Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Jom.. imarahkan surau untuk mendapat redha Allah

Archive for July, 2010

Rayuan Sumbangan Tabung Surau dan Ramadan 1431H

Posted by suraukhairiahkgtengah on July 27, 2010

Salam kepada semua anak kariah,

Dengan kedatangan bulan Ramadan bulan yang diberkati, saya bagi pihak AJK Surau Khairiah seperti amalan tahun-tahun yang lepas ingin membuat rayuan untuk mendapat sumbangan bagi tabung surau dan juga bagi perbelanjaan semasa bulan Ramadan.

Bersama ini saya kembarkan borang sumbangan untuk memudahkan tuan/puan mengisi pilihan serta jumlah sumbangan.

Tabung Surau

•Yuran surau telah ditetapkan sebanyak RM5.00 sebulan bagi sebuah keluarga bermula Jun 2010. Adalah diharapkan bagi mereka yang belum menjelaskan bayaran tahun 2010 bolehlah membayarnya melalui borang ini.

• Saya juga merayu semoga sumbangan diberi kepada tabung surau untuk pembiayaan Iman solat, Ustaz dan menampung pembiayaan surau yang lain.

• Surau sering dilawati oleh mereka yang termasuk dalam asnaf zakat. Dengan demikian AJK telah mengambil keputusan untuk mengadakan Tabung Zakat untuk tuan/puan memberi sebahagian daripada zakat untuk pihak surau agihkan kepada asnaf berkenaan.

Tabung Ramadan

• Tuan/puan bolehlah memberi sumbangan untuk diagihkan kepada anak yatim yang berada di kawasan Kg Tengah. Agihan ini akan dibuat pada hari 27 Ramadan.

• Jamuan Ramadan termasuk penyediaan Sahur, Berbuka dan More. Sumbangan bagi jamuan ini boleh diberi mengikut kadar yang telah ditentukan. Carta harian boleh diteliti dipapantanda surau.

• Tuan/puan juga dipelawa untuk memberi sumbangan bagi majlis tahlil dan doa selamat yang akan dibuat oleh jamaah yang melakukan Solat Tarawih.

Saya bagi pihak AJK bersukacita diatas keperihatinan tuan/puan untuk menyumbangkan sumbangan ikhlas semoga kita dapat menjayakan Ramadan tahun ini dengan ganjaran yang berganda daripada Allah SWT.

Saya juga ingin mempelawa tuan/puan serta keluarga untuk bersama-sama menyertai program yang dianjurkan oleh Surau Khairiah.

Saya dahului dengan ucapan berbanyak terima kasih.

Wassalam.

Yang benar,

(Ir. Hj. Mohd Jaaffar bin Mohd Daud)

Pengerusi.

Sila klik bagi muat-turun borang sumbangan/derma: Borang derma

Advertisements

Posted in Am | Comments Off on Rayuan Sumbangan Tabung Surau dan Ramadan 1431H

Ibadah di Bulan Ramadan dan Kelebihannya.

Posted by suraukhairiahkgtengah on July 24, 2010

Surau Khairiah akan mengadakan ceramah khas  untuk membincangkan tentang ibadah dalam bulan Ramadan dan kelebihannya. Para Jamaah anak kariah Kg Tengah dan kawasan berdekatan dialu-alukan untuk bersama mengikuti ceramah ini sebagai persediaan untuk menghadapi bulan Ramadan yang akan disambut tidak berapa lama lagi.

Waktu dan tarikh:

Tarikh: 25 Julai 2010 (AHAD) bersamaan 13 Syaaban 1431

Masa: Selepas Maghrib

Penceramah: Ustaz Azhar bin Tuarno, Iman Tiga Masjid Negara

Biro Pengajian dan Dakwah

Posted in Program Khas | Comments Off on Ibadah di Bulan Ramadan dan Kelebihannya.

Kuliah khas berkenaan Kewangan Islam

Posted by suraukhairiahkgtengah on July 19, 2010

Salam kepada semua Jamaah,

Bagi memberi sedikit pendedahan dalam aspek kewangan Islam, satu kuliah khas akan dijalankan pada kuliah Maghrib pada 23hb Julai 2010 bersamaan 11 Syaaban 1431. Kuliah akan dipimpin oleh Ustaz Khairul.

Semua Jamaah serta mereka yang berkesempatan dijemput hadir.

Biro Pengajian dan Dakwah

Posted in Program Khas | Comments Off on Kuliah khas berkenaan Kewangan Islam

Peristiwa Israk & Mikraj

Posted by suraukhairiahkgtengah on July 7, 2010

Peristiwa Israk & Mikraj adalah peristiwa besar yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. yang perlu diingati.

Surau Khairiah Kg Tengah tidak ketinggalan akan meraikan hari itu dengan mengadakan ceramah khas. Ceramah ini akan diadakan  pada kuliah Maghrib hari 10hb Julai 2010. Ceramah ini akan dipimpin oleh Ustaz Dr. Saifuddin.

Semua anak kariah dijemput hadir.

Posted in Jadual Kuliah | Comments Off on Peristiwa Israk & Mikraj

Air Minuman Al-Yamani GAU

Posted by suraukhairiahkgtengah on July 7, 2010

Surau Khairiah Kg Tengah ada stok air minuman Al-Yamani Gau dan anak kariah boleh membelinya dengan harga RM25.00 satu cartoon. Air ini mempunyai hasiat seperti kenyataan didalam poster dibawah. Sila hubungi mana-mana AJK untuk membelinya.

Posted in Am | Comments Off on Air Minuman Al-Yamani GAU