Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Jom.. imarahkan surau untuk mendapat redha Allah

Archive for May, 2012

Jadual pengajian bulan Jun 2012

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 30, 2012

Di kembarkan jadual kuliah pada bulan Jun 2012. Seperti biasa jadual pengajian diadakan setiap hari kecuali direhatkan pada malam Isnin sahaja. Para Jamaah di jemput untuk bersama-sama menghadiri program untuk mendapat menafaat serta ganjaran pahala daripada Allah swt.

Sila ambil perhatian berkenaan aktiviti khas pada 17hb Jun untuk menyambut Israk & Mikraj dengan program dari pagi hingga malam. Aturcaranya akan diumunkan sedikit masa lagi.

Biro Dakwah & Pengajian

 

Posted in Jadual Kuliah | Tagged: , | Leave a Comment »

Tabung pembiayaan pemasangan LANTAI JUBIN serta pembaikan menyeluruh Surau Khairiah Kg Tengah.

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 2, 2012

3 Mei 2012 /12 Jamadilakhir 1433H

Tabung pembiayaan pemasangan LANTAI JUBIN serta pembaikan menyeluruh Surau Khairiah Kg Tengah.

Pihak AJK merancang untuk menukar lantai semen diruang belakang Surau kepada lantai jubin. Ruang ini adalah ruang solat tambahan terutamanya bagi jamaah muslimat pada bulan Ramadhan dan  semasa Solat Hari Raya, disamping ianya digunakan sebagai ruang berjamu selera. Adalah diharapkan dengan perubahan ini ruang belakang Surau akan nampak lebih kemas serta dapat memberi keselesaan kepada para jamaah yang akan mendirikan solat.

Disamping itu kami merancang untuk membaiki apa-apa yang telah rusak seperti pintu cermin, bumbung dan sebagainya. Kami menganggarkan jumlah peruntukan sebanyak RM30,000.00 diperlukan untuk menyelesaikan kerja-kerja yang dirancangkan ini.

Dengan demikian, kami mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada semua jamaah kariah dan juga daripada luar kariah untuk mengisi tabung ini. Sumbangan tuan/puan yang merupakan sedekah jariah bagi melengkapkan rumah Allah swt akan diganjarkan dengan pahala yang berterusan sampai bila-bila surau digunakan, insyaallah.

Saya dahului dengan ucapan berbanyak terima kasih diatas keperihatinan tuan/puan.

Jazakallah.

 

Yang benar,

t.t

(Ir. Hj. Mohd Jaaffar bin Mohd Daud)

Pengerusi.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Saya ___________________________________ dengan ini  membuat sumbangan ikhlas kepada Tabung Pemasangan Lantai Jubin

Surau Khairiah sebanyak RM _____________________________________.

(Jika melalui cek sila tulis kepada SURAU KHAIRIAH KG TENGAH, GOMBAK.)

Tandatangan: ________________________

Tarikh: _____________________________

Posted in Am | 1 Comment »