Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Jom.. imarahkan surau untuk mendapat redha Allah

Archive for June, 2012

Jadual pengajian bulan Julai 2012

Posted by suraukhairiahkgtengah on June 30, 2012

Di kembarkan jadual kuliah pada bulan Julai 2012. Pada bulan Ramadhan, kuliah Subuh akan berjalan seperti biasa.

Para Jamaah di jemput untuk bersama-sama menghadiri program untuk mendapat menafaat serta ganjaran pahala daripada Allah swt.

Sila ambil perhatian berkenaan aktiviti gotong royang pada 8hb Julai sebagai persediaan menyambut Ramadhan.

Biro Dakwah & Pengajian

 

Advertisements

Posted in Jadual Kuliah | Leave a Comment »

Sekitar program sambutan Israk & Mikraj

Posted by suraukhairiahkgtengah on June 18, 2012

Program sambutan Israk & Mikraj pada 17 hb Jun 2012 berjalan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang baik daripada anak kariah dan juga penduduk sekitar. Gambar sekitarnya semasa ceramah khas olih Dr Hj Ridhuan bin Mohd Sagir bertajuk “Israk & Mikraj: Menyerlahkan IHSAN sebagai CCTV dihati” :

Posted in Program Khas | Leave a Comment »

Solat Tasbih berjamaah..

Posted by suraukhairiahkgtengah on June 17, 2012

Anak kariah Surau Khairiah Kg Tengah, GOMBAK menyahut panggilan dengan beramai-ramai menyertai Solat Tasbih berjamaah mulai jam 10.00 pagi (17hb Jun) yang dipimpin oleh Ustaz Zul. Syabas.

 

 

 

Posted in Am | Leave a Comment »

Bunting Sambutan Israk & Mikraj pada 17hb Jun 2012

Posted by suraukhairiahkgtengah on June 17, 2012

Jom.. ke Surau Khairiah Kg Tengah GOMBAKImage

Posted in Am | Leave a Comment »

Tawaran sebutharga: Membekal Juadah pada Ramadhan Tahun 1433H

Posted by suraukhairiahkgtengah on June 14, 2012

Tawaran sebutharga:

Membekal  Makanan bagi Majlis Berbuka Puasa, Moreh dan Sahur bagi Ramadhan Tahun 2012/1433H

Skop kerja:

1. Membekal makanan bagi majlis berbuka puasa, moreh dan bersahur bagi hari-hari dan bilangan yang ditentukan.

  • Makanan bagi jamuan Sahur pada hari-hari yang akan ditentukan adalah secara berbungkus, terdiri daripada nasi putih, satu jenis lauk,  sayur dan buahan. Air minuman akan disediakan oleh pihak Surau. Bilangan minima 30 bungkus. Minima bagi 12 waktu sahur.
  • Makanan untuk berbuka puasa yang terdiri daripada dua jenis beriku:
    • Jamuan berbuka pada hujung minggu (hari Sabtu & Ahad dan hari-hari I’tikaf) untuk minima 12 kali. Jamuan agak berat dengan 2 jenis kuih dan hidangan nasi serta lauk nya. Air minuman akan disediakan oleh pihak Surau. Persediaan untuk 30 orang diperlukan.
    • Jamuan berbuka puasa biasa pada hari-hari selain daripada hari diatas. Jenis makanan sama seperti distas, tetapi bilangannya hanya untuk 20 orang.
  • Makanan bagi jamuan moreh yang akan diadakan selepas Solat Isyak bagi tiap-tiap malam hendaklah terdiri daripada makanan ringan seperti mee goring, lontong dan sebagainya disertai dengan kuih dan buahan. Hanya satu jenis makanan diperlukan bagi setiap jamuan moreh. Air minum akan disediakan oleh pihak surau. Bilangan minima 50 jemaah.
  •  Pada malam 27 Ramadhan, makanan bagi jamuan moreh yang agak special diperlukan. Jamuannya terdiri daripada nasi minyak atau seumpamanya serta lauk, sayur dan buahan untuk minima 200 jemaah. Air minuman jenis panas dan sejuk serta kuih-muih hendaklah disediakan.

