Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Jom.. imarahkan surau untuk mendapat redha Allah

Archive for December, 2010

Jadual pengajian bulan Jan 2011

Posted by suraukhairiahkgtengah on December 31, 2010

Di kembarkan jadual kuliah pada bulan Januari 2011.

Para Jamaah di jemput untuk bersama-sama menghadiri program ini apabila masa mengizinkan.

 

Advertisements

Posted in Jadual Kuliah | Comments Off on Jadual pengajian bulan Jan 2011

Program Motivasi Ibubapa Cemerlang Anak Gemilang

Posted by suraukhairiahkgtengah on December 31, 2010

Alhamdulillah kita telah pun masuk ke tahun baru Hijrah 1432 serta tahun baru 2011, pihak AJK Surau Khairiah akan mengadakan satu program khas untuk memperbaharui ingatan kita kepada peranan sebagai ibubapa serta anak-anak. Dengan sukacitanya pihak AJK menjemput tuan/puan seisi keluarga untuk mengikuti program ini yang akan dipimpin oleh seorang motivator yang terkenal Tuan Hj. Ridzuan Mohd Sagir biodatanya dikembarkan.

Anak kariah tuan/puan terdiri daripada ketua rumah dan isteri serta anak dan menantu adalah dijemput untuk meluangkan masa bagi program ini yang akan diadakan seperti berikut:

Tempat:      Dewan Besar UJANA HARMONIS, Taman Harmonis

Tarikh:        9hb Jan 2011 (AHAD)

Masa:          8.30 pagi (pendaftaran) hingga 4.00 ptg

Bayaran:     RM5.00 seorang

(Jamuan pagi, tengah hari dan petang akan disediakan)

Program adalah seperti berikut:

08.30 – 09.00            Pendaftaran dan Suaikenal

09.00 – 10.30            Sesi 1:    Serlahkan Potensi Sebagai Insan Penyayang

  • Analisis Diri
  • Personaliti Warna Anda
  • Kekuatan, Kelemahan dan Potensi Diri
  • Pengaruh Minda Bawah Sedar Terhadap Sikap
  • Apa yang Kita Semai Itulah yang akan Kita Tuai
  • Aktiviti: Lagu Senyum & Demi Matahari

10.30 – 11.00            Minum Pagi dan Perbincangan Tidak Formal

11.00 – 12.40            Sesi 2:    Keterampilan Diri dalam Membentuk Keluarga Harmoni

  • Ketrampilan Mendidik Anak-anak (Kanak-kanak à Remaja)
  • Peranan Anda Sebagai Suami atau Isteri
  • Peranan Anda Sebagai Anak
  • Peranan Anda Sebagai Ibu atau Bapa dalam Menyerlahkan Kasih Sayang
  • Aktiviti: Erti Kehidupan

12.40 – 02.00            Makan Tengahari dan Solat Zohor berjemaah

02.00 – 04.00            Sesi 3:   Pemantapan Keluarga Harmoni

  • Keseimbangan Kehidupan
  • Membentuk Rangka Tindakan Bersepadu ke arah Institusi Keluarga Harmoni secara komprehensif
  • Aktiviti: Lagu Mata Hati
  • Aktiviti: Program Minda

04.00 – 04.15            Sesi  Penutup

  • Penilaian Kursus
  • Doa Penutup
  • Ucapan Penutup

04.15 – 04.30          Minum Petang

Bagi mereka yang ingin menyertai program ini, sila respons untuk mengesahkan kehadiran serta bilangan penyertaan dengan menyertakan nama dan alamat melalui SMS atau panggilan telefon ke talian 0193816934(Jaaffar)/0193818250(Zainudin) atau email mdjaaf@gmail.com, sebelum pukol 3.00 pm hari Sabtu (8 hb. Jan 2011). Sokongan tuan/puan didahului dengan terima kasih.

Biodata HAJI RIDZUAN MOHD SAGIR, ASA

Tuan Hj. Ridzuan Mohd Sagir adalah salah seorang Ahli Lembaga pengarah Cygal Berhad yang tersenarai di Bursa Saham. Sebelum menceburi bidang perundingan dan latihan, beliau merupakan seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan bidang kepakarannya adalah dalam bidang Pengurusan Strategik, Kepemimpinan dan Motivasi. Kini beliau sering memberi khidmatnya dalam sesi Motivasi Pagi (7.30am) di SelangorFM.

