Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Memupuk silaturrahim antara anak kariah..

Program bagi sepanjang bulan Ramadan 1431

Posted by suraukhairiahkgtengah on August 5, 2010

Untuk mengimarakkan Surau Khairiah pada sepanjang bulan Ramadan nanti, AJK Surau akan mengatur aktiviti berikut:

  • Bersedekah dan berinfaq

Tabung surau, bayaran Zakat Harta serta tajaan jamuan dibuka sepanjang bulan Ramadan untuk para jamaah membuat sumbangan sebagai amal jariah serta infaq dijalan Allah.

  • Solat Terawih

Solat tarawih penuh 20 rakaat dan 3 witir akan diadakan setiap malam. Solat akan dipimpin oleh Iman Tahfiz dan diselang-seli dengan Iman terdiri daripada Ustaz Surau yang akan ditentukan. Tazkirah pendek akan diselitkan untuk menambah ilmu dan peringatan untuk para jamaah.

  • Tazkirah ringkas

Akan diselitkan semasa solat terawih (bergantung kepada adanya Ustaz yang bertauliah)

  • Tahlil & Doa Selamat

Selepas Solat Terawih akan disusuli dengan tahlil arwah dan doa selamat. Para jamaah bolehlah membuat sumbangan ikhlas untuk tujuan ini.

  • Taddarus Al-Quran

Kumpulan taddarus terdiri daripada kaum lelaki dan muslimat bermula daripada malam pertama bulan Ramadan. Taddarus akan khatam pada malam ke-27 Ramadan.

  • Qiamulail

Pada setiap pagi AHAD bermula jam 4.30 pagi (Ramadan ke-6, 12 dan 20) dan pada pagi hari ganjil sepuluh hari akhir Ramadan (hari dimana I’tikaf dijadualkan)

  • I’tikaf

I’tikaf akan dijadualkan pada hari-hari ganjil sepuluh hari akhir Ramadan iaitu Ramadan ke-21, 23, 25, 27 dan 29. Majlis ini akan dimulai dengan Majlis Berbuka, Solat Tarawih, Tazkirah, Taddarus, Qiamulail dan diakhiri dengan bersahor sebelum solat Subuh.

  • Majlis berbuka puasa

Majlis berbuka secara ramai-ramai bagi anak kariah akan diadakan pada setiap hari AHAD dan pada hari-hari ganjil sepuluh hari akhir Ramadan. Pembiayaan majlis ini pada kadar RM200.00 dibuka untuk tajaan para jamaah.

Majlis berbuka sederhana bagi jamaah yang bersolat Maghrib di Surau akan disediakan setiap hari.

  • Jamuan moreh

Moreh dengan jamuan ringan akan diadakan pada setiap kali selepas Solat Tarawih. Pembiayaan majlis ini pada kadar RM180.00 dibuka untuk tajaan para jamaah.

  • Majlis bersahor

Jamuan untuk bersahor akan diadakan pada masa dilakukan Qiamulail: setiap pagi AHAD dan pada pagi ganjil sepuluh hari akhir Ramadan. Pembiayaan majlis ini pada kadar RM150.00 dibuka untuk tajaan para jamaah.

  • Majlis Khatam Al-Quran

Pada 27 Ramadan, akan diadakan Majlis Khatam Al-Quran diikuti dengan majlis pembahagian derma kepada anak yatim serta pemberian saguhati kepada pembantu-penbantu surau.

  • Solat Tasbih

Solat Tasbih akan diadakan pada malam Aidilfitri selepas Solat Isyak.

  • Zakat Fitrah

Kutipan zakat fitrah akan dibuat oleh amil yang dilantik di sepanjang bulan Ramadan

  • Solat Aidilfitri dan ramah mesra

Pada Hari Raya Aidulfitri, solat Hari Raya pada jam 8.00 pagi disusuli dengan majlis ramah mesra.

5hb Ogos 2010

Sorry, the comment form is closed at this time.

 
%d bloggers like this: