Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Memupuk silaturrahim antara anak kariah..

PENYERTAAN IBADAH KORBAN TAHUN 2010

Posted by suraukhairiahkgtengah on October 12, 2010

Penyertaan para Jamaah untuk Ibadah Korban tahun 2010 adalah dibuka. Untuk mereka yang ingin menyertai ibadah korban pada tahun ini, sila isi BORANG PENYERTAAN IBADAH KORBAN 2010 dengan mengisi nama penuh, no. kad pengenalan serta alamat yang lengkap.

Bayaran yang dikenakan bagi satu sebahagian ialah sebanyak RM380.00 (Ringgit Tiga Ratus Lapan Puluh sahaja) termasuk RM16.00 untuk menampung kos pengurusan. Bayaran hendaklah dibuat kepada Bendahari atau mana-mana AJK dengan serta merta tidak lewat daripada seminggu sebelum hari Raya Korban (~17Nov.2010). Penyembelihan korban akan dibuat selepas Solat Aidiladha, Insyaallah.

Untuk muatturun borang, sila klik: BORANG PENYERTAAN IBADAH KORBAN TAHUN 2010

Untuk mereka yang ingin mengguna Email, bolehlah email tempahan dengan menghantar borang diatas kepada alamat email:  mdjaaf03@streamyx.com

AJK Surau Khairiah Kg Tengah

12 Oct 2010

Sorry, the comment form is closed at this time.