Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Memupuk silaturrahim antara anak kariah..

Laporan Aktiviti Surau Khairiah Jun 2010- Jun 2011

Posted by suraukhairiahkgtengah on September 17, 2011

Laporan ini adalah sebagai rujukan anak kariah semasa sidang Mesyuarat Agung pada 18hb Sep 2011.

Laporan Aktiviti Surau Khairiah Jun 2010- Jun 2011

 1.       Pengenalan

Laporan ini ialah meliputi tarikh daripada Mesyuarat Agung pada bulan Mac 2010 sehingga Mesyuarat Agung tahun 2011.

 2.       Mesyuarat Agong 2010

Mesyuarat Agong 2010 telah diadakan pada 28 Mac 2010. Pada mesyuarat agong ini pemilihan AJK baru adalah agenda utamanya.

Pendaftaran seramai 387 anak kariah telah diperolehi bagi Mesyuarat Agung ini. Di Mesyuarat Agung pemilihan AJK baru telah berjaya dibuat seperti dalam minit mesyuarat yang dibentangkan. Walaupun begitu pada Mesyuarat AJK pertama pada 18 Mei 2010, barisan AJK telah berubah sedikit oleh sebab ada yang memohon untuk mengundur diri dan sebagainya. Senarai barisan AJK adalah seperti berikut:

PENASIHAT: Tuan Syed Haidzir bin Ahmad

PENGERUSI: Hj. Ir. Mohd Jaaffar bin Mohd Daud

IMAM: Hj Omar bin Hassan

BILAL: Hj Alias bin Abdul Karim

SIAK: Hj Mohammad Tapa bin Ibrahim

SETIAUSAHA: Abdul Azij bin Abdul Wahab

BENDAHARI: Hamdan bin Ahmad (bermula 1 hb. Mac 2011)

AHLI:

1. Mohd Rafie bin Mohd Saari

2. Puan Siti Rohani binti Sien

3. Puan Rosnah binti Vadumurid

4. Azman bin Ahmad Basorawi

5. Ridwan bin Hj Buyong

6. Kamaruzaman bin Abu Bakar

7. Hj Azman Shamsuddin

8. Zainuddin b Kornain

9. Hj Mohamedan Makhtar bin Mohd Salleh

10. Shawalludin Abdul Jalil

11. Nazman bin Namso

12. Abdul Razak bin Mohamad Alias

JURUODIT:

1. Hj Abdul Malek bin Abdul Khalil

2. Hj Fahirurazi bin Yaacob

BIRO:

Biro Pemuda:

Ketua:                          Mohd Rafie bin Mohd Saari

Pembantu:                    Nazman bin Namso

Biro Muslimat:

Ketua:                          Puan Siti Rohani binti Sien

Pembantu:                    Puan Rosnah binti Vadumurid

Biro Penyenggaraan Surau:

Ketua:                          Ridwan bin Hj Buyong

Pembantu:                    Azman bin Ahmad Basorawi

Biro Pengajian & Dakwah

Ketua:                         Hj Azman Shamsuddin

Pembantu:                   Zainuddin b Kornain

WAKIL ZON KARIAH KG TENGAH:

Zon 1 (Tmn B Sentosa): Hj Omar Hassan/Hj Abdul Malek Abdul Khalil

Zon 2 (Kg Tengah Tambahan): Abdul Razak bin Mohamad Alias

Zon 3 (Jln Harmonis 2&3): Hamdan bin Ahmad

Zon 4 (Jln Harmonis 4,5&6): Hj Fahirurazi/Hj Mohd Jaaffar

Zon 5 (Jln Harmonis 1&1/1): Hj Azman bin Shamsuddin

Zon 6 (Pangsapuri Harmonis): Zainuddin Kornain/Nazman Namso

Zon 7 (Jln Tengah 2): Hj Alias Hj Karim/Azman Ahmad Basorawi

Zon 8 (Kg Tengah–sebelah surau): Ridwan Hj Buyong/Kamarulzaman Abu Bakar

Zon 9 (Kg Tengah-seberang): Shawalludin Abdul Jalil

BARISAN IMAM SOLAT:

  • Hj Omar bin Hassan
  • Hj Talib bin Zakaria
  • Hj Mohd Nor bin Syar’un
  • Khairuddin bin Hj Buyong
  • Mahmood bin Yunus

PEMBANTU KHAS:

  • Hj Ramli bin Abdul Karim
  • Hj Omar Kaban

Perlantikan ini telah mendapat pengesahan daripada MAIS pada 31 Januari 2011.

Pada 1hb Mac 2011, jawatan Bendahari telah bertukar tangan daripada Hj. Mohamadan Makhtar kepada En Hamdan.

Ketua Biro Pengajian dan Dakwah telah di ambil alih oleh Saudara Zainuddin Kornain bermula 1hb Jun 2011, selepas Saudara Azman telah berpindah daripada kawasan kariah.

3.       Mesyuarat AJK

Mesyuarat AJK pertama telah diadakan pada 18 Mei 2010 dimana tugas dan tanggungjawab setiap ahli AJK serta biro telah dikenalpasti. Barisan AJK serta peranan masing-masing seperti disenaraikan  dipara 2.

Sepanjang tahun 2010, AJK telah bermesyuarat sebanyak 3 kali. Memandangkan barisan AJK adalah ramai, Sekretariat terdiri daripada Pengerusi, Tuan Imam, Setiausaha dan Bendahari telah diadakan yang akan bermesyuarat untuk berbincang dan memutuskan perkara pentadbiran Surau. Mesyuarat Sekretariat diadakan apabila diperlukan.

4.       Program Penambahbaikan surau.

Tabung untuk mendapat sumbangan Penambahbaikan Surau telah dilancarkan pada 8 April 2011 bertujuan untuk menambah dana surau untuk keperluan pembaikan berikut:

  • Memasang  peralatan aircon bagi Dewan Solat.
  • Menaiktaraf Incoming Power Supply untuk menampong penambahan keperluan bekalan Elektrik.
  • Memperbaiki pintu masuk sliding glass semoga berfungsi sepenuhnya.
  • Mencuci dan membaiki karpet dalam dewan solat.
  • Mengadakan tandas tambahan bagi muslimat serta membaiki pintu tandas yang rosak.
  • Membaiki bumbung yang rosak.
  • Mengalih serta membaiki alat Water Cooler.

Jumlah kutipan sumbangan yang disasarkan telah dapat dicapai.

Iklan untuk sebutharga bagi penambahbaikan telah dibukakan pada 10 Mac 2011 dan ditutup pada 21 Mac 2011. Beberapa kontraktor telah dilantik untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan yang telah dapat diselesaikan pada pertengahan bulan Julai 2011.

 5.     LAPORAN AKTIVITI BIRO DAKWAH DAN PENGAJIAN

5.1.     Sepanjang tahun 2010 dan 2011, Biro Dakwah dan Pengajian  Surau Khairiah Kg. Tengah, telah mengadakan beberapa program khusus di samping program pengajian kitab secara harian. Berikut adalah ringkasan aktiviti-aktiviti khusus yang telah dijalankan. Untuk butiran terperinci, boleh melayari alamat sesawang portal Surau Khairiah, Kg. Tengah Gombak di https://suraukhairiah.wordpress.com

Bil

Tajuk Aktiviti

Tarikh

Butiran

1

Ceramah Khas Masalah Remaja & Muda Mudioleh :Ustaz Hanafi Abdul Malek

Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia

2 Jun 2010

Selepas Maghrib

Program membicarakan masalah terkini remaja dan jalan-jalan penyelesaiannya

2

Ceramah Khas Perubatan Nabawiyyaholeh :Ustaz Nornizam Ngadeni

Pusat Perubatan Tradisional dan Nabawiyyah
Bandar Baru Salak Tinggi
Sepang Selangor

22 Jun 2010

Selepas Maghrib

Program ini membicarakan Istilah kesihatan di sudut Islam. Kesihatan disudut Rohani dan Jasmani. Rawatan – Rohani – penyakit rohani dan awatannya.
Jasmani- penyakit jasmani dan rawatannya.1.  Jenis rawatan Al-QURAN dan SUNNAH
– Rawatan secara rohani -Ayat Al-Quran dan    doa Rasulullah
– Bekam
– Herba- madu, habbatus sauda’, kurma, cuka kurma, air zam-zam, zaitun, buah tin, zakfaran

2.  Perubatan Tradisional Nabawiyyah- gabungan perubatan Islam, Melayu dan kontemporari.-Urut badan, resdung, herba Melayu dll

 

3

Ceramah Maal Hijrah 1432 bertajuk

HIJRAH: Introspeksi Diri

 Oleh : Ustaz Mohd Gunawan

Pegawai Khas KPI kpd YB Mejar Jeneral Dato Seri Jamil Khir Hj Baharum di Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

 

8 Disember 2010

Selepas Maghrib

Program membicarakan peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan Maal Hijrah. Program juga mengupas tajuk introspeksi diri yang bermaksud membuat perubahan diri untuk meningkatkan iman, ilmu dan amal.

