Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Jom.. imarahkan surau untuk mendapat redha Allah

Archive for February, 2011

Sekitar Majlis Sambutan Maulidul Rasul

Posted by suraukhairiahkgtengah on February 16, 2011

Sambutan Maulidul Rasul di Surau Khairiah pada malam 15hb Feb 2011 telah mendapat sambutan yang baik daripada jamaah kariah serta mereka yang berdekatan. Ceramah Khas yang disampaikan oleh YB Senator Dr. Mashitah Ibrahim telah diterima baik  oleh mereka yang hadir. Majlis diakhiri dengan jamuan yang sangat menyelerakan. Disertakan gambar-gambar disekitar malam tersebut:

Advertisements

Posted in Am | Comments Off on Sekitar Majlis Sambutan Maulidul Rasul

Jemputan ke Majlis Maulidul Rasul

Posted by suraukhairiahkgtengah on February 13, 2011

Semua jamaah disekitar Kg Tengah adalah dijemput untuk menghadiri Majlis Sambutan Maulidul Rasul pada 15hb Feb 2011 (Selasa) mulai waktu Maghrib. Majlis akan diserikan dengan Ceramah Khas bertajuk Indahnya Islam yang akan disampaikan oleh YB Senator Dato’ Mashitah Ibrahim. Jamuan berselerak akan disediakan untuk hadiran.

Posted in Am | Comments Off on Jemputan ke Majlis Maulidul Rasul

Sambutan Maulidul Rasul 15hb Feb 2011

Posted by suraukhairiahkgtengah on February 5, 2011

Surau Khairiah Kg Tengah akan menyambut Maulidul Rasul pada 15hb Feb 2011 dengan program berikut:

Selepas Solat Maghrib acara berikut akan diadakan:

  • Bacaan Al-Quran oleh anak kariah.
  • Selawat kepada Rasul s.a.w
  • Ceramah Khas bertajuk ” Indahnya Islam..” yang akan disampaikan oleh Y.B. Senator Dato Mashitah Ibrahim

Selepas Solat Isyak – akan diadakan jamuan berselerak.

Pihak AJk Surau ingin menjemput warga kariah untuk datang beramai-ramai dengan membawa anak-anak, menantu dan lain-lain untuk meraikan majlis ini.

Ajk Surau

 

 

 

Posted in Program Khas | Comments Off on Sambutan Maulidul Rasul 15hb Feb 2011

Kuliah bagi Muslimah

Posted by suraukhairiahkgtengah on February 2, 2011

Pihak Muslimah kariah Surau Khairiah menganjurkan ceramah di Surau Khairiah bagi para muslimah sepanjang bulan Februari seperti berikut:

Setiap hari Rabu (mulai jam 9.30 pagi): Kitab Adabul Mufrad oleh Ust. Abdul Rahim Nasir.

Pada hari Isnin ( 7 & 21 Feb mulai jam 9.30 pagi): Tafsir oleh Ustazah Hjh Nurhafizah

 

Semua muslimah dijemput hadir.

 

Posted in Am | Comments Off on Kuliah bagi Muslimah

QIAMULAIL DISURAU KHAIRIAH

Posted by suraukhairiahkgtengah on February 2, 2011

Satu majlis Qiamulail akan diadakan di Surau Khairiah Kg Tengah pada masa seperti berikut:

 

TARIKH:         4hb FEBRUARI 2011 (Jumaat)

MASA:           JAM MULAI 4.30 PAGI (pagi Jumaat)

PEMIMPIN:      USTAZ ASWIN MUHAMMAD LUBIS

 

 

SEMUA DI JEMPUT HADIR

 

Ajk Surau Khairiah Kg Tengah

Posted in Am | Leave a Comment »

Jadual pengajian bulan Feb 2011

Posted by suraukhairiahkgtengah on February 1, 2011

Di kembarkan jadual kuliah pada bulan Februari 2011.

Para Jamaah di jemput untuk bersama-sama menghadiri program ini.

Biro Dakwah & Pengajian

Posted in Jadual Kuliah | Leave a Comment »