Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Memupuk silaturrahim antara anak kariah..

Mengisi Tabung Surau bagi melaksanakan pelbagai aktiviti serta pengurusan surau bagi Tahun 2012

Posted by suraukhairiahkgtengah on January 7, 2012

8 Jan 2012/14 Safar 1433H

Tan Sri/Dato’Seri/Dato’/Tuan/Puan,

Mengisi Tabung Surau bagi melaksanakan pelbagai aktiviti serta pengurusan surau bagi Tahun 2012

Alhamdulillah kita telah melangkah ke tahun baru Hijrah 1433 dan tahun baru Masihi 2012, saya serta barisan AJK surau mendoakan semoga disepanjang tahun ini amalan soleh kita semua adalah lebih baik dan diberkati Allah SWT, insyaallah.

Dalam tahun 2012, saya dan AJK surau merancang pelbagai aktiviti antaranya kuliah Maghrib & Subuh, program khas pada hari-hari cuti Islam, program motivasi dan sebagainya. Peruntukan kewangan bagi sepanjang tahun diperlukan untuk membiayai pelbagai aktiviti ini serta kos pengurusan surau termasuk bayaran bil elektrik, air, kerja-kerja pembaikan apa-apa kerosakan dan pembersihan. Untuk itu kami memohon sumbangan kewangan daripada Tan Sri/Dato’Seri/Dato’/Tuan/Puan. Sumbangan tuan/puan akan membantu menyemarakkan surau kita dan ganjaran berupa pahala daripada Allah SWT sahajalah yang menjadi balasannya. Sebagai makluman tambahan, adalah sudah menjadi tradisi dikawasan kariah Surau ini, setiap keluarga seharusnya menyumbang sebanyak RM5.00 minima bagi setiap bulan.

Sumbangan bolehlah dibuat kepada Bendahari Surau atau mana-mana AJK Surau. Sumbangan dalam bentuk cek bolehlah dibuat atas nama: SURAU KHAIRIAH KG TENGAH. Bayaran secara online boleh dibuat terus kepada akaun Surau Khairiah di Bank Muamalat, No. Akaun : 1401 0000 409719.

Borangnya seperti dibawah boleh digunakan.

Saya dahului dengan ucapan berbanyak terima kasih diatas keperhatinan tuan/puan.

Jazakallahu Khairan.

Yang benar,

T.T

(Ir. Hj. Mohd Jaaffar bin Mohd Daud)

Pengerusi.

_________________________________________________________________________

Saya _______________________________________

Alamat di ___________________________________

dengan ini  membuat sumbangan ikhlas kepada Tabung Surau sebanyak RM ______________

(Ringgit: _________________________________________________)

(Jika melalui cek sila tulis kepada SURAU KHAIRIAH KG TENGAH.)

Tandatangan: ________________________

Tarikh: _____________________________

Resit resmi Surau Khairiah akan dikeluarkan kepada penyumbang yang memberi nama penuh sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: