Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Memupuk silaturrahim antara anak kariah..

Laporan Aktiviti Surau Khairiah bagi Mesyuarat Agung 2012

Posted by suraukhairiahkgtengah on December 6, 2012

Laporan Aktiviti Surau Khairiah bagi Mesyuarat Agung 2012

 1.       Pengenalan

Laporan ini ialah meliputi tarikh daripada Mesyuarat Agung pada bulan Sep 2011 sehingga Mesyuarat Agung tahun 2012.

 2.       Mesyuarat Agong 2011 & Jawatankuasa Surau.

 Mesyuarat Agong 2011 telah diadakan pada 18 Sep 2011.

Minit Mesyuarat Agung 2011 adalah seperti yang telah dibentangkan.

Selepas Mesyuarat Agung 2011, Jawantankuasa Surau mempunyai AJK seperti berikut:

 

PENASIHAT: Tuan Syed Haidzir bin Ahmad

PENGERUSI: Hj. Ir. Mohd Jaaffar bin Mohd Daud

IMAM: Hj Omar bin Hassan

BILAL: Hj Alias bin Abdul Karim

SIAK: Hj Mohammad Tapa bin Ibrahim

SETIAUSAHA: Abdul Azij bin Abdul Wahab dan bermula awal 2012 dijawat oleh Pengerusi.

BENDAHARI: Hamdan bin Ahmad (bermula 1 hb. Mac 2011)

 

AHLI:

1. Mohd Rafie bin Mohd Saari

2. Puan Siti Rohani binti Sien

3. Puan Rosnah binti Vadumurid

4. Azman bin Ahmad Basorawi

5. Ridwan bin Hj Buyong

6. Kamaruzaman bin Abu Bakar

7. Zainuddin b Kornain

8. Hj Mohamedan Makhtar bin Mohd Salleh

9. Shawalludin Abdul Jalil

10. Nazman bin Namso

12. Abdul Razak bin Mohamad Alias

13. Hj Mohd Noor Mahmood (bermula awal 2012)

 

JURUODIT:

1. Hj Abdul Malek bin Abdul Khalil

2. Hj Fahirurazi bin Yaacob

 

BIRO:

Biro Pemuda:

Ketua:                          Mohd Rafie bin Mohd Saari

Pembantu:                    Kamaruzaman bin Abu Bakar

 

Biro Muslimat:

Ketua:                          Puan Siti Rohani binti Sien

Pembantu:                    Puan Rosnah binti Vadumurid

 

Biro Penyenggaraan Surau:

Ketua:                          Ridwan bin Hj Buyong

Pembantu:                    Azman bin Ahmad Basorawi

 

Biro Pengajian & Dakwah

Ketua:                         Hj Dr Zainuddin Kornain

Pembantu:                   Nazman bin Namso

 

JK Khas Pengurusan Jenazah

Hj Alias bin Abdul Karim

Hj Mohammad Tapa bin Ibrahim

Khairuddin bin Hj Buyong

 

WAKIL ZON KARIAH KG TENGAH:

Zon 1 (Tmn B Sentosa): Hj Omar Hassan/Hj Abdul Malek Abdul Khalil/Hj Mohammedan

Zon 2 (Kg Tengah Tambahan): Abdul Razak bin Mohamad Alias

Zon 3 (Jln Harmonis 2&3): Hamdan bin Ahmad/ Hj Omar Kaban

Zon 4 (Jln Harmonis 4,5&6): Hj Fahirurazi/Hj Mohd Jaaffar

Zon 5 (Jln Harmonis 1&1/1): Hj Mohd Noor Mahmood

Zon 6 (Pangsapuri Harmonis): Zainuddin Kornain/Nazman Namso

Zon 7 (Jln Tengah 2): Hj Alias Hj Karim/Azman Ahmad Basorawi

Zon 8 (Kg Tengah–sebelah surau): Ridwan Hj Buyong/Kamarulzaman Abu Bakar

Zon 9 (Kg Tengah-seberang): Shawalludin Abdul Jalil

 

BARISAN IMAM SOLAT:

  • Hj Omar bin Hassan
  • Hj Talib bin Zakaria (telah meninggal dunia pada Jun 2012)
  • Hj Mohd Nor bin Syar’un(telah tidak bersama mulai 2012)
  • Khairuddin bin Hj Buyong
  • Mahmood bin Yunus

 

PEMBANTU KHAS:

  • Hj Ramli bin Abdul Karim
  • Hj Omar Kaban

 

Pada awal tahun 2012, jawatan Setiausaha telah kosong dan mulai awal tahun 2012 hingga sekarang jawatan disandang oleh Pengerusi.

