotong) rambut dan kukunya”. Firman Allah dalam QS Al-Baqarah: 196):  “….. dan jangan kamu mencukur (rambut) kepalamu, sebelum kurban sampai di tempat penyembelihan…”.
xxxxx

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: