Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Memupuk silaturrahim antara anak kariah..

Jualan Kereta Terpakai

Posted by suraukhairiahkgtengah on January 20, 2011

Pihak AJK Surau telah bersetuju untuk melupuskan kereta jenazah kepunyaan Surau memandangkan ianya tidak lagi ekonomik untuk terus digunakan. Iklan ini serta iklan yang akan disebarkan dibeberapa tempat lain, membuka peluang bagi mereka yang berminat untuk membuat tawaran untuk membeli kenderaan ini. Tawaran yang tertinggi dan tertakluk kepada budi bicara AJK Surau akan menjadi pemilik kenderaan ini.

Tawaran ini dibuka hingga:  7hb. Mar 2011.

Kenderaan adalah diletak diperkarangan Surau Khairiah dan boleh diteliti jika perlu. Spesifikasi serta butir asas kenderaan  adalah seperti berikut:

Kereta jenis: Inokom PERMAS P46E

Keupayaan Enjin: 2165 S.P.

Tahun Buat: 2000

No. Pandaftaran: WHV 7386

Sesiapa yang berminat untuk membeli kenderaan bolehlah membuat tawaran secara bertulis dan diserahkan kepada Bendahari Surau Khairiah sebelum tarikh tutup.

Pengerusi Surau Khairiah

20hb Jan 2011

Sorry, the comment form is closed at this time.