AJK ini akan tamat perkhidmatan pada bula Mei 2013 dimana pemilihan baru perlu dibuat pada tahun 2013.

 

3.       Tindakan susulan daripada keputusan Mesyuarat Agung tahun 2011.

 

  • Penubuhan Jawatankuasa Khaspengurusan Jenazah

Satu JK khas seperti yang disarankan telah diadakan. Walaupun begitu ianya perlu diperkemaskan lagi dengan diadakan latihan pengurusan jenazah dan sebagainya.

  •  Pemantauan Ustaz yang dilantik.

AJK telah mengadakan borang pendaftaran bagi semua Ustaz yang dilantik untuk memberi kuliah dan rujukan dibuat jika perlu untuk menentukan kedudukan ketauliahan.

Ustaz-ustaz yang disaran untuk diberhentikan dalam Mesyuarat Agung lepas telah diambil tindakan sewajarnya.

Merujuk kepada saguhati yang diberi kepada Ustaz yang menjalankan kuliah, pada bajet tahun 2013 wang saguhati disarankan dinaikkan kepada bayaran minima sebanyak RM80.00 sekali kuliah.

  • Kedudukan Van Jenazah

Van ini masih kekal dalam garaj Surau. Beberapa orang telah berusaha untuk cuba memulihkannya tetapi tidak berhasil. Adalah dicadangkan van ini dihapuskira.

  • Kebersihan Surau

Mulai awal tahun 2012, seorang pekerja telah diupah untuk membersih kawasan luar dan dalam Surau sekali setiap dua minggu disamping pembersihan biasa yang dibuat oleh Jamaah.

 

4.       Mesyuarat AJK

Mesyuarat AJK hanya dibuat apabila perlu sahaja seperti berikut:

 

  • 29hb Disember 2011 – Mesyuarat AJK
  • 12hb Jun 2012 – Sambutan Ramadan 2012
  • 3hb. Sept 2012 – Sambutan Eidulfitri
  • 22hb Sep & 2hb Nov 2012 – Persediaan Qurban

Mesyuarat Sekrateriat iaitu diantara Pengerusi, Setiauaha, Bendahari dan Imam serta Ketua Biro akan diadakan bagi merancang aktiviti am serta aktiviti biro.

 

5.       Program Penambahbaikan Surau.

 

  • Tabungan Saham Akhirat Pembelian Tempat Mandi Jenazah (Julai 2011)

Sumbangan telah diperolehi dan tempat mandian telah dibeli dan mula digunakan.

  • Tabung pembiayaan pemasangan LANTAI JUBIN serta pembaikan menyeluruh Surau Khairiah Kg Tengah.

Sebahagian daripada Tabung yang diperlukan sebanyak RM30,000.00 telah diperolehi dan lantai jubin, pemasangan dinding konkrit dikawasan belakang serta pembaikian lain telah dibuat.

  • Pemasangan Vertical Blind – telah dibuat.
  • Tabung Pembelian Kerusi & Meja.

Tabung ini dibuka pada awal Disember 2012 dan sasaran sebanyak RM8,000.00 diperlukan. Tabung akan dibuka sehingga awal tahun 2013 dan insyaallah akan mendapat sambutan

semoga kerusi meja dapat diganti.

 

6. LAPORAN AKTIVITI BIRO DAKWAH DAN PENGAJIAN

 

6.1.     Sepanjang tahun 2012, Biro Dakwah dan Pengajian  Surau Khairiah Kg. Tengah, telah mengadakan beberapa program khusus di samping program pengajian kitab secara harian. Berikut adalah ringkasan aktiviti-aktiviti khusus yang telah dijalankan. Untuk butiran terperinci, boleh melayari alamat sesawang portal Surau Khairiah, Kg. Tengah Gombak di https://suraukhairiah.wordpress.com

 

Bil Tajuk Aktiviti Tarikh Butiran
1 Karnival Sambutan Maulidur Rasul

 

5 Februari 2012

 

Aktiviti yang dijalankan:

  • Forum“Persefahaman Asas Perpaduan oleh : Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim, Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah dan Ustaz Muhammad Kazim Elias
  • Pertandingan melaungkan Azan bagi remaja( perseorangan)
  • Pameran dan jualan.
  • Pertandingan kumpulan Selawat Nabi (kumpulan 5 orang)
  • Pertandingan kuiz dengan soalan-soalan berkaitan Kisah Nabi
2 Sambutan Israk dan Mikraj

