Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Jom.. imarahkan surau untuk mendapat redha Allah

Archive for May, 2011

Jadual pengajian bulan Jun 2011

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 31, 2011

Di kembarkan jadual kuliah pada bulan Jun 2011.

Para Jamaah di jemput untuk bersama-sama menghadiri program ini.

Biro Dakwah & Pengajian

Advertisements

Posted in Jadual Kuliah | 2 Comments »

Ceramah Perdana: Iktibar Isra’ dan Mikraj

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 30, 2011

Ini adalah makluman awal berkenaan Ceramah Perdana yang akan dianjurkan oleh Surau Khairiah pada 3hb Julai 2011 (AHAD) selepas solat Maghrib.

Anggota panel ceramah perdana ini adalah terdiri daripada:

Panel 1 : Y.B. Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim

Panel 2 : Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah

Panel 3: Imam Muda En. Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan

Moderator : Ustaz Hj Fauzi Mustafa

 

Pihak AJK Surau ingin menjemput para jemaah yang dekat dan jauh untuk bersama menghadiri Ceramah dan bersama mengambil iktibar daripada peristiwa penting dalam Islam ini.

Disamping itu pihak AJK merancang untuk mengadakan beberapa aktiviti lain bermula waktu Dzuhor pada 3hb Julai 2011.

Sila tandakan dalam dairi saudara semua dan khaskannya bagi mengikuti ceramah ini.

Biro Dakwah & Pengajian

 

Posted in Program Khas | Leave a Comment »

Tasauf Moden oleh Prof. Dr. HAMKA

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 30, 2011

Pengajian Kuliah Maghrib yang dipimpin oleh Ustaz Shukri yang diadakan pada malam Selasa pada minggu pertama setiap bulan akan menggunakan buku ini sebagai rujukan:

Penerbit: Darul Nu’man

Posted in Buku & Kitab Rujukan | Leave a Comment »

Gotong Royong Membersihkan Surau

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 9, 2011

AJK Surau merancang untuk mengadakan gotong royong membersihkan surau sekurang-kurangnya sekali dalam masa 3 bulan. Gotong royong yang akan datang ialah pada tarikh berikut:

Tarikh: 15 Mei 2011 (AHAD)

Jam: mulai jam 9.00 pagi

Semua warga kariah Surau Khairiah dijemput untuk bersama-sama dalam kerja amal ini.

Jamuan ringan akan disediakan.

AJK Surau

Posted in Am | Comments Off on Gotong Royong Membersihkan Surau

BORANG PENDAFTARAN ANAK KARIAH

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 1, 2011

AJK Surau Khairiah akan melaksanakan pendaftaran anak kariah untuk mengemaskini rekod yang sedia ada. Borang adalah seperti dibawah dan boleh dimuatturun untuk diisi. Setiap rumah hanya perlu mengisi satu borang. Borang yang sama akan juga diedarkan oleh wakil zon kawasan masing-masing.

Muatturun borang:

sila klik  BORANG PENDAFTARAN ANAK KARIAH   

Borang yang sudah lengkap diisi bolehlah diserahkan kepada mana-mana AJK Surau atau meletakkan didalam peti surat Surau Khairiah.

Kerjasama semua anak kariah untuk mengisi borang pendaftaran dan menghantarkan kepada AJK Surau dalam kadar segera didahului dengan berbanyak terima kasih.

 Pengerusi ,Surau Khairiah

1 Mei 2011

Contoh borang:


Posted in Am | Comments Off on BORANG PENDAFTARAN ANAK KARIAH

Jadual pengajian bulan Mei 2011

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 1, 2011

Di kembarkan jadual kuliah pada bulan Mei 2011.

Para Jamaah di jemput untuk bersama-sama menghadiri program ini.

Biro Dakwah & Pengajian


Posted in Jadual Kuliah | Comments Off on Jadual pengajian bulan Mei 2011