Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Jom.. imarahkan surau untuk mendapat redha Allah

Archive for August, 2010

PROGRAM I’TIKAF PADA BULAN RAMADHAN 1431

Posted by suraukhairiahkgtengah on August 29, 2010

Program I’tikaf di Surau Khairiah akan diadakan secara berjamaah mulai malam 21 Ramadhan dan diteruskan pada setiap malam ganjil. Para jamaah adalah dijemput untuk mengimarakkan Surau sepanjang malam.

1. DALIL I’TIKAF

“ Daripada ‘Aisyah (ra), sesungguhnya Nabi saw beri’tikaf pada sepuluh akhir bulan Ramadhan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah, kemudian (diteruskan sunnah) I’tikaf sesudahnya oleh  para isterinya “ (Muttafaq ‘Alaih)

“Barangsiapa yang I’tikaf satu hari semata mata mengharap keredhaan Allah, niscaya Allah jadikan (jarak) di antaranya dan di antara api neraka sejauh tiga parit dan tiap tiap parit jaraknya adalah lebih jauh daripada jarak antara dua mata angin”

(HR Al Thabary- sanad Hasan)

2. TARIKH DAN WAKTU:

Pihak Surau menggalakkan pada jemaah secara individu beri’tikaf pada sepuluh hari akhir Ramadhan seperti dalil diatas. Walaupun begitu pihak surau hanya akan menganjurkan I’tikaf secara berjemaah dan terpimpin pada hari-hari ganjil seperti berikut sahaja:

Tarikh:

Ramadhan ke:21 bersamaan 30 Ogos (pimpinan Ust Khairul)

Ramadhan ke:23 bersamaan 1 Sep (pimpinan Ust Kol (B) Salleh)

Ramadhan ke:25 bersamaan 3 Sep (pimpinan Ust Manaf)

Ramadhan ke:27 bersamaan 5 Sep (pimpinan Ust Khairul)

Ramadhan ke:29 bersamaan 7 Sep (pimpinan Ust Kol (B) Salleh)

Waktu :

Hendaklah berada di Surau sewaktu I’tikaf daripada waktu iftar (berbuka) hingga Subuh keesokan hari.

3. NIAT I’TIKAF:

“Sengaja aku I’tikaf di dalam surau selama aku berada di dalamnya kerana Allah”

4. PROGRAM:

  • Jam 7.00 ptg: Ke Surau Khairiah dan terus bersolat Tahiyatul Masjid dan berniat beri’tikaf.
  • Azan Maghrib: berbuka beramai-ramai dan Solat Maghrib berjemaah
  • Sementara menunggu waktu Isyak : memperbanyakkan bacaan al-Quran atau berwirid secara sendiri.
  • Azan Isyak : Solat Isyak
  • Tazkirah ringkas
  • Solat Terawih (20 rakaat) & bertahlil.
  • Jam 10.30 mlm – jamuan moreh
  • Jam 11.00 – 12.00 : Tadarus al-Quran beramai-ramai.
  • Jam 12.00 – 12.30 pagi : Tazkirah pendek
  • Jam 12.30 – 3.30 pagi ; berihat & tidur
  • Jam 4.00 – 5.15 : mula solat tahajud
  • Jam 5.15 hingga waktu Subuh : Sahor – juadah disediakan.
  • Azan Subuh: Solat Subuh diikuti dengan Kuliah Subuh (pada pagi Sabtu dan Ahad sahaja)
  • I‘tikaf tamat dan bersurai.

Para jemaah anak kariah Surau dijemput untuk bersama-sama mengimarakkan surau dengan i’tikaf pada malam-malam yang dijanjikan Allah SAW Lailatul Qadr.

Dikeluarkan: AJK Surau Khairiah (Biro Dakwah)

Tarikh: 29 Ogos 2010

Advertisements

Posted in Program Khas | Comments Off on PROGRAM I’TIKAF PADA BULAN RAMADHAN 1431

Agihan Bubur Lambok

Posted by suraukhairiahkgtengah on August 28, 2010

Majlis bergotong royong membuat bubur lambok akan diadakan mulai jam 8.30 pagi AHAD 29hb OGOS 2010 diperkarangan Surau Khairiah Kg Tengah. Ia nya dijangka siap untuk agihan jam 4.00 petang.

Para jamaah diperlawa untuk datang ke Surau untuk mendapat agihan ini mulai jam 4.00 petang.  Para jamaah juga dipersila untuk bersama bergotong royong menyiapnya.

Aktiviti Biro Pemuda

Posted in Am | Comments Off on Agihan Bubur Lambok

Sumbangan kepada Anak Yatim

Posted by suraukhairiahkgtengah on August 25, 2010

Surau Khairiah Kg Tengah akan membahagikan sumbangan kepada anak-anak yatim yang bermastautin dalam kawasan kariah daripada Tabung Anak Yatim pada malam 27 Ramadhan nanti.  Anak kariah yang berkemampuan dan ingin menginfaq sumbangan bolehlah mengisi Tabung Anak Yatim di  Surau Khairiah Kg Tengah.

Bagi mengenalpasti anak yatim dalam kawasan kariah, borang pendaftaran anak yatim disediakan. Klik berikut untuk muatturun borang pendaftaran: Borang daftar anak yatim

Perhatian:

Kriteria bagi melayakkan seorang anak yatim mendapat sumbangan adalah seperti berikut:

  • Hanya mereka yang berumur kurang daripada 15 tahun pada 31 Dis tahun ini sahaja yang perlu didaftarkan.
  • dan hanya mereka yang disahkan bermastautin di kariah sahaja akan dipertimbangkan untuk apa apa bantuan daripada tabung Surau

AJK Surau Khairiah Kg Tengah

24 Ogos 2010

Posted in Am | Comments Off on Sumbangan kepada Anak Yatim

Qiamulail dan Majlis Iftar (3)

Posted by suraukhairiahkgtengah on August 23, 2010

Qiamulail

Surau Khairiah meneruskan program Qiamulail yang ketiga pada pagi AHAD 29hb. OGOS 2010. Majlis akan bermula pada jam 4.15 pagi yang akan dipimpin oleh Ustaz Kol (B) Salleh.  Seperti biasa juadah sahor akan disediakan.

Majlis Berbuka.

Juga pada hujung minggu ini ia itu pada hari SABTU 28hb. OGOS dan AHAD 29hb. OGOS, majlis berbuka bersama akan diadakan.

AJK Surau ingin menjemput penyertaan anak kariah untuk mengimarakkan Ramadhan di Surau Khairiah.

AJK Surau Khairiah

Posted in Am | Comments Off on Qiamulail dan Majlis Iftar (3)

Qiamulail dan Majlis Iftar (2)

Posted by suraukhairiahkgtengah on August 16, 2010

Qiamulail

Surau Khairiah meneruskan program Qiamulail yang kedua pada pagi AHAD 22hb. OGOS 2010. Majlis akan bermula lebih awal sedikit ia itu pada jam 4.15 pagi yang akan dipimpin oleh Ustaz Manaf.  Seperti biasa juadah sahor akan disediakan.

Majlis Berbuka.

Juga pada hujung minggu ini ia itu pada hari SABTU 21hb OGOS dan AHAD 22hb. OGOS, majlis berbuka bersama akan diadakan.

AJK Surau ingin menjemput penyertaan lebih ramai anak kariah berbandingkan dengan kehadiran minggu lepas yang agak hambar.

AJK Surau Khairiah Kg Tengah

Posted in Am | Comments Off on Qiamulail dan Majlis Iftar (2)

Qiamulail dan Majlis Iftar

Posted by suraukhairiahkgtengah on August 13, 2010

Qiamulail

Sebagai peringatan kepada anak kariah Surau Khairiah, Qiamulail pertama pada bulan Ramadhan akan diadakan pada pagi AHAD 15hb. OGOS 2010. Majlis akan bermula pada jam 4.30 pagi yang akan dipimpin oleh Ustaz Khairul. Jamuan sahor akan disediakan.

Majlis Berbuka.

Pada hujung minggu ini ia itu pada hari SABTU 14hb OGOS dan AHAD 15 OGOS, majlis berbuka bersama akan diadakan.

AJK Surau ingin menjemput seberapa ramai anak kariah untuk bersama pada kedua acara diatas.

Posted in Am | Comments Off on Qiamulail dan Majlis Iftar

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN..

Posted by suraukhairiahkgtengah on August 11, 2010

Sungguh banyak keistimewaan bulan RAMADHAN antaranya:

Ramadhan penghulu semua bulan, padanya semua pintu syurga dibuka, semua pintu neraka ditutup, semua syaitan diikat dan dibelenggu, amal soleh dilipat gandakan ganjarannya, bulan yang penuh berkat, rahmat, dan maghfirah, pembebasan dari api neraka, bulan Al-Quran, Lailatul Qadr (satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan) dan lain-lain..

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda ketika akan tiba Ramadhan:

Telah datang kepadamu bulan yang diberkati, Allah telah mewajibkan ke atasmu berpuasa di dalamnya, pada bulan itu pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat ; juga terdapat pada bulan itu satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan ; Barangsiapa tidak memperolehi kebaikannya maka dia tidak memperolehi apa-apa.

(HR Ahmad, Al-Nasai dan Al-Baihaqi)

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN..

BERSAMA-SAMALAH KITA  MENJALANI IBADAT PUASA SERTA MENGIMARAKKAN SURAU DENGAN BERBAGAI AMALAN UNTUK MEMPEROLEHI KEBAIKAN YANG DIJANJIKAN.

Salam Hormat daripada Ajk SURAU KHAIRIAH

Posted in Am | Comments Off on SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN..

Jadual program Ramadhan 1431

Posted by suraukhairiahkgtengah on August 7, 2010

Bersama ini dikembarkan jadual program di sepanjang bulan Ramadhan sebagai rujukan jamaah anak kariah Surau Khairiah Kg Tengah. Jadual ini akan dikemaskini dari masa kesemasa:

Updated: 16 Ogos 2010


Posted in Program Khas | Comments Off on Jadual program Ramadhan 1431

Program bagi sepanjang bulan Ramadan 1431

Posted by suraukhairiahkgtengah on August 5, 2010

Untuk mengimarakkan Surau Khairiah pada sepanjang bulan Ramadan nanti, AJK Surau akan mengatur aktiviti berikut:

  • Bersedekah dan berinfaq

Tabung surau, bayaran Zakat Harta serta tajaan jamuan dibuka sepanjang bulan Ramadan untuk para jamaah membuat sumbangan sebagai amal jariah serta infaq dijalan Allah.

  • Solat Terawih

Solat tarawih penuh 20 rakaat dan 3 witir akan diadakan setiap malam. Solat akan dipimpin oleh Iman Tahfiz dan diselang-seli dengan Iman terdiri daripada Ustaz Surau yang akan ditentukan. Tazkirah pendek akan diselitkan untuk menambah ilmu dan peringatan untuk para jamaah.

  • Tazkirah ringkas

Akan diselitkan semasa solat terawih (bergantung kepada adanya Ustaz yang bertauliah)

  • Tahlil & Doa Selamat

Selepas Solat Terawih akan disusuli dengan tahlil arwah dan doa selamat. Para jamaah bolehlah membuat sumbangan ikhlas untuk tujuan ini.

  • Taddarus Al-Quran

Kumpulan taddarus terdiri daripada kaum lelaki dan muslimat bermula daripada malam pertama bulan Ramadan. Taddarus akan khatam pada malam ke-27 Ramadan.

  • Qiamulail

Pada setiap pagi AHAD bermula jam 4.30 pagi (Ramadan ke-6, 12 dan 20) dan pada pagi hari ganjil sepuluh hari akhir Ramadan (hari dimana I’tikaf dijadualkan)

  • I’tikaf

I’tikaf akan dijadualkan pada hari-hari ganjil sepuluh hari akhir Ramadan iaitu Ramadan ke-21, 23, 25, 27 dan 29. Majlis ini akan dimulai dengan Majlis Berbuka, Solat Tarawih, Tazkirah, Taddarus, Qiamulail dan diakhiri dengan bersahor sebelum solat Subuh.

  • Majlis berbuka puasa

Majlis berbuka secara ramai-ramai bagi anak kariah akan diadakan pada setiap hari AHAD dan pada hari-hari ganjil sepuluh hari akhir Ramadan. Pembiayaan majlis ini pada kadar RM200.00 dibuka untuk tajaan para jamaah.

Majlis berbuka sederhana bagi jamaah yang bersolat Maghrib di Surau akan disediakan setiap hari.

  • Jamuan moreh

Moreh dengan jamuan ringan akan diadakan pada setiap kali selepas Solat Tarawih. Pembiayaan majlis ini pada kadar RM180.00 dibuka untuk tajaan para jamaah.

  • Majlis bersahor

Jamuan untuk bersahor akan diadakan pada masa dilakukan Qiamulail: setiap pagi AHAD dan pada pagi ganjil sepuluh hari akhir Ramadan. Pembiayaan majlis ini pada kadar RM150.00 dibuka untuk tajaan para jamaah.

  • Majlis Khatam Al-Quran

Pada 27 Ramadan, akan diadakan Majlis Khatam Al-Quran diikuti dengan majlis pembahagian derma kepada anak yatim serta pemberian saguhati kepada pembantu-penbantu surau.

  • Solat Tasbih

Solat Tasbih akan diadakan pada malam Aidilfitri selepas Solat Isyak.

  • Zakat Fitrah

Kutipan zakat fitrah akan dibuat oleh amil yang dilantik di sepanjang bulan Ramadan

  • Solat Aidilfitri dan ramah mesra

Pada Hari Raya Aidulfitri, solat Hari Raya pada jam 8.00 pagi disusuli dengan majlis ramah mesra.

5hb Ogos 2010

Posted in Am | Comments Off on Program bagi sepanjang bulan Ramadan 1431

Jadual pengajian bulan Ogos 2010

Posted by suraukhairiahkgtengah on August 2, 2010

Di kembarkan jadual kuliah pada bulan Ogos dimana semasa bulan Ramadhan kuliah Subuh masih diteruskan..


Posted in Jadual Kuliah | Comments Off on Jadual pengajian bulan Ogos 2010