Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Jom.. imarahkan surau untuk mendapat redha Allah

Archive for September, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Posted by suraukhairiahkgtengah on September 9, 2010

AJK Surau Khairiah mengucapkan kepada semua anak kariah Selamat Hari Raya Aidilfitri serta maaf zahir batin.

Solat Aidilfitri akan dimulakan tepat jam 8.30 pagi.

Para jamaah digesa untuk datang lebih awal untuk mengelak kesesatan parking dan sebagainya.

Selepas solat, insyaallah satu program Ramah Mesra dikalangan jamaah akan diadakan dengan hidangan juadah Hari Raya serta minuman ala kadar.

Pihak jamaah digalakan untuk membawa ala-kadar kuih raya untuk dijadikan hidangan untuk dirasai bersama.

Satu program khas untuk meraikan anak-anak kita akan diadakan.

Hingga bertemu lagi di Ramadhan tahun hadapan Insyaallah.

AJK Surau Khairiah.

Posted in Am | Comments Off on Selamat Hari Raya Aidilfitri

Program pada Malam Hari Raya Aidilfitri

Posted by suraukhairiahkgtengah on September 8, 2010

Di Malam Hari Raya nanti, program selawat & takbir dari rumah ke rumah akan diatur. Bagi rumah yang bersedia menerima kunjungan kumpulan ini bolehlah menyalakan lampu dan membukakan pintu rumah.

Sebanyak 4 kumpulan akan ditubuh untuk meliputi semua kawasan kariah termasuk kawasan Kg Tengah, Taman Harmonis dan Bukit Sentosa dan taman tambahan. Rombongan akan dimulai lebih kurang kam 9.30 malam.

Untuk mengambil keberkatan dan menjadikan amalan ini lebih bermakna, kumpulan yang akan terlibat akan berkumpul di Surau sebelum solat Isyak untuk bersama –sama solat Isyak dan diikuti dengan solat Hajat dan solat sunat yang lain.

Jamaah yang berminat untuk bersama-sama dalam mana-mana kumpulan ini bolehlah hadir sebelum waktu Isyak. Semoga tradisi ini akan sedikit sebanyak menjalinkan muhibah dikalangan anak kariah.

Jamuan moreh akan disediakan sebelum rombongan membuat rondaan.

AJK Surau Khairiah.

Posted in Am | Comments Off on Program pada Malam Hari Raya Aidilfitri

Majlis Penyampaian Saguhati dan Derma Anak Yatim

Posted by suraukhairiahkgtengah on September 5, 2010

Majlis ini akan diadakan pada Malam 27 Ramadhan iaitu hari AHAD 5 September 2010.

Dimalam ini anak yatim daripada kalangan anak kariah dan juga petugas yang menjaga surau secara sukarela akan diraikan dengan pemberian saguhati serta cenderamata.

Para jamaah daripada kalangan anak kariah dijemput untuk bersama bersolat terawih di Surau serta meraikan majlis ini.

Pengerusi

Posted in Am | Comments Off on Majlis Penyampaian Saguhati dan Derma Anak Yatim