Bidang kejurulatihan bukanlah asing bagi beliau kerana sejak awal 90an beliau telah menjadi penceramah sambilan kepada beberapa agensi latihan terkemuka seperti Excel Training and Consultancy di bawah pimpinan Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah. Setakat ini, beliau telahpun mengendalikan lebih 1000 sesi ceramah dan kursus khususnya dalam Emotional-Spiritual Quotient (ESQ), Team-Building dan Pembentukan Karakter. Pakar Motivasi terkenal seperti Dr. HM Tuah dan Ustaz Abu Hassan Asshaari (penceramah IKIM) adalah antara peserta kursusnya.

Tuan Hj. Ridzuan memiliki ijazah sarjanamuda (BBA) dari Eastern Michigan University, USA dan sarjana (MBA) dari University of Wales, Cardiff, United Kingdom. Sepanjang tempoh kerjayanya, beliau telah memenangi beberapa anugerah berprestij peringkat antarabangsa seperti “The Case Writer of the Year” tahun 1995 serta “The Best Management Case” tahun 2001. Selain itu, beliau juga adalah penulis 3 buah buku ilmiah dan penulis bersama kepada beberapa buah buku lain.

Selain menjadi penceramah atau fasilitator, beliau juga bergerak aktif sebagai perunding dalam bidang pengurusan dan motivasi untuk beratus syarikat  misalnya SHELL, JKR, Lembaga Tabung Haji, pelbagai Kementerian dan agensi   kerajaan seperti Biro Tata Negara, INTAN, PEMADAM, Persatuan Ibu Tunggal, Puspanita dan sebagainya.

Pencapaian peribadi beliau juga amat membanggakan kerana menerima anugerah Darjah Kebesaran daripada Sultan Selangor (ASA), Anugerah Pekerja Cemerlang dan Anugerah Pensyarah Terbaik UKM. Tidak hairanlah kursus yang dikendalikan olehnya begitu mendapat sambutan hangat daripada peserta khususnya yang berkaitan dengan motivasi kerja dan kepemimpinan.

Biro Dakwah & Pengajian, Surau Khairiah

31 Dis 2010

Posted in Program Khas | Leave a Comment »

Selamat menyambut Maal Hijrah 1432

Posted by suraukhairiahkgtengah on December 7, 2010

AJK Surau Khairiah Kg Tengah mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1432 kepada semua anak kariah Surau Khairiah semoga tahun ini akan membawa fadhilat yang berganda serta silaturrahim yang lebih erat dan bermakna, Insyaallah.

Posted in Am | Comments Off on Selamat menyambut Maal Hijrah 1432

CERAMAH MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1432

Posted by suraukhairiahkgtengah on December 4, 2010

Satu ceramah khas bertajuk HIJRAH: Introspeksi Diri akan diadakan pada 8hb Dis 2010 selepas Solat Maghrib. Ceramah akan disampaikan oleh Ust Mohd Gunawan yang bertugas sebagai Pegawai Khas KPI kpd YB Mejar Jeneral Dato Seri Jamil Khir Hj Baharum di Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Beliau mempunyai latar belakang berikut:

Pendidikan:
Al-Maahad Al-Muhammadi Lilbanin, Kota Bharu
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Penulisan buku:
1. Solat Kejayaan Hakiki
2. Azan Dakwah Yang Sempurna
3. Apakah Tugas Hakiki Saya Sebagai Seorang Muslim?
4. Masjid Itu Hidupku
Kolumnis:
1. Majalah SOLUSI (Telaga Biru)
2. Majalah DAKWAH (YADIM)

Semua anak kariah dan penduduk sekitar dijemput untuk bersama-sama mengikuti ceramah ini.

Poster yang diedarkan:

 

Posted in Program Khas | Comments Off on CERAMAH MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1432

Jadual pengajian bulan Dis 2010

Posted by suraukhairiahkgtengah on December 1, 2010

Di kembarkan jadual kuliah pada bulan Disembar 2010.

Para Jamaah di jemput untuk bersama-sama menghadiri program ini apabila masa mengizinkan.

JK Dakwah dan Pengajian

Posted in Jadual Kuliah | Comments Off on Jadual pengajian bulan Dis 2010