Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Memupuk silaturrahim antara anak kariah..

Rayuan Sumbangan Tabung Penambah-Baikan Surau

Posted by suraukhairiahkgtengah on April 8, 2011

Merujuk perkara diatas, pihak AJK Surau akan mengambil langkah untuk menambah-baik keadaan fizikal Surau Khairiah melalui dua fasa.

Fasa pertama melibatkan kerja-kerja pembaikan kepada kerusakan bumbung dan apa-apa yang diperlukan termasuk memasang Pendingin Udara dan menaik-taraf bekalan elektrik. Anggaran perbelanjaan ialah sebanyak RM60,000.00

Fasa kedua ialah pembinaan binaan tambahan untuk menyediakan ruang tambahan bagi kegunaan sebagai bilik pengajian dan sebagainya. Pihak AJK sedang dalam proses membuat pelan arkitek untuk mendapat anggaran perbelanjaan yang diperlukan.

Pihak AJK ingin memohon jasabaik tuan/puan untuk membuat sumbangan untuk keperluan Fasa Pertama yang perlu dilaksanakan dalam masa yang terdekat. Sumbangan tuan/puan sangat dihargai dan semoga diberi ganjaran pahala serta curahan rahmah, insyaallah.

Wassalam.

Yang benar,

t.t

(Ir. Hj. Mohd Jaaffar bin Mohd Daud)

Pengerusi.

______________________________________________________________________________________

Borang Sumbangan:

Saya ___________________________________ dengan ini  membuat sumbangan ikhlas kepada Tabung

Penambah-Baikan Surau sebanyak RM _____________________________________.

(Jika melalui cek sila tulis kepada SURAU KHAIRIAH KG TENGAH.)

 

Tandatangan: ________________________

Tarikh: _____________________________

 

Sorry, the comment form is closed at this time.