Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Jom.. imarahkan surau untuk mendapat redha Allah

Archive for October, 2010

Jadual pengajian bulan Nov 2010

Posted by suraukhairiahkgtengah on October 31, 2010

 

Di kembarkan jadual kuliah pada bulan November 2010.

Para Jamaah di jemput untuk bersama-sama menghadiri program ini apabila masa mengizinkan.

 

 

Posted in Jadual Kuliah | Comments Off on Jadual pengajian bulan Nov 2010

Surat pelawaan penyertaan IBADAH KORBAN TAHUN 2010

Posted by suraukhairiahkgtengah on October 21, 2010

18 Oktober 2010

 

 

 

Y Bhg. Tan Sri/Dato’ Seri/ Dato’/Tuan dan Puan

——————————————-

——————————————-

PENYERTAAN IBADAH KORBAN TAHUN 2010

AJK Surau ingin mempelawa para Jamaah Kariah Surau Khairiah serta muslimin muslimat untuk bersama-sama menyertai Ibadah Korban pada musim Haji tahun ini anjuran Surau Khairiah. Kadar bayaran bagi satu bahagain ialah sebanyak RM380.00. Kos ini adalah termasuk sumbangan sebanyak RM 16.00 bagi pengurusan penyembelihan oleh pihak Surau.

Sila lengkapkan borang dibawah serta membuat bayaran dengan akad seperti yang tertulis. Penyertaan para Jamaah sangat dialukan.

Wassalam & Terima kasih

 

t.t

 

Ir Hj Mohd Jaaffar bin Mohd Daud

Pengerusi Surau

……………………………………………………………………………………………………………..

Borang Penyertaan Ibadah Korban Tahun 2010

Bil Nama Peserta Bahagian Qorban/Aqiqah

 

 

 

 

 

 

 

Jumlah bayaran: 

 

“Saya kembarkan bayaran sebanyak RM ________________ sebagai bayaran Ibadah Korban Sunat bagi nama yang tersenarai diatas bagi tahun ini termasuk kos pengurusan kerana Allah S.A.W dan saya wakilkan kepada AJK Surau Khairiah untuk menyempurnakan.”

Tandatangan: ———————————-

Nama: ——————————————

Alamat: —————————————-

Bayaran melalui cek boleh dibuat atas nama : Surau Khairiah Kg Tengah

Sila serahkan bayaran kepada Bendahari atau mana-mana AJK selewatnya seminggu sebelum Hari Raya Haji.

Pihak AJK Surau akan memaparkan nama penyertaan di Senarai Penyertaan Ibadah Korban di papantanda Surau.

Untuk muatturun borang, sila klik:BORANG PENYERTAAN KORBAN TAHUN 2010 v2

Posted in Am | Comments Off on Surat pelawaan penyertaan IBADAH KORBAN TAHUN 2010

PENYERTAAN IBADAH KORBAN TAHUN 2010

Posted by suraukhairiahkgtengah on October 12, 2010

Penyertaan para Jamaah untuk Ibadah Korban tahun 2010 adalah dibuka. Untuk mereka yang ingin menyertai ibadah korban pada tahun ini, sila isi BORANG PENYERTAAN IBADAH KORBAN 2010 dengan mengisi nama penuh, no. kad pengenalan serta alamat yang lengkap.

Bayaran yang dikenakan bagi satu sebahagian ialah sebanyak RM380.00 (Ringgit Tiga Ratus Lapan Puluh sahaja) termasuk RM16.00 untuk menampung kos pengurusan. Bayaran hendaklah dibuat kepada Bendahari atau mana-mana AJK dengan serta merta tidak lewat daripada seminggu sebelum hari Raya Korban (~17Nov.2010). Penyembelihan korban akan dibuat selepas Solat Aidiladha, Insyaallah.

Untuk muatturun borang, sila klik: BORANG PENYERTAAN IBADAH KORBAN TAHUN 2010

Untuk mereka yang ingin mengguna Email, bolehlah email tempahan dengan menghantar borang diatas kepada alamat email:  mdjaaf03@streamyx.com

AJK Surau Khairiah Kg Tengah

12 Oct 2010

Posted in Program Khas | Comments Off on PENYERTAAN IBADAH KORBAN TAHUN 2010

Jadual pengajian bulan Okt 2010

Posted by suraukhairiahkgtengah on October 10, 2010

Pengajian telah dimulakan selepas memberi laluan kepada amal ibadat Tarawih disepanjang bulan Ramadhan. Jadual pengajian pada bulan Oktober 2010 seperti berikut:


Posted in Jadual Kuliah | Comments Off on Jadual pengajian bulan Okt 2010