Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Jom.. imarahkan surau untuk mendapat redha Allah

Archive for January, 2011

Jualan Kereta Terpakai

Posted by suraukhairiahkgtengah on January 20, 2011

Pihak AJK Surau telah bersetuju untuk melupuskan kereta jenazah kepunyaan Surau memandangkan ianya tidak lagi ekonomik untuk terus digunakan. Iklan ini serta iklan yang akan disebarkan dibeberapa tempat lain, membuka peluang bagi mereka yang berminat untuk membuat tawaran untuk membeli kenderaan ini. Tawaran yang tertinggi dan tertakluk kepada budi bicara AJK Surau akan menjadi pemilik kenderaan ini.

Tawaran ini dibuka hingga:  7hb. Mar 2011.

Kenderaan adalah diletak diperkarangan Surau Khairiah dan boleh diteliti jika perlu. Spesifikasi serta butir asas kenderaan  adalah seperti berikut:

Kereta jenis: Inokom PERMAS P46E

Keupayaan Enjin: 2165 S.P.

Tahun Buat: 2000

No. Pandaftaran: WHV 7386

Sesiapa yang berminat untuk membeli kenderaan bolehlah membuat tawaran secara bertulis dan diserahkan kepada Bendahari Surau Khairiah sebelum tarikh tutup.

Pengerusi Surau Khairiah

20hb Jan 2011

Advertisements

Posted in Am | Comments Off on Jualan Kereta Terpakai

PROGRAM KOMUNITI: pemeriksaan kesihatan dan sebagainya

Posted by suraukhairiahkgtengah on January 19, 2011

Satu program komuniti akan diadakan diperkarangan Surau Khairiah Kg Tengah masa berikut:

Tarikh:      23hb Jan 2011 (AHAD)

Masa:       8.00 pagi hingga 5.00 petang

Beberapa program seperti berikut akan diadakan:

  • Pemeriksaan Kesihatan
  • Taklimat Keselamatan
  • Pelancaran Kelab Tutorial Pendidikan Mukim Setapak

Semua anak kariah dijemput untuk menghadiri majlis ini.

Anjuran JKKKP Kg Tengah dgn kerjasama AJK Surau

Posted in Am | Comments Off on PROGRAM KOMUNITI: pemeriksaan kesihatan dan sebagainya

SILA DAFTAR- Program Motivasi Ibubapa Cemerlang Anak Gemilang

Posted by suraukhairiahkgtengah on January 7, 2011

Pendaftaran masih dibuka bagi program ini yang telah dijadualkan seperti berikut:

Tempat:      Dewan Besar UJANA HARMONIS, Taman Harmonis

Tarikh:        9hb Jan 2011 (AHAD)

Masa:          8.30 pagi (pendaftaran) hingga 4.00 ptg

Bayaran:     RM5.00 seorang

(Jamuan pagi, tengah hari dan petang akan disediakan)

Aturcara terperinci program ini seperti dalam post sebelum ini. Program ini sesuai untuk semua golongan terutama yang bergelar bapa atau ibu atau anak.

Biro Dakwah & Pengajian

Posted in Am | Leave a Comment »