Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Memupuk silaturrahim antara anak kariah..

Rayuan Sumbangan Tabung Surau dan Ramadan 1431H

Posted by suraukhairiahkgtengah on July 27, 2010

Salam kepada semua anak kariah,

Dengan kedatangan bulan Ramadan bulan yang diberkati, saya bagi pihak AJK Surau Khairiah seperti amalan tahun-tahun yang lepas ingin membuat rayuan untuk mendapat sumbangan bagi tabung surau dan juga bagi perbelanjaan semasa bulan Ramadan.

Bersama ini saya kembarkan borang sumbangan untuk memudahkan tuan/puan mengisi pilihan serta jumlah sumbangan.

Tabung Surau

•Yuran surau telah ditetapkan sebanyak RM5.00 sebulan bagi sebuah keluarga bermula Jun 2010. Adalah diharapkan bagi mereka yang belum menjelaskan bayaran tahun 2010 bolehlah membayarnya melalui borang ini.

• Saya juga merayu semoga sumbangan diberi kepada tabung surau untuk pembiayaan Iman solat, Ustaz dan menampung pembiayaan surau yang lain.

• Surau sering dilawati oleh mereka yang termasuk dalam asnaf zakat. Dengan demikian AJK telah mengambil keputusan untuk mengadakan Tabung Zakat untuk tuan/puan memberi sebahagian daripada zakat untuk pihak surau agihkan kepada asnaf berkenaan.

Tabung Ramadan

• Tuan/puan bolehlah memberi sumbangan untuk diagihkan kepada anak yatim yang berada di kawasan Kg Tengah. Agihan ini akan dibuat pada hari 27 Ramadan.

• Jamuan Ramadan termasuk penyediaan Sahur, Berbuka dan More. Sumbangan bagi jamuan ini boleh diberi mengikut kadar yang telah ditentukan. Carta harian boleh diteliti dipapantanda surau.

• Tuan/puan juga dipelawa untuk memberi sumbangan bagi majlis tahlil dan doa selamat yang akan dibuat oleh jamaah yang melakukan Solat Tarawih.

Saya bagi pihak AJK bersukacita diatas keperihatinan tuan/puan untuk menyumbangkan sumbangan ikhlas semoga kita dapat menjayakan Ramadan tahun ini dengan ganjaran yang berganda daripada Allah SWT.

Saya juga ingin mempelawa tuan/puan serta keluarga untuk bersama-sama menyertai program yang dianjurkan oleh Surau Khairiah.

Saya dahului dengan ucapan berbanyak terima kasih.

Wassalam.

Yang benar,

(Ir. Hj. Mohd Jaaffar bin Mohd Daud)

Pengerusi.

Sila klik bagi muat-turun borang sumbangan/derma: Borang derma

Sorry, the comment form is closed at this time.

 
%d bloggers like this: