Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Memupuk silaturrahim antara anak kariah..

Majlis Sambutan Hari Raya Eidulfitri 1433H

Posted by suraukhairiahkgtengah on August 29, 2012

Majlis Sambutan Hari Raya Eidulfitri 1433H

Merujuk perkara diatas, pihak Surau akan mengadakan sambutan Eidulfitri pada hari berikut:

 

Tarikh:   9hb. September 2012 (AHAD)

Tempat: Perkarangan Surau Khairiah Kg Tengah

Masa:    11.00 pagi – 12.30 tgh hari Ceramah Khas oleh Tokoh Motivasi di Radio IKIM  Ustaz Ebit Irawan bin Ibrahim Lew

12.30 tgh hari- 3.00 ptg beramah mesra serta Jamuan.

 

Saya serta barisan AJK dengan sukacitanya ingin menjemput semua anak kariah sekeluarga untuk bersama-sama hadir ke majlis ini.

Pihak Surau dengan kerjasama para Muslimat Kg Tengah akan menyediakan juadah serta persiapan yang diperlukan. Bagi menyemarakkan lagi kerjasama antara anak kariah, saya mengalu-alukan sumbangan kuih-muih serta juadah daripada tuan/puan.

Bagi menampung kosnya tuan/puan yang ingin memberi sumbangan kewangan juga dialu-alukan.

Ceramah khas oleh Ust Ebit Irawan bertajuk ”Remaja Berwawasan Cerah Masa Depan” memberi fokus kepada anak remaja tetapi terbuka dan relevan untuk semua peringkat umur. Dengan itu, saya ingin menjemput semua warga kariah sekeluarga untuk mengikuti ceramah khas ini serta beramah mesra menyamput Eidulfitri.

Saya dahului dengan ucapan berbanyak terima kasih dan insyaallah amalan ini akan mendapat keredhaan yang Maha Berkuasa.

Selamat Hari Raya Eidulfitri & Maaf  Zahir Batin

Jazakallah & Wassalam.

 

Yang benar,

t.t

(Ir. Hj. Mohd Jaaffar bin Mohd Daud)

Pengerusi.

One Response to “Majlis Sambutan Hari Raya Eidulfitri 1433H”

  1. Pengerusi said

    Bagi mereka yang ingin memberi sumbangan apa-apa juadah untuk majlis ini bolehlah menghantarnya diantara jam 11.00 -12.00 pagi untuk dihidangkan bersama dengan juadah lain. Semoga majlis ini akan mendapat keredhaan Allah dan diberkati kepada mereka yang menyumbang dan hadir. Jazakallah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: