Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Memupuk silaturrahim antara anak kariah..

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

Posted by suraukhairiahkgtengah on September 2, 2011

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan bagi Tahun 2011 akan diadakan pada tarikh dan masa berikut :

Tarikh :       18 September 2011 (AHAD)

Masa :         Mulai 9.00 pagi

(mulai jam 11.00 – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri)

Tempat :     Dewan Solat Surau Khairiah Kg Tengah.

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

  1. Pembukaan oleh Pengerusi.
  2. Pengesahan minit mesyuarat agung tahun 2010.
  3. Perkara berbangkit.
  4. Laporan aktiviti biro-biro.
  5. Pembentangan penyata kewangan bagi tahun 2010 dan anggaran pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun 2011.
  6. Perbincangan usul-usul dan cadangan.
  7. Hal-hal lain.
  8. Penangguhan mesyuarat.

Memandangkan tarikh ini masih lagi dalam suasana Aidilfitri, pihak AJK telah menjadualkan Majlis Hari Raya Aidilfitri selepas sahaja acara resmi mesyuarat agung tamat (kira-kira jam 11.00 pagi). Majlis sambutan Hari Raya ini ialah anjuran bersama Surau Khairiah dan JKKKP Kg Tengah.

Semua anak kariah dijemput untuk hadir di Mesyuarat Agung ini dan menyertai Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri mulai jam 11.00 pagi.

Mereka yang ingin membawa juadah Hari Raya bagi majlis ini dialu-alukan.

AJK Surau Khairiah

Tarikh : 2 Sep 2011

One Response to “NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN”

  1. tinta daie said

    teringat zaman berkuliah di sini..sejak pindah brunei sudah tidak dijemput lagi.. apapun demi mengeratkan ukhuwaah sekian lama terjalin..ana tinggalkan no fon di brunei +6738798248 (ust mohd fatihin)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: