Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Jom.. imarahkan surau untuk mendapat redha Allah

Archive for February, 2013

Pencalonan Pegawai dan Jawatankuasa Surau bagi sesi 2013-2016

Posted by suraukhairiahkgtengah on February 28, 2013

Pemilihan Jawatankuasa Surau yang lepas telah diadakan pada tahun 2010 untuk sesi 2010-2013 dan tempoh perlantikan akan berakhir pada 31 MEI 2013. Arahan telah pun dikeluarkan oleh JAIS untuk mengadakan pencalonan bagi sesi 2013-2016 sebelum akhir bulan MAC 2013. Dengan demikian dibawah dikembarkan Notis Mesyuarat Agung Khas untuk proses pencalonan ini diadakan.

————————————————————————————————————————————————————————————————————————

28hb. Feb 2013/ 18 Rabiul Akhir 1434

Tan Sri/Dato’Seri/Dato’/Tuan/Puan,

Semua anak kariah Surau Khairiah, Kg Tengah,

………………………………………

NOTIS MESYUARAT AGUNG KHAS 2013

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung KHAS untuk Pencalonan Pegawai dan Jawatankuasa Surau bagi sesi 2013-2016 akan diadakan pada tarikh dan masa berikut :

Tarikh :           24hb. MAC 2013(AHAD)

Masa :            Mulai 9.00 pagi

Tempat :         Dewan Solat Surau Khairiah Kg Tengah.

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

  1. Pembukaan oleh Pengerusi.
  2. Pencalonan Pegawai dan Jawatankuasa bagi sesi 2013-2016.
  3. Hal-hal lain (jika ada)
  4. Penangguhan mesyuarat.

Semua anak kariah dijemput untuk hadir di Mesyuarat Agung ini. Bagi maksud ini semua anak kariah perlu membuat pendaftaran melalui borang Pendaftaran Anak Kariah (sila klik untuk dimuat-turun dibawah)  yang dikembarkan untuk dikemukakan kepada mana-mana AJK Surau atau membawa bersama pada masa mesyuarat agung nanti.

Anak kariah juga diharap memberi kerjasama untuk menentukan pegawai atau wakil jawatankuasa yang hendak dicadang atau disokong pada mesyuarat agung ini.

Jamuan makan pagi akan disediakan.

Jazakallahu Kasiran.

t.t

(Ir. Hj. Mohd Jaaffar bin Mohd Daud)

Pengerusi sesi 2010-2013

s.k Nazir Masjid Al-Shariff

***muat-turun:  Borang Pendaftaran Anak Kariah v02

Posted in Am | Leave a Comment »

Jadual Pengajian Bulanan Bulan MAC 2013

Posted by suraukhairiahkgtengah on February 27, 2013

Dilampirkan jadual pengajian bulan Mac 2013:

(Diharap Kuliah Maghrib oleh Ust Gunawan yang tertangguh akan dapat diadakan pada 30hb Mac nanti, insyaAllah)

Jadual Mac 13

Posted in Jadual Kuliah | Leave a Comment »