 

17 Jun 2012

 

Aktiviti yang dijalankan;

  • Solat Sunat Tasbih berjemaah pimpinan Ustaz Manaf
  • Ceramah Khas bertajuk bertajuk “Israk & Mikraj: Menyerlahkan IHSAN sebagai CCTV dihati”

Oleh : Dr Hj Ridhuan bin Mohd Sagir

  • Klinik Al-Fatihah oleh Ustz. Khairul Anuar
  • Strategi Menghafaz Al-Quran oleh: Ust. Nik Mohd Saiful Azizi

 

3 Majlis Sambutan Hari Raya Eidulfitri 1433H

 

 

 

9 September 2012 Aktiviti yang dijalankan:

  • Ceramah Khas oleh Tokoh Motivasi di Radio IKIM  Ustaz Ebit Irawan bin Ibrahim Lew
  • Jamuan Hari Raya
4 Kulian Maghrib Khas Sempena Musim Haji 6 Oktober 2012 Penceramah:

Y.Bhg Dato’ Hj Kamal Hj Mohammad (Mantan Pengurus Besar Tabung Haji)

Tajuk: “Perjalanan HAJI Rasulullah dan Iktibarnya”

5 Program Maal Hijrah 15 November 2012 Ceramah Dhuha: “Al-Quran Mukjizat Sepanjang Zaman”.  Oleh Syeikh Said Abdul Latiff Karawiyyah

 

Aktiviti petang: Pertandingan Membaca Al-Quran oleh kanak-kanak Pra-Sekolah dan Darjah 1-6.

Pameran serta jualan.

 

Ceramah Maghrib: “ Hakikat Hijrah Rasullullah S.A.W”. Oleh Ustaz Wan Aswadi Wan Mat Yim Al Hafiz

 

6.2.     Surau Khairiah juga begitu aktif mengadakan kuliah pengajian  harian yang meliputi pelbagai tajuk kitab untuk memenuhi tuntutan ilmu bagi masyarakat sekitar Kg. Tengah, Tmn. Harmonis dan Tmn Bukit Sentosa. Berikut adalah ringkasan kuliah harian untuk  sesi 2011 dan 2012.

Bil Nama Pengajar Tajuk Pengajian/ Kitab
1 Ustaz Mohd Fadzli Yamani Kitab Panduan Solat – Fekah
2 Ustaz Syukri Kitab Tasauf Moden Prof Dr. HAMKA
3 Ustaz Manaf Tanbihul Ghafilin
4 Ustaz Mohd Rani Kitab Al Hikam
5 Ustaz Awang Mamat Syariat Islam
6 Ustaz Nazri Kitab Fikah Mazhab- Perundangan Islam
7 Ustaz Dr. Tajul Aris Kitab Fikah – Faraid
8 Ustaz Yusof Johan Kitab Hadis 40
9 Ustaz Khairul Anuar Tajwid Al-Quran
10 Ustaz Dr. Adli Tafsir Al-Kahfi
11 Ustaz Nik Hussin Umum/Hadis
12 Ustaz Norazan Pengajian Hadis / Hadis Qudsi
13 Ustaz Dr. Saifudin Kitab Apa Ertinya Saya Menganut Islam
14 Ustaz Rozali Kupasan La Tahzan
15 Ustaz Qari Umum
16 Ustaz Bakri Tafsir Juz Amma
17 Ustaz Fadzli Ismail Umum/Hadis
18 Ustaz Farid Hadis
19 Ustaz Mohd Noor Kitab Hadis Akhir Zaman
20 Ustaz Zainal Abidin Hayatus Sahabah
21 Ustaz Abdul Rahim Nasir Kuliah Dhuha Muslimat- Adabul Mufrad
22 Ustaz Hariyanto Kuliah Dhuha Muslimat – Tafsir Ahkam.
23 Ustazah Sarifah Nawirah Kuliah Dhuha Muslimat
24 Maulana SYED NOOR MOHAMMAD Kuliah Asar setiap Selasa bagi Muslimin.

