Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Jom.. imarahkan surau untuk mendapat redha Allah

Archive for August, 2012

Majlis Sambutan Hari Raya Eidulfitri 1433H

Posted by suraukhairiahkgtengah on August 29, 2012

Majlis Sambutan Hari Raya Eidulfitri 1433H

Merujuk perkara diatas, pihak Surau akan mengadakan sambutan Eidulfitri pada hari berikut:

 

Tarikh:   9hb. September 2012 (AHAD)

Tempat: Perkarangan Surau Khairiah Kg Tengah

Masa:    11.00 pagi – 12.30 tgh hari Ceramah Khas oleh Tokoh Motivasi di Radio IKIM  Ustaz Ebit Irawan bin Ibrahim Lew

12.30 tgh hari- 3.00 ptg beramah mesra serta Jamuan.

 

Saya serta barisan AJK dengan sukacitanya ingin menjemput semua anak kariah sekeluarga untuk bersama-sama hadir ke majlis ini.

Pihak Surau dengan kerjasama para Muslimat Kg Tengah akan menyediakan juadah serta persiapan yang diperlukan. Bagi menyemarakkan lagi kerjasama antara anak kariah, saya mengalu-alukan sumbangan kuih-muih serta juadah daripada tuan/puan.

Bagi menampung kosnya tuan/puan yang ingin memberi sumbangan kewangan juga dialu-alukan.

Ceramah khas oleh Ust Ebit Irawan bertajuk ”Remaja Berwawasan Cerah Masa Depan” memberi fokus kepada anak remaja tetapi terbuka dan relevan untuk semua peringkat umur. Dengan itu, saya ingin menjemput semua warga kariah sekeluarga untuk mengikuti ceramah khas ini serta beramah mesra menyamput Eidulfitri.

Saya dahului dengan ucapan berbanyak terima kasih dan insyaallah amalan ini akan mendapat keredhaan yang Maha Berkuasa.

Selamat Hari Raya Eidulfitri & Maaf  Zahir Batin

Jazakallah & Wassalam.

 

Yang benar,

t.t

(Ir. Hj. Mohd Jaaffar bin Mohd Daud)

Pengerusi.

Posted in Am | 1 Comment »

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Posted by suraukhairiahkgtengah on August 16, 2012

Posted in Am | 1 Comment »

Majlis pada malam 27 Ramadan

Posted by suraukhairiahkgtengah on August 13, 2012

Pada malam ini seperti kebiasaan Surau Khairiah akan mengagihkan wang sumbangan para jemaah kepada anak-anak yatim yang bermastautin dikariah Surau Khairiah dan juga menyampaikan saguhati serta cenderamata kepada Imam yang bertugas, Ustaz-ustaz para penceramah serta petugas surau serta bagi mereka yang melibatkan dalam aktiviti yang dianjurkan pada bulan Ramadhan ini.

Aturcara malam tersebut yang jatuh pada 15 Ogos 2012 (RABU) adalah seperti berikut:

  • Solat Isyak dan Terawih.
  • Majlis khatam al-Quran
  • Penyampaian saguhati/hadiah:
    • Anak-anak yatim dalam kawasan kariah.
    • Imam Solat Terawih dan Qiamulail.
    • Bilal Solat Terawih
    • Penyertaan Taddarus muslimin dan muslimat.
    • Penyertaan kerja-kerja pembungkusan dan agihan bubur lambok.
    • Para-para petugas sepanjang bulan Ramadan
    • Saguhati bagi Imam dan AJK Surau

Majlis akan disudahi dengan jamuan moreh.

Semua jamaah dijemput untuk bersama meraikan anak-anak yatim dan majlis malam itu.

 

Jazakallah

Pengerusi

 

Posted in Am | Leave a Comment »

Banner : Aktiviti sepanjang Ramadan

Posted by suraukhairiahkgtengah on August 1, 2012

Posted in Am | Leave a Comment »