Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Jom.. imarahkan surau untuk mendapat redha Allah

Archive for November, 2013

Jadual pengajian bulan DIS 2013

Posted by suraukhairiahkgtengah on November 28, 2013

Dilampirkan jadual pengajian bulan Dis 2013. 

Jadual Dis 13

Posted in Jadual Kuliah | Leave a Comment »

SEKITAR PENYEDIAAN BUBUR ASYURA

Posted by suraukhairiahkgtengah on November 17, 2013

Majlis penyediaan Bubur Asyura telah bermula seawal 8.30 pagi dengan pemasangan khemah dan kelengkapan kawah dan dapur. Daging yang menjadi bahan utama serta berbagai jenis kacang direbus dalam pressure cooker. Apabila masak kacang di blend dan daging diseret sehingga halus. Daging diperat dengan rempah asyura Kelante yang dicampur dengan bawang yang telah dihancurkan.

Beras jenis rebus telah ditanak dan campuran dimasuk berperingkat-peringkat. Bahan lain ialah santan cair , santan pekat, manisan , gula dan garam secukup rasa. Bawang yang dimayang digoreng hingga kekuningan untuk dimasukkan diakhir peringkat memasak. Bubur Asyura telah siap sebelum masuk waktu Dzuhor…

Gambar-gambar sekitarnya..

20131117_122858b 20131117_120154b 20131117_113603b 20131117_101436b 20131117_104327b 20131117_124540b 20131117_125107b 20131117_104336b 20131117_115128b 20131117_122850b 20131008_082833b 20131117_140551b

Posted in Am | Leave a Comment »

BUBUR ASYURA

Posted by suraukhairiahkgtengah on November 10, 2013

Surau Khairiah akan mengadakan Majlis Membuat Bubur Asyura secara bergotong royong pada:

TARIKH:   17HB NOVEMBER 2013 (AHAD)

MULAI:     JAM 8.30 PAGI

TEMPAT:  PERKARANGAN SURAU KHAIRIAH                 

                    KG TENGAH, GOMBAK

Semua jamaah kariah dijemput untuk bersama bergotong royong menyediakan bubur asyura ini..

Pengerusi Surau Khairiah.

asyura 2

Asyura 1

asyura 2

Posted in Am | Leave a Comment »