 

7.       Senarai Kitab rujukan surau.

Senarai kitab rujukan yang tersedia di Surau seperti pada 31 Okt 2012:

No Judul Buku Pengarang Penerbit Kuantiti
1 Hadis 40 Peristiwa Akhir Zaman Abu Ali Al Banjari Khazanah Banjariah (2008) 16
2 Hadis 40 Akhlak Mulia Abu Ali Al Banjari Khazanah Banjariah (2004) 7
3 Hadis 40 Penawar Hati Abu Ali Al Banjari Khazanah Banjariah (2003) 7
4 Terjemahan Al Hikam Syaikh Ibnu Atho’illah Victoria Agency (2001) 9
5 Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Hj. Said Hj. Ibrahim Darul Ma’rifah (1996) 8
6 Nasihat dan Bimbingan Hadis Qudsi Imam Ghazali

Tahqiq : Dr. Abdul Hamid

Al Hidayah Publication 18
7 Asas Tasawuf – Membentuk Insan Calon Penghuni Syurga Al Sayyid Bskri Al Malikiy Pustaka Ilmi (2001) 9
8 Kitab Fikah Mazhab Syafie

Jilid Satu – Bersuci dan Sembahyang

Jilid Dua – Zakat Puasa Haji

Jilid Lapan – Jenayah dan Hudud

Dr. Mustofa Al-Khin

Dr. Mustofa Al-Bugho

Ali Asy-Syarbaji

Pustaka Salam (2005)  

4

4

4

9 Tanbihul Ghafilin (Jilid 1&2) Abu Laits Samarqandi Victoria Agency (1989) 5
10 Kifayatul Akhyar (Kelengkapan Orang Soleh) Imam Taqiyuddin Pustaka Nasional (1993) 1
11 Matla’ Al Bardain Jilid 1 Hasan Hj. Ahmad JAWI (2003) 11
12 Fadhilat Amal Maulana Zakariyya Era Ilmu (2006) 1
13 Penghantar Syariat Islam Mohd Saleh Hj Ahmad Pustaka Abdul Majid (1999) 6
14 Pengetahuan Agama Islam ATM Masni Sabar

Hj Abdullah Adam

KAGAT (1998) 10
15 Apa Ertinya Saya Menganut Islam Fathi Yakin Pustaka Salam (2010) 4
16 Permasalahan Aqidah Tauhid Pegangan Setiap Mukmin Ismail Din

Haron Din

Darul Nu’man (1996) 14
17 Terjemahan Riyadhus Salihin

Jilid 1&2

Imam Nawawi Victroia Agency (1995) 3
18 Syarah Hadis 40 Imam Nawawi Dr. Musthapa Al-Bugho Pustaka Salam (1998) 2
19 Petunjuk Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Prof. Ahmad Izzudin Al Bayunni JAKIM (2003) 2
20 Penawar Bagi Hati Abdul Qadir Abdul Mutalib 1964 9
21 Tasauf Moden Dr. Hamka Darul Nu’man 8
22 MAQASID SYARIAH Ustaz Wan Nasir bin Wan Abd Wahab Telaga Biru 1
23 Kitab Fikah Mazhab Syafie Jilid 5 (Menghuraikan Bab: Wakaf, Wasiat, Faraid) Dr Mustofa l-Khin, Dr Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji Pustaka Salam 6
24 Masaalah MUAFIK DAN MASBUK HASAN BIN AHMAD SYARIKAT JAFFAR RAWAS SDN BHD 1
25 Muntakhab Ahadis – Hadis Hadis Pilihan Pengarang: Syaikh Muhammad Yusof Kandhalawi & Penyusun: Syaikh Muhammad Sa’ad Kandhalawi Maktabah Ilmiah 1

 

8.       Tanah Tapak Surau

Tapak tanah surau sekarang ini masih dibawah Surat Ikatan Amanah. Usaha untuk menjadikan hak milik tanah yang diwakafkan ini dibawah Majlis Agama Islam Selangor telah dibuat dengan penghantaran dokumen yang bersangkutan kepada Bahagian Mal, Pajabat Agama Islam Gombak.

InsyaAllah, pertukaran hak milik wakaf dapat disempurnakan tidak berapa lama lagi.

 

9.       Membudayakan Puasa Sunat

Surau Khairiah telah dapat menyempurnakan majlis berbuka puasa sunat yang mendapat tajaan daripada jamaah pada hari-hari tersebut:

  •  6 Zulhijjah 1433
  • 9 Zulhijjah 1433
  • 10 Muharram 1434

Pihak AJK surau akan merancang untuk mengadakan majlis seperti ini sekurang-kurangnya sekali setiap bulan (diluar bulan Ramadhan).

Disusun oleh Mohd Jaaffar

6 Disember 2012

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: