Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Jom.. imarahkan surau untuk mendapat redha Allah

Archive for July, 2012

Pendaftaran Anak-anak Yatim kariah Surau Khairiah

Posted by suraukhairiahkgtengah on July 22, 2012

Pendaftaran Anak-anak Yatim kariah Surau Khairiah

Anak-anak yatim yang bermastautin dikawasan kariah Surau Khairiah Kg Tengah diminta untuk mendaftarkan diri untuk membolehkan pihak surau mengagihkan sumbangan wang anak-anak yatim yang dikumpul sepanjang tahun daripada bulan Ramadhan 1432H  ke Ramadhan 1433H.

Mereka yang layak hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut :

  • Berumur  tidak melebihi daripada 15 tahun pada bulan Syawal tahun 1433H.
  • Bermastautin dikawasan Surau Kariah sekurang-kurangnya semenjak Ramadhan tahun lepas.
  • Beragama Islam dan yatim (anak yang kehilangan bapa melalui kematian)

t.t

Pengerusi

Surau Khairiah

Tarikh : 22 Julai 2012

Muatturun borangnya: BORANG PENDAFTARAN ANAK YATIM

Advertisements

Posted in Am | Leave a Comment »

Banner Sambutan Ramadan

Posted by suraukhairiahkgtengah on July 21, 2012

Selamat Menghayati Ramadan dan Selamat Menyambut Aidilfitri, Insyaallah..

Posted in Am | Leave a Comment »

Penyediaan & agihan Bubur Lambuk

Posted by suraukhairiahkgtengah on July 21, 2012

Bubuk Lambuk akan disediakan pada setiap hari SABTU untuk agihan kepada  anak kariah dan penduduk sekitar, insyaallah . Berikut gambaran sekitar penyediaan pada hari Sabtu yang pertama:

Posted in Am | Leave a Comment »

Jadual Aktiviti Ramadhan 2012/1433H

Posted by suraukhairiahkgtengah on July 21, 2012

Jadual aktiviti di Surau Khairiah Kg Tengah sebagai panduan anak kariah:

Updated pada 24 Julai 2012

 

Posted in Program Khas | Leave a Comment »

Aktiviti di Surau Khairiah Kg Tengah, GOMBAK sepanjang bulan Ramadan

Posted by suraukhairiahkgtengah on July 17, 2012

Aktiviti di Surau Khairiah Kg Tengah, GOMBAK sepanjang bulan Ramadan:

  • Qiamulail mulai jam 4.30 pagi pada setiap pagi hujung minggu (Sabtu dan Ahad) dan disusuli dengan bersahor.
  • Solat Terawikh, 20 rakaat yang akan dipimpin olih Imam Tahfiz dan Imam Undangan. Tazkirah ringkas akan diselit.
  • Tahlil arwah setiap malam selepas solat Terawikh.
  • Majlis berbuka pada setiap hari.
  • Jamuan moreh ringan selepas solat Terawikh.
  • Bubur Lambuk pada setiap Sabtu.
  • Iktikaf mulai waktu Maghrib hingga ke waktu Subuh pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan. Pada paginya akan diadakan Qiamulail berjamaah dan bersahor.
  • Taddarus al-Quran pada setiap malam bagi kumpulan Muslimat dan Muslimin (Remaja dan dewasa).
  • Malam 27 Ramadan akan diadakan majlis Khatam dan pembahagian sumbangan kepada anak-anak yatim serta pembantu-pembantu Surau.

Jadual terperinci akan dipaparkan untuk makluman para jamaah.

Semua anak kariah Surau Khairiah dijemput untuk menghayati Ramadan dan bersama-sama  mengimarahkan aktiviti yang diatur ini. 

Posted in Am | Leave a Comment »

Kutipan Sumbangan Ramadhan 2012/1433H

Posted by suraukhairiahkgtengah on July 11, 2012

Tan Sri/Dato’Seri/Dato’/Tuan/Puan,

…………………………………….

Kutipan Sumbangan Ramadhan 2012/1433H

Lanjutan kepada surat Rayuan Sumbangan Ramadhan yang telah diedarkan pada minggu lepas, saya dan rakan AJK ingin menetapkan tarikh dan waktu kutipan yang akan dibuat dari rumah ke rumah pada:

 

Tarikh:  15 Julai 2012 (AHAD)

Waktu:  Selepas Solat Asar.

