Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Jom.. imarahkan surau untuk mendapat redha Allah

Archive for December, 2011

Kalendar bagi Tahun 2012M/1433H

Posted by suraukhairiahkgtengah on December 26, 2011

KALENDAR TAHUN 2012M/1433H

Sila click untuk muatturun kalendar berkenaan: adobe-pdf Islamic Calendar 2012M-1433H

Advertisements

Posted in Am | Leave a Comment »

Kitab Masaalah MUAFIK DAN MASBUK

Posted by suraukhairiahkgtengah on December 26, 2011

Kitab: Masaalah MUAFIK DAN MASBUK

Pengarang: Hasan bin Ahmad

Terbitan: Syarikat Jaffar Rawas Sdn Bhd

 

Posted in Buku & Kitab Rujukan | Leave a Comment »

Kitab Fikah Mazhab Syafie Jilid 5

Posted by suraukhairiahkgtengah on December 21, 2011

Kitab ini karangan Dr Mustofa l-Khin, Dr Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji keluaran Pustaka Salam telah diperolehi sebagai kitab rujukan Kuliah Maghrib USTAZ DR TAJUL ARIS setiap Isnin keempat. Kitab ini menghuraikan bab berkenaan wakaf, wasiat dan faraid.

 

Posted in Buku & Kitab Rujukan | Leave a Comment »

Promosi Bengkel Kesempurnaan Solat

Posted by suraukhairiahkgtengah on December 8, 2011

Posted in Am | Leave a Comment »

Bengkel Kesempurnaan Solat

Posted by suraukhairiahkgtengah on December 5, 2011

Muslimin dan Muslimat dijemput menghadiri bengkel ini yang akan memberi tip berguna kearah mencapai kesempurnaan solat. Para remaja sangat-sangat digalak untuk menyertai.

Tarikh:    18 hb Disember 2011 (AHAD)

Tempat:  Surau Khairiah Kg Tengah, GOMBAK

Masa:

01.15 petang Solat Dzuhor berjemaah
02:00 petang: Kesempurnaan Bersuci
03:00 petang: Kesempurnaan Solat
04:00 petang: Rukhsah-Rukhsah Di Dalam Bersuci dan Solat
04:35 petang: Solat Adsar diikuti dengan Jamuan ringan

Nota-nota akan disediakan.

Untuk menampung kos, peserta dewasa diminta untuk menyumbang sebanyak RM10.00. Penyertaan remaja adalah percuma.

Profil Penceramah:

A) Ustaz Abu Mahdi Nik Mansor:

-Ijazah dalam ekonomi UIA

-Ijazah dalam ilmu wahyu UIA

-Master bidang kewangan Islam. INCEIF

-Daurah Bahasa Arab (1 bulan) di Yaman.

B) Ustaz Yasir Ramlee:

-Ijazah dalam al-Quran dan al-Hadis (UIA)

-Sedang melakukan master dalam bidang hadis (UIA)

-Guru di SM Islam al-Amin Gombak.

 

Biro Pengajian, Surau Khairiah, Kg Tengah

Posted in Program Khas | Leave a Comment »

Fadilat amalan pada hari 10 Muharram(hari Asyura)

Posted by suraukhairiahkgtengah on December 3, 2011

10 Muharram ialah pada 6 hb Disember (Selasa).

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
  9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  13. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala  Haji dan diharamkannya daripada neraka.
Petikan drp al-azim.com

Posted in Am | Leave a Comment »

Jadual pengajian bulan Disember 2011

Posted by suraukhairiahkgtengah on December 2, 2011

Di kembarkan jadual kuliah pada bulan Disember 2011.

Para Jamaah di jemput untuk bersama-sama menghadiri program ini.

Biro Dakwah & Pengajian

Posted in Jadual Kuliah | Leave a Comment »