Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Jom.. imarahkan surau untuk mendapat redha Allah

Archive for May, 2014

Jadual Pengajian bulan JUN 2014

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 30, 2014

Dipaparkan Jadual Pengajian bulan JUN 2014. Sila ambil perhatian berkenaan petak bertanda kuning pada hari-hari yang disunatkan BERPUASA.

Dimaklumkan juga bahawa Surau Khairiah akan mengadakan Kuliah Khas untuk menyambuat RAMADHAN pada 22 Jun 2014(AHAD) dan Majlis Gotong Royong pada waktu paginya.

Jadual Jun14

Advertisements

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Tawaran sebutharga: Membekal Juadah bagi Ramadhan Tahun 2014/1435H

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 29, 2014

Tawaran sebutharga:

Membekal  Juadah bagi Ramadhan Tahun 2014/1435H

Skop kerja:

  1. Membekal juadah bagi majlis berbuka puasa, moreh dan bersahur bagi hari-hari dan bilangan yang ditentukan.
  • Makanan bagi jamuan Sahur pada hari-hari yang akan ditentukan adalah secara berbungkus, terdiri daripada nasi putih, satu jenis lauk dan sayur. Untuk minuman semasa sahor, pihak Surau akan menyediakan air mineral dalam botol. Bilangan minima 30 bungkus bagi 12 waktu sahur.
  • Makanan untuk berbuka puasa bagi tiap-tiap hari:  Jamuan hendaklah terdiri daripada hidangan nasi serta lauk dan sayur dan disertai dengan dua jenis kuih atau buahan. Penyediaan air minum: teh panas (ore dan bersusu) dan cordial sejuk diperlukan. Hidangan buah korma mesti disediakan bagi setiap Iftar. Persediaan untuk 50 orang pada hujung minggu atau hari cuti dan untuk seramai 30 orang untuk hari-hari lain.
  • Makanan bagi jamuan moreh yang akan diadakan selepas Solat Isyak bagi tiap-tiap malam hendaklah terdiri daripada makanan ringan seperti mee goring, lontong dan sebagainya disertai buahan. Hanya satu jenis makanan diperlukan bagi setiap jamuan moreh. Penyediaan air minum: teh panas (ore dan bersusu) dan cordial sejuk diperlukan.  Persediaan untuk 50 orang diperlukan.
  •  Pada malam 27 Ramadhan, makanan bagi jamuan moreh yang agak istimewa diperlukan. Jamuannya terdiri daripada nasi minyak atau seumpamanya serta lauk, sayur dan buahan untuk minima 100 jemaah. Penyediaan air minum: teh panas (ore dan bersusu) dan cordial sejuk diperlukan.
  1. Tawaran ini melibatkan pembekalan makanan serta penyediaan minuman dan menghidangkan jamuan ini secara buffet. Dua tempat hidangan bagi muslimin dan muslimat diperlukan.
  2. Jamuan moreh pada 27 Ramadhan agak berbedza kerana pada jamuan ini meja buffet serta pinggan mangkuk tambahan perlu disediakan.
  3. Pembekal juadah akan bertanggungjawab untuk mengemaskan dan menjaga kebersihan kawasan serta semua peralatan surau yang digunakan dan juga yang dibawa. Plastik beg untuk pembuangan sampah perlu disediakan. Pihak Pembekal akan melantik pembantu yang akan ditempatkan di Surau semasa jamuan untuk persiapan juadah dan minuman serta pembersihan selepas setiap jamuan.
  4. Surau membenarkan penggunaan kelengkapan surau seperti pinggan mangkuk,dapur surau, memasak air atau masakan ringgan serta kemudahan lain yang telah sedia ada.

Syarat penawaran:

  1. Tawaran sebutharga hendaklah melalui Borang Tawaran Sebutharga yang telah dikeluarkan olih pihak Surau.
  2. Sebutharga hendaklah dikembarkan dengan senarai menu bagi setiap kategori. Pihak surau akan membuat pilihan dan jadual menu bagi sebulan akan dirangka.
  3. Tawaran akan ditutup jam 12.00 tengah hari pada 12 Jun 2014.
  4. Tawaran hendaklah dikemukakan kepada Bendahari atau mana-mana AJK dalam sampul tertutup sebelum tarikh tutup.
  5. Apabila telah ditawarkan, perundingan akan diadakan untuk merangka jadual bagi sepanjang bulan dan menentukan bilangan minima makanan yang perlu disediakan dan perkara-perkara lain.

Pengerusi Surau Khairiah

29 Mei 2014

Borangnya:

Juadah Ramadhan

Posted in Am | Leave a Comment »

Sekitar Majlis Isra’ & Mikraj

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 26, 2014

Surau Khairiah telah mengadakan kuliah Maghrib Khas bertajuk ” Pemantapan AKIDAH dari Peristiwa Isra” & Mikraj” yang telah dipimpin oleh Ustaz Najhan pada 25 Mei 2014 (AHAD) seepas Solat Maghrib. pic1 pic2 pic3 pic4 pic5

Posted in Am | Leave a Comment »

Kelebihan Majlis Ilmu di Masjid/Surau

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 24, 2014

ilmu di surau

Posted in Am | Leave a Comment »

Sambutan Isra’ & Mikraj

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 17, 2014

Surau Khairiah akan mengadakan kuliah Maghrib Khas bertajuk ” Pemantapan AKIDAH dari Peristiwa Isra” & Mikraj” yang akan dipimpin oleh Ustaz Najhan pada tarikh berikut:

Tarikh: 25 Mei 2014 (AHAD)

Masa: Lepas Solat Maghrib

Semua jemaah dijemput. Jamuan akan disediakan.

 

Isra'&Mikraj

Posted in Am | Leave a Comment »

Sebutharga memasang awning dan pembaikian pili wuduk.

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 8, 2014

AJK Surau Khairiah menjemput kontraktor yang biasa dengan kerja-kerja pengubahsuaian dan pembaikian untuk menyertai sebutharga ini.

Tarikh tutup ialah 15 hb Mei 2014 (Jam 12.00 tengah hari).

 

Kerja-kerja adalah berikut :

 

  1. Memasang awning di tiga tempat yang ditunjuk dalam rajah dengan ukuran sebagai panduan. Awning mestilah jenis metal deck yang sesuai dan dipasang dengan kukuh dan penyudahan yang baik. Sampelnya perlu diserahkan semasa menjawab sebutharga ini.

(seperti pelan lakar sebagai panduan)

  1. Kolah wuduk perlu diubah dengan paip baru (paip jenis plastik). Tempat duduk diperbuat daripada batu-bata dan disudahi dengan tiling untuk mengambil wuduk diperlukan bagi setiap paip. Bongkah yang sedia ada perlu dibuang dan dipasang dengan bongkah yang sederhana besarnya untuk pengaliran air keluar ke satu arah seperti keadaan sekarang.

(seperti lukisan lakar sebagai panduan)

  1. Kerja-kerja lain yang berjumlah tidak kurang daripada RM2000.00 akan diperuntukkan sebagai kerja tambahan.

 

Sila alamatkan sebutharga dengan mengisi borang sebutharga kepada Pengerusi Surau Khairiah dalam sampul surat yang tertutup.

 

Jazakallah

Pengerusi Surau Khairiah

Tarikh : 5Mei 2014

 Sebutharga awning

Posted in Am | 4 Comments »