Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Memupuk silaturrahim antara anak kariah..

PROGRAM I’TIKAF PADA BULAN RAMADHAN 1431

Posted by suraukhairiahkgtengah on August 29, 2010

Program I’tikaf di Surau Khairiah akan diadakan secara berjamaah mulai malam 21 Ramadhan dan diteruskan pada setiap malam ganjil. Para jamaah adalah dijemput untuk mengimarakkan Surau sepanjang malam.

1. DALIL I’TIKAF

“ Daripada ‘Aisyah (ra), sesungguhnya Nabi saw beri’tikaf pada sepuluh akhir bulan Ramadhan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah, kemudian (diteruskan sunnah) I’tikaf sesudahnya oleh  para isterinya “ (Muttafaq ‘Alaih)

“Barangsiapa yang I’tikaf satu hari semata mata mengharap keredhaan Allah, niscaya Allah jadikan (jarak) di antaranya dan di antara api neraka sejauh tiga parit dan tiap tiap parit jaraknya adalah lebih jauh daripada jarak antara dua mata angin”

(HR Al Thabary- sanad Hasan)

2. TARIKH DAN WAKTU:

Pihak Surau menggalakkan pada jemaah secara individu beri’tikaf pada sepuluh hari akhir Ramadhan seperti dalil diatas. Walaupun begitu pihak surau hanya akan menganjurkan I’tikaf secara berjemaah dan terpimpin pada hari-hari ganjil seperti berikut sahaja:

Tarikh:

Ramadhan ke:21 bersamaan 30 Ogos (pimpinan Ust Khairul)

Ramadhan ke:23 bersamaan 1 Sep (pimpinan Ust Kol (B) Salleh)

Ramadhan ke:25 bersamaan 3 Sep (pimpinan Ust Manaf)

Ramadhan ke:27 bersamaan 5 Sep (pimpinan Ust Khairul)

Ramadhan ke:29 bersamaan 7 Sep (pimpinan Ust Kol (B) Salleh)

Waktu :

Hendaklah berada di Surau sewaktu I’tikaf daripada waktu iftar (berbuka) hingga Subuh keesokan hari.

3. NIAT I’TIKAF:

“Sengaja aku I’tikaf di dalam surau selama aku berada di dalamnya kerana Allah”

4. PROGRAM:

  • Jam 7.00 ptg: Ke Surau Khairiah dan terus bersolat Tahiyatul Masjid dan berniat beri’tikaf.
  • Azan Maghrib: berbuka beramai-ramai dan Solat Maghrib berjemaah
  • Sementara menunggu waktu Isyak : memperbanyakkan bacaan al-Quran atau berwirid secara sendiri.
  • Azan Isyak : Solat Isyak
  • Tazkirah ringkas
  • Solat Terawih (20 rakaat) & bertahlil.
  • Jam 10.30 mlm – jamuan moreh
  • Jam 11.00 – 12.00 : Tadarus al-Quran beramai-ramai.
  • Jam 12.00 – 12.30 pagi : Tazkirah pendek
  • Jam 12.30 – 3.30 pagi ; berihat & tidur
  • Jam 4.00 – 5.15 : mula solat tahajud
  • Jam 5.15 hingga waktu Subuh : Sahor – juadah disediakan.
  • Azan Subuh: Solat Subuh diikuti dengan Kuliah Subuh (pada pagi Sabtu dan Ahad sahaja)
  • I‘tikaf tamat dan bersurai.

Para jemaah anak kariah Surau dijemput untuk bersama-sama mengimarakkan surau dengan i’tikaf pada malam-malam yang dijanjikan Allah SAW Lailatul Qadr.

Dikeluarkan: AJK Surau Khairiah (Biro Dakwah)

Tarikh: 29 Ogos 2010

Sorry, the comment form is closed at this time.