 

Saya berharap tuan/puan boleh menyediakan sumbangan dalam bentuk tunai atau cek (jika cek sila tulis atas nama: SURAU KHAIRIAH, KG TENGAH GOMBAK) untuk diberikan pada waktu kutipan nanti.

Jazakallah & Wassalam.

 

Yang benar,

t.t

(Ir. Hj. Mohd Jaaffar bin Mohd Daud)

Pengerusi.

Posted in Am | Leave a Comment »

Rayuan Sumbangan Ramadhan 2012/1433H

Posted by suraukhairiahkgtengah on July 10, 2012

Pihak Surau Khairiah Kg Tengah mengalu-alu sumbangan daripada orang ramai untuk aktiviti sepanjang Ramadhan. Tuan-puan yang ingin membuat sumbangan bolih juga membuat melalui bank transfer kepada akaun Surau Khairiah di Bank Muamalat: 1401 0000 4097 19

 

Jazakallah

Pengerusi.

Posted in Am | Leave a Comment »

MUHASABAH DIRI PADA MENYUCIKAN HATI

Posted by suraukhairiahkgtengah on July 5, 2012

Satu kuliah Maghrib khas akan diadakan pada 18hb Julai bertajuk “MUHASABAH DIRI PADA MENYUCIKAN HATI” yang akan disampaikan olih UST NASRULLAH.

Sila ambil perhatian dan semua jemaah jauh dan dekat dipersilakan.

 

Biro Pengajian dan Dakwah.

6Jul2012

Posted in Jadual Kuliah | Leave a Comment »

Sumbangan Ramadhan 2012/1433H

Posted by suraukhairiahkgtengah on July 4, 2012

5 Julai 2012/ 15 Syaban 1433

Tan Sri/Dato’Seri/Dato’/Tuan/Puan,

……………………………………….

………………………………………

Sumbangan Ramadhan 2012/1433H

Kita akan ditemukan dengan bulan Ramadhan yang diberkati insyaallah yang dalamnya ada banyak perkara sunat yang digalak dilakukan di masjid/surau secara berjemaah dan apa-apa sumbangan yang bermanafaat dijanjikan dengan pahala yang berganda.

Pihak Surau Khairiah seperti biasa mengalu-alu kunjungan semua anak kariah bagi menyempurnakan solat Terawikh dan disamping itu bersama-sama berbuka puasa, bermoreh, bersahor, bertahlil dan sebagainya.

Untuk menampung kos bagi perjalanan majlis sepanjang Ramadhan termasuk bagi penyediaan juadah serta kos lain, saya bagi pihak AJK ingin membuka ruang untuk  tuan/puan menambahkan ganjaran pahala dengan membuat sumbangan yang termampu. Bersama ini dikembarkan borang:

  • Borang Sumbangan Ramadhan 2012/1433H
  • Borang Tahlil Ramadhan 2012/1433H

Saya dahului dengan ucapan berbanyak terima kasih diatas sumbangan tuan/puan semoga Ramadhan tahun ini adalah lebih baik daripada tahun yang lepas, insyaallah. Tuan/puan semua dijemput untuk menyemarakkan Surau Khairiah sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Wassalam.

Yang benar,

t.t

(Ir. Hj. Mohd Jaaffar bin Mohd Daud)

Pengerusi.

Borang-borang boleh dimuatturun, sila click:

xxBORANG SUMBANGAN Ramadhan

xxBORANG Tahlil Ramadhan

Posted in Am | Leave a Comment »

Gotong Royong pada 8hb Julai 2012

Posted by suraukhairiahkgtengah on July 1, 2012

Sebagai persediaan menyambut bulan Ramadhan, satu aktiviti Gotong Royong membersihkan kawasan dalam dan luar surau akan diadakan pada tarikh berikut:

Tarikh : 8hb Julai 2012 (AHAD)

Mulai : Jam 8.30 pagi

Semua dijemput untuk bersama.

Jamuan akan disediakan.

AJK Surau Khairiah.

1hb Julai 2012

Posted in Am | Leave a Comment »