Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Memupuk silaturrahim antara anak kariah..

Tawaran sebutharga: Membekal Juadah pada Ramadhan Tahun 1433H

Posted by suraukhairiahkgtengah on June 14, 2012

Tawaran sebutharga:

Membekal  Makanan bagi Majlis Berbuka Puasa, Moreh dan Sahur bagi Ramadhan Tahun 2012/1433H

Skop kerja:

1. Membekal makanan bagi majlis berbuka puasa, moreh dan bersahur bagi hari-hari dan bilangan yang ditentukan.

  • Makanan bagi jamuan Sahur pada hari-hari yang akan ditentukan adalah secara berbungkus, terdiri daripada nasi putih, satu jenis lauk,  sayur dan buahan. Air minuman akan disediakan oleh pihak Surau. Bilangan minima 30 bungkus. Minima bagi 12 waktu sahur.
  • Makanan untuk berbuka puasa yang terdiri daripada dua jenis beriku:
    • Jamuan berbuka pada hujung minggu (hari Sabtu & Ahad dan hari-hari I’tikaf) untuk minima 12 kali. Jamuan agak berat dengan 2 jenis kuih dan hidangan nasi serta lauk nya. Air minuman akan disediakan oleh pihak Surau. Persediaan untuk 30 orang diperlukan.
    • Jamuan berbuka puasa biasa pada hari-hari selain daripada hari diatas. Jenis makanan sama seperti distas, tetapi bilangannya hanya untuk 20 orang.
  • Makanan bagi jamuan moreh yang akan diadakan selepas Solat Isyak bagi tiap-tiap malam hendaklah terdiri daripada makanan ringan seperti mee goring, lontong dan sebagainya disertai dengan kuih dan buahan. Hanya satu jenis makanan diperlukan bagi setiap jamuan moreh. Air minum akan disediakan oleh pihak surau. Bilangan minima 50 jemaah.
  •  Pada malam 27 Ramadhan, makanan bagi jamuan moreh yang agak special diperlukan. Jamuannya terdiri daripada nasi minyak atau seumpamanya serta lauk, sayur dan buahan untuk minima 200 jemaah. Air minuman jenis panas dan sejuk serta kuih-muih hendaklah disediakan.

2. Tawaran ini hanya melibatkan pembekalan makanan sahaja. Pihak surau akan menghidangkan jamuan ini secara buffet atau hidang bergantung kepada keperluan.

3. Jamuan moreh pada 27 Ramadhan agak berbedza daripada hari lain kerana pada jamuan ini dua meja buffet serta pinggan mangkuk perlu disediakan.

4. Sebuah khemah berukuran minima 20×20’ hendaklah disediakan bagi kegunaan surau termasuk memasangnya sebelum menjelang Ramadhan hingga keakhir.

Syarat penawaran:

  1. Sebutharga hendaklah diperincikan dengan berbagai jenis menu & juadah semoga pihak surau dapat membuat pilihan dan jadual menu bagi sebulan dapat dirangka.
  2. Sebutharga hendaklah menggunakan borang sebutharga yang disertakan.
  3. Tawaran tidak semestinya diberi kepada yang termurah. Tawaran akan ditutup jam 12.00 tengah hari pada 10 Julai 2012.
  4. Tawaran hendaklah dikemukakan kepada Bendahari atau mana-mana AJK dalam sampul tertutup sebelum tarikh tutup.
  5. Apabila telah ditawarkan, perundingan akan diadakan untuk merangka jadual bagi sepanjang bulan dan menentukan bilangan minima makanan yang perlu disediakan dan perkara-perkara lain.

Pengerusi Surau Khairiah

Tarikh: 14 hb Jun 2012

Borang tawaran sebutharga:

** Perkara berikut hendaklah dikemukakan dengan tawaran sebutharga:

  • Menu yang dicadangkan.
  • Diskaun jika ada
  • Lain-lain jika ada

>>>Borang Tawaran sebutharga Jamuan Ramadhan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: