Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Memupuk silaturrahim antara anak kariah..

Tawaran sebutharga: Membekal Juadah bagi Ramadhan Tahun 2014/1435H

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 29, 2014

Tawaran sebutharga:

Membekal  Juadah bagi Ramadhan Tahun 2014/1435H

Skop kerja:

  1. Membekal juadah bagi majlis berbuka puasa, moreh dan bersahur bagi hari-hari dan bilangan yang ditentukan.
  • Makanan bagi jamuan Sahur pada hari-hari yang akan ditentukan adalah secara berbungkus, terdiri daripada nasi putih, satu jenis lauk dan sayur. Untuk minuman semasa sahor, pihak Surau akan menyediakan air mineral dalam botol. Bilangan minima 30 bungkus bagi 12 waktu sahur.
  • Makanan untuk berbuka puasa bagi tiap-tiap hari:  Jamuan hendaklah terdiri daripada hidangan nasi serta lauk dan sayur dan disertai dengan dua jenis kuih atau buahan. Penyediaan air minum: teh panas (ore dan bersusu) dan cordial sejuk diperlukan. Hidangan buah korma mesti disediakan bagi setiap Iftar. Persediaan untuk 50 orang pada hujung minggu atau hari cuti dan untuk seramai 30 orang untuk hari-hari lain.
  • Makanan bagi jamuan moreh yang akan diadakan selepas Solat Isyak bagi tiap-tiap malam hendaklah terdiri daripada makanan ringan seperti mee goring, lontong dan sebagainya disertai buahan. Hanya satu jenis makanan diperlukan bagi setiap jamuan moreh. Penyediaan air minum: teh panas (ore dan bersusu) dan cordial sejuk diperlukan.  Persediaan untuk 50 orang diperlukan.
  •  Pada malam 27 Ramadhan, makanan bagi jamuan moreh yang agak istimewa diperlukan. Jamuannya terdiri daripada nasi minyak atau seumpamanya serta lauk, sayur dan buahan untuk minima 100 jemaah. Penyediaan air minum: teh panas (ore dan bersusu) dan cordial sejuk diperlukan.
  1. Tawaran ini melibatkan pembekalan makanan serta penyediaan minuman dan menghidangkan jamuan ini secara buffet. Dua tempat hidangan bagi muslimin dan muslimat diperlukan.
  2. Jamuan moreh pada 27 Ramadhan agak berbedza kerana pada jamuan ini meja buffet serta pinggan mangkuk tambahan perlu disediakan.
  3. Pembekal juadah akan bertanggungjawab untuk mengemaskan dan menjaga kebersihan kawasan serta semua peralatan surau yang digunakan dan juga yang dibawa. Plastik beg untuk pembuangan sampah perlu disediakan. Pihak Pembekal akan melantik pembantu yang akan ditempatkan di Surau semasa jamuan untuk persiapan juadah dan minuman serta pembersihan selepas setiap jamuan.
  4. Surau membenarkan penggunaan kelengkapan surau seperti pinggan mangkuk,dapur surau, memasak air atau masakan ringgan serta kemudahan lain yang telah sedia ada.

Syarat penawaran:

  1. Tawaran sebutharga hendaklah melalui Borang Tawaran Sebutharga yang telah dikeluarkan olih pihak Surau.
  2. Sebutharga hendaklah dikembarkan dengan senarai menu bagi setiap kategori. Pihak surau akan membuat pilihan dan jadual menu bagi sebulan akan dirangka.
  3. Tawaran akan ditutup jam 12.00 tengah hari pada 12 Jun 2014.
  4. Tawaran hendaklah dikemukakan kepada Bendahari atau mana-mana AJK dalam sampul tertutup sebelum tarikh tutup.
  5. Apabila telah ditawarkan, perundingan akan diadakan untuk merangka jadual bagi sepanjang bulan dan menentukan bilangan minima makanan yang perlu disediakan dan perkara-perkara lain.

Pengerusi Surau Khairiah

29 Mei 2014

Borangnya:

Juadah Ramadhan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: