Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Jom.. imarahkan surau untuk mendapat redha Allah

Archive for November, 2012

Tabung Pembelian Meja dan Kerusi

Posted by suraukhairiahkgtengah on November 29, 2012

Tabung Pembelian Meja dan Kerusi

AJK Surau Khairiah bercadang untuk membeli meja serta kerusi baru untuk kegunaan jamuan makan. Pihak AJK Surau Khairiah telah bersetuju untuk menubuhkan tabung untuk maksud ini dengan jumlah dana sebanyak lebih-kurang RM8,000.00 (Ringgit Lapan Ribu) untuk pembelian contoh seperti berikut :

  Meja bersama tempat duduk

– 4  buah

 

 
   Meja buffet – 2 buah  

 

 

Adalah diharapkan tabung ini akan dapat diisi dalam masa yang singkat semoga pembelian dapat disegerakan.

Pengisian Tabung ini yang berupa amal jariah adalah dialu-alukan daripada semua anak kariah. Sumbangan kepada tabung bolehlah diberikan kepada Bendahari atau mana-mana AJK. Tabung akan dibuka untuk selama 3 bulan (berakhir awal tahun 2013)

AJK Surau Khairiah

Tarikh : 26 Nov 2012

Posted in Am | Leave a Comment »

DOA/JAMPI RASULULLAH SAW

Posted by suraukhairiahkgtengah on November 22, 2012

 

 

Posted in Am | Leave a Comment »

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BAGI TAHUN 2012

Posted by suraukhairiahkgtengah on November 21, 2012

20hb. Nov 2012/ 6 Muharram 1434

Tan Sri/Dato’Seri/Dato’/Tuan/Puan,

………………………………………

 

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BAGI TAHUN 2012

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan bagi Tahun 2012 akan diadakan pada tarikh dan masa berikut :

 

Tarikh :           9hb. DISEMBER 2012(AHAD)

Masa :            Mulai 11.00 pagi

Tempat :         Dewan Solat Surau Khairiah Kg Tengah.

 

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

  1. Pembukaan oleh Pengerusi.
  2. Pengesahan minit Mesyuarat Agung tahun 2011.
  3. Perkara berbangkit.
  4. Laporan aktiviti biro-biro.
  5. Pembentangan penyata kewangan bagi tahun 2011 dan anggaran pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun 2013.
  6. Perbincangan usul-usul dan cadangan (jka ada)
  7. Hal-hal lain.
  8. Penangguhan mesyuarat.

 

Semua anak kariah dijemput untuk hadir di Mesyuarat Agung ini.

Jamuan makan tengah hari akan disediakan.

 

Jazakallahu Kasiran.

t.t

(Ir. Hj. Mohd Jaaffar bin Mohd Daud)

Pengerusi.

Posted in Mesyuarat Agung 2012 | Leave a Comment »

The blessings of month of Muharram(video with English commentary)

Posted by suraukhairiahkgtengah on November 18, 2012

Uploaded by on Dec 14, 2010

Sheikh Bilal Ismail educates us about some history and benefits of the 1st sacred month in the Muslim calender – Muharram.

He also discusses the most virtuous day in this month – the day of Ashura.

Layari:
Surau Khairiah Kg Tengah GOMBAK
19Nov2012

Posted in Am | Leave a Comment »

Puasa sunnat bulan Muharram

Posted by suraukhairiahkgtengah on November 17, 2012

Puasa sunnat bulan Muharram

Tarikh 9(Hari Tasu’a), 10(Hari Asyura)  dan 11 Muharram tahun 1434H jatuh pada 23, 24 dan 25 November 2012 (Jumaat, Sabtu dan Ahad).

Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: “Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam.” (Riwayat Muslim)

Daripada Ibu ‘Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w.  maksudnya: “Sesiapa berpuasa pada hari ‘Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari.” (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari ‘Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: “Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Riwayat Muslim)

Puasa dihari 9 Muharram adalah disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharram.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Rumusannya:

Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9, ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

Sabda Rasullullah s.a.w. yang bermaksud: “Berpuasalah pada hari ‘Asyura (10 Muharram) dan janganlah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya.” (Riwayat Imam Ahmad)

Rujukan: http://tanbihul_ghafilin.tripod.com

Posted in Am | Leave a Comment »

Promosi kursus di UMCced UM

Posted by suraukhairiahkgtengah on November 17, 2012

Pusat Pendidikan Berterusan (UMCCED) UM juga turut sama mempromosi kursus-kursus yang ditawarkan pada hari sambutan Maal Hijrah di Surau Khariah pada 15hb Nov 2012 lepas.

Kursus-kursusnya adalah seperti berikut:

  • Sijil Pengajian Syariah/Usuluddin
  • Diploma Eksekutif Pengajian Syariah/Usulludin
  • Sijil Bahasa Arab

Untuk maklumat lanjut sila layari : www.umcced.edu.my

Posted in Am | Leave a Comment »

Promosi kursus di Akademi Pangajian Islam UM

Posted by suraukhairiahkgtengah on November 17, 2012

Pusat Pengajian Islam UM juga turut sama mempromosi kursus-kursus yang ditawarkan pada hari sambutan Maal Hijrah di Surau Khariah pada 15hb Nov 2012 lepas.

Kursus-kursusnya adalah seperti berikut:

  • SPAQ – Sijil Pengajian Al-Quran
  • SPAH- Sijil Pengajian Al-Hadith
  • SBA- Sijil Bahasa Arab

Untuk maklumat lanjut sila layari : www.spaq-apium.com

Posted in Am | Leave a Comment »

IFLA, UIA mempromosi kursus-kursus

Posted by suraukhairiahkgtengah on November 17, 2012

Sebagai aktiviti tambahan sambutan Maal Hijrah di Surau Khariah pada 15hb Nov 2012 lepas, pameran promosi kursus-kursus umum bersangkutan Agama telah diadakan. Pihak Ifla (Institute for Language Advancement), UIA telah turut sama mempromosi kursus-kursus yang ditawarkan.

Untuk maklumat lanjut sila layari : www.iium.edu.my/ifla

Posted in Am | Leave a Comment »

Sekitar Maal Hijrah pada 15hb Nov 2012

Posted by suraukhairiahkgtengah on November 16, 2012

Sambutan Maal Hijrah di Surau Khairiah telah berjalan sepanjang hari pada 15hb Nov 2012 (1 Muharam 1434H).

Gambar sekitar Ceramah Khas pada paginya:

Penceramah Ust Syeikh Sai’d

Gambar sekitar acara petang:

Pembahagian hadiah

Pengacara serta pengadil Ust Hafiz Anuar

Sebelah malamnya:

Penceramah Ust Wan Aswadi

Posted in Am | 1 Comment »

Keputusan Tilawat Al-Quran oleh Kanak-kanak.

Posted by suraukhairiahkgtengah on November 15, 2012

Keputusan  Tilawat Al-Quran oleh Kanak-kanak.

Aktiviti Hari Maal Hijrah Surau Khairiah yang diadakan pada jam 2.oo petang 15hb Nov 2012.

Bil. Nama Umur Pencapaian
Peringkat pra-sekolah:
1 Syed Iman Husainy 6 Pemenang
2 Nur Eisyah Sofiyah 6 Saguhati
3 Wan Nur Taquih 6 Saguhati
4 Benjamin Rayyan 4 Saguhati
Peringkat Darjah 1-3:
1 Nur Azra 9 Pemenang
2 Mohd Ashraf Danish 8 Saguhati
3 Muhammad Ammar Danial 9 Saguhati
4 Adam Danial 8 Saguhati
5 Salman 9 Saguhati
6 Syed Ahmad Azhari 9 Saguhati
7 Nur  Maryam 8 Saguhati
8 Nur Ain Natasya 8 Saguhati
Peringkat Darjah 4-6:
1 Syed Ahmad Asyraf 11 Pemenang
2 Nur Ilham Sofiyah 11 Saguhati
3 Hafizi 11 Saguhati
4 Fadillah 11 Saguhati
5 M Arfan Daniel 12 Saguhati
6 Muhd Hafizi 12 Saguhati
7 Afifi Azizi 12 Saguhati
8 Puteri Nor Alina 12 Saguhati
8 Muhammad Farizuan 12 Saguhati
9 Khairul Akmal 11 Saguhati
10 Nurul Eimani 10 Saguhati
11 Maryam Jehan 11 Saguhati
12 Harris Hamzah 11 Saguhati

Surau Khairiah

15 Nov 2012

Posted in Am | Leave a Comment »