Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Memupuk silaturrahim antara anak kariah..

Program pada Malam Hari Raya Aidilfitri

Posted by suraukhairiahkgtengah on September 8, 2010

Di Malam Hari Raya nanti, program selawat & takbir dari rumah ke rumah akan diatur. Bagi rumah yang bersedia menerima kunjungan kumpulan ini bolehlah menyalakan lampu dan membukakan pintu rumah.

Sebanyak 4 kumpulan akan ditubuh untuk meliputi semua kawasan kariah termasuk kawasan Kg Tengah, Taman Harmonis dan Bukit Sentosa dan taman tambahan. Rombongan akan dimulai lebih kurang kam 9.30 malam.

Untuk mengambil keberkatan dan menjadikan amalan ini lebih bermakna, kumpulan yang akan terlibat akan berkumpul di Surau sebelum solat Isyak untuk bersama –sama solat Isyak dan diikuti dengan solat Hajat dan solat sunat yang lain.

Jamaah yang berminat untuk bersama-sama dalam mana-mana kumpulan ini bolehlah hadir sebelum waktu Isyak. Semoga tradisi ini akan sedikit sebanyak menjalinkan muhibah dikalangan anak kariah.

Jamuan moreh akan disediakan sebelum rombongan membuat rondaan.

AJK Surau Khairiah.

Sorry, the comment form is closed at this time.