4

Program Motivasi Ibubapa Cemerlang Ibubapa Gemilang

Oleh :

Tuan Hj. Ridzuan Sagir

Motivator

Impact Learning Resources Sdn Bhd

Kajang Selangor

9 Januari 2011

9.00 am – 5 pm

Program sehari motivasi keibubapaan ini telah dijalankan di Dewan Utama, Ujana Harmonis. Sebanyak lebih 30 peserta telah hadir yang kebanyakkannya datang dari kawasan sekitar Surau Khairiah. Antara isu yang dikupas dalam program motivasi ini adalahSesi 1:    Serlahkan Potensi Sebagai Insan Penyayang

  • Analisis Diri
  • Personaliti Warna Anda
  • Kekuatan, Kelemahan dan Potensi Diri
  • Pengaruh Minda Bawah Sedar Terhadap Sikap
  • Apa yang Kita Semai Itulah yang akan Kita Tuai
  • Aktiviti: Lagu Senyum & Demi Matahari

Sesi 2:    Keterampilan Diri dalam Membentuk Keluarga Harmoni

  • Ketrampilan Mendidik Anak-anak (Kanak-kanak à Remaja)
  • Peranan Anda Sebagai Suami atau Isteri
  • Peranan Anda Sebagai Anak
  • Peranan Anda Sebagai Ibu atau Bapa dalam Menyerlahkan Kasih Sayang
  • ·                      Aktiviti: Erti Kehidupan

      Sesi 3:   Pemantapan Keluarga Harmoni

  • Keseimbangan Kehidupan
  • Membentuk Rangka Tindakan Bersepadu ke arah Institusi Keluarga Harmoni secara komprehensif
  • Aktiviti: Lagu Mata Hati
  • Aktiviti: Program Minda

5

Ceramah Khas Maulidur Rasul bertajuk “ Indahnya Islam”

Oleh

Y.B. Senator Dato Mashitah Ibrahim

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

15 Februari 2011

Selepas Maghrib

Sesi ceramah ini mendapat sambutan lebih 200 masyarakat setempat yang menyentuh tentang sejarah kelahiran kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W. Semua hadirin telah menikmati jamuan yang disediakan oleh pihak surau. Sebelum majlis dimulakan, diadakan majlis tilawah quran oleh peserta kanak-kanak dan selawat beramai-ramai oleh semua hadirin. Program ini mendapat kerjasama dari JKKP Kg. Tengah.

6

Forum Perdana

Iktiba’ Israk dan Mikraj

Oleh

Panel 1 : Y.B. Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim

Panel 2 : Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah

Panel 3: Imam Muda En. Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan

Moderator : Ustaz Hj Fauzi Mustafa

3 Julai 2011

Selepas Maghrib

Program ini membicarakan tentang sejarah Israk Mikraj dan maksud tersirat dan tersurat dari peristiwa tersebut. Program telah dihadiri lebih dari 100 ahli kariah Surau Khairiah. Di samping forum yang dianjurkan, pada sebelah petang yakni selepas solat zuhur, diadakan solat sunat tasbih secara berjemaah. Jamuan berat disediakan kepada semua hadirin. Program ini mendapat kerjasama dari JKKP Kg. Tengah.

Bagi menampong kos mengadakan program khas ini, bantuan kewangan telah juga diperolehi daripada MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN disamping sumbangan daripada anak kariah.

5.2.     Surau Khairiah juga begitu aktif mengadakan kuliah pengajian  harian yang meliputi pelbagai tajuk kitab untuk memenuhi tuntutan ilmu bagi masyarakat sekitar Kg. Tengah, Tmn. Harmonis dan Tmn Bukit Sentosa. Berikut adalah ringkasan kuliah harian untuk  sesi 2010 dan 2011.

Bil Nama Pengajar Tajuk Pengajian/ Kitab
1 Ustaz Mohd Fadzli Kitab Panduan Solat – Fekah
2 Ustaz Wan Nasir Kitab Sirus Salikin – Fekah
3 Ustaz Syukri Kitab Ayuhal Walad – Pendidikan/ Tasauf Moden
4 Ustaz Manaf Kitab Kekeluargaan Islam/Petunjuk Aqidah/Tanbihul Ghafilin
5 Ustaz Hafizi Kitab Bidayatul Hidayah – Tasauf
6 Ustaz Mohd Rani Kitab Al Hikam
7 Ustaz Awang Mamat Syariat Islam
8 Ustaz Mohd Zain Kitab Riyadhus Salihin
9 Ustaz Nazri Kitab Fikah Mazhab- Perundangan Islam
10 Lt. Kol (B) Salleh Asas Tasawuf
11 Ustaz Yusof Johan Kitab Hadis 40
12 Ustaz Khairu Anuar Tajwid Quran
13 Ustaz Adli Kitab Tasawuf
14 Ustaz Mohd Noor Umum
15 Ustaz Nik Hussin Umum
16 Ustaz Norazan Pengajian Hadis / Hadis Qudsi
17 Dr. Saifudin Kitab Apa Ertinya Saya Menganut Islam
18 Us Rozali Fekah
19 Ustaz Mohd Noor Kitab Hadis Akhir Zaman
20 Ustaz Lt. Kol. Fauzi Aqidah
21 Ustaz Abdul Rahim Nasir Kuliah Muslimat- Adabul Mufrad
22 Ustaz Mohd Fatihin Mustika Hadis