2. Tawaran ini hanya melibatkan pembekalan makanan sahaja. Pihak surau akan menghidangkan jamuan ini secara buffet atau hidang bergantung kepada keperluan.

3. Jamuan moreh pada 27 Ramadhan agak berbedza daripada hari lain kerana pada jamuan ini dua meja buffet serta pinggan mangkuk perlu disediakan.

4. Sebuah khemah berukuran minima 20×20’ hendaklah disediakan bagi kegunaan surau termasuk memasangnya sebelum menjelang Ramadhan hingga keakhir.

Syarat penawaran:

  1. Sebutharga hendaklah diperincikan dengan berbagai jenis menu & juadah semoga pihak surau dapat membuat pilihan dan jadual menu bagi sebulan dapat dirangka.
  2. Sebutharga hendaklah menggunakan borang sebutharga yang disertakan.
  3. Tawaran tidak semestinya diberi kepada yang termurah. Tawaran akan ditutup jam 12.00 tengah hari pada 10 Julai 2012.
  4. Tawaran hendaklah dikemukakan kepada Bendahari atau mana-mana AJK dalam sampul tertutup sebelum tarikh tutup.
  5. Apabila telah ditawarkan, perundingan akan diadakan untuk merangka jadual bagi sepanjang bulan dan menentukan bilangan minima makanan yang perlu disediakan dan perkara-perkara lain.

Pengerusi Surau Khairiah

Tarikh: 14 hb Jun 2012

Borang tawaran sebutharga:

** Perkara berikut hendaklah dikemukakan dengan tawaran sebutharga:

  • Menu yang dicadangkan.
  • Diskaun jika ada
  • Lain-lain jika ada

>>>Borang Tawaran sebutharga Jamuan Ramadhan

Posted in Am | Leave a Comment »

Klinik al-Fatihah

Posted by suraukhairiahkgtengah on June 12, 2012

Sempena sambutan Israk & Mikraj yang akan diadakan pada 17hb Jun 2012 ini, satu sesi Klinik al-Fatihah dimana perjumpaan secara individu dengan Tok Guru Al-Hafiz Ustaz Khairul Annuar akan diadakan selepas sahaja Solat Dzuhor hingga ke waktu Adsar. Bagi mereka yang ingin memperbaiki atau menyemak bacaan al-Fatihah bolehlah datang ke Surau Khairiah.

Sambil menunggu giliran untuk ke klinik al-Fatihah, tuan boleh mendengar satu kuliah bertajuk Strategi menghafaz al-Quran yang akan disampaikan oleh Ustaz Nik Md Saiful Azizi.

Jangan lepas peluang ini…

Jazakallah

Posted in Program Khas | Leave a Comment »

Sambutan Israk & Mikraj pada 17hb Jun 2012

Posted by suraukhairiahkgtengah on June 10, 2012

Surau Khairiah Kg Tengah akan mengadakan program mulai jam 10.00 pagi dengan Solat Tasbih Berjamaah, selepas Dzuhor: Klinik Al-Fatihah dan Ulasan berkenaan Strategi Menghafaz Al-Quran dan acara kemuncak dengan Ceramah Khas selepas Solat Maghrib. Tajuk ceramah khas: “Israk & Mikraj: Menyerlahkan IHSAN sebagai CCTV dihati”

Lihat bunting promosi berikut:

Posted in Program Khas | Leave a Comment »

Hebatnya Aura Masjid

Posted by suraukhairiahkgtengah on June 1, 2012

Surau Khairiah akan mengadakan kuliah Maghrib khas oleh Ustaz Gunawan yang akan memuzakarahkan kitab tulisan beliau pada 30hb Jun 2012. Sila ambil perhatian dan datang beramai-ramai untuk menghayati muzakarah ini.

Untuk mendengar ulasan oleh Ustaz di youtube, sila layari alamat berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=bXA6EIAh6sw

Hebatnya Aura Masjid : Pemakmurnya Teman Para Malaikat
Penulis : Ustaz Mohd Gunawan
Terbitan: Inteam Publishing

 

Posted in Program Khas | Leave a Comment »