6.       Senarai Kitab rujukan surau.

Senarai kitab rujukan yang tersedia di Surau ialah seperti berikut:

No Judul Buku Pengarang Penerbit

Bilangan

1 Hadis 40 Peristiwa Akhir Zaman Abu Ali Al Banjari Khazanah Banjariah (2008)

16

2 Hadis 40 Akhlak Mulia Abu Ali Al Banjari Khazanah Banjariah (2004)

7

3 Hadis 40 Penawar Hati Abu Ali Al Banjari Khazanah Banjariah (2003)

7

4 Terjemahan Al Hikam Syaikh Ibnu Atho’illah Victoria Agency (2001)

9

5 Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Hj. Said Hj. Ibrahim Darul Ma’rifah (1996)

8

6 Nasihat dan Bimbingan Hadis Qudsi Imam GhazaliTahqiq : Dr. Abdul Hamid Al Hidayah Publication

18

7 Asas Tasawuf – Membentuk Insan Calon Penghuni Syurga Al Sayyid Bskri Al Malikiy Pustaka Ilmi (2001)

9

8 Kitab Fikah Mazhab SyafieJilid Satu – Bersuci dan Sembahyang

Jilid Dua – Zakat Puasa Haji

Jilid Lapan – Jenayah dan Hudud

Dr. Mustofa Al-KhinDr. Mustofa Al-Bugho

Ali Asy-Syarbaji

Pustaka Salam (2005)

4

4

4

9 Tanbihul Ghafilin (Jilid 1&2) Abu Laits Samarqandi Victoria Agency (1989)

5

10 Kifayatul Akhyar (Kelengkapan Orang Soleh) Imam Taqiyuddin Pustaka Nasional (1993)

1

11 Matla’ Al Bardain Jilid 1 Hasan Hj. Ahmad JAWI (2003)

11

12 Fadhilat Amal Maulana Zakariyya Era Ilmu (2006)

1

13 Penghantar Syariat Islam Mohd Saleh Hj Ahmad Pustaka Abdul Majid (1999)

6

14 Pengetahuan Agama Islam ATM Masni SabarHj Abdullah Adam KAGAT (1998)

10

15 Apa Ertinya Saya Menganut Islam Fathi Yakin Pustaka Salam (2010)

4

16 Permasalahan Aqidah Tauhid Pegangan Setiap Mukmin Ismail DinHaron Din Darul Nu’man (1996)

14

17 Terjemahan Riyadhus SalihinJilid 1&2 Imam Nawawi Victroia Agency (1995)

3

18 Syarah Hadis 40 Imam Nawawi Dr. Musthapa Al-Bugho Pustaka Salam (1998)

2

19 Petunjuk Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Prof. Ahmad Izzudin Al Bayunni JAKIM (2003)

2

20 Penawar Bagi Hati Abdul Qadir Abdul Mutalib 1964

9

21 Tasauf Moden Dr. Hamka Darul Nu’man

8

22 MAQASID SYARIAH Ustaz Wan Nasir bin Wan Abd Wahab Telaga Biru

1

7.       Pendaftaran Anak Kariah

Pendaftaran Anak Kariah telah dimulakan semenjak AJK baru mula mengambil tugas tetapi belum lagi mendapat pendaftaran yang menyeluruh.  Borang pendaftaran yang mendaftarkan anak kariah mengikut keluarga telah disediakan dan berharap pendaftaran akan dapat dijalankan secara menyeluruh dalam masa yang terdekat.

8.     Pendaftaran Ustaz

Borang telah disediakan dan kebanyakan Ustaz telah pun mengisi borang tersebut. Borang ini adalah untuk Surau menyimpan rekod terutamanya untuk meniliti pentauliahan Ustaz masing-masing.

9.       Website Surai Khairiah

Pihak AJK telah mula mengadakan website pada bulan April 2010 dengan menggunakan alamat berikut:

https://suraukhairiah.wordpress.com/

Melalui website ini, anak kariah serta mereka yang melayari Internet dapat mendapat informasi terkini berkenaan dengan Aktiviti Surau Khairiah.

Disusun oleh Mohd Jaaffar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: