Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Memupuk silaturrahim antara anak kariah..

Susulan Pengajian Masalah Muda-Mudi

Posted by suraukhairiahkgtengah on June 4, 2010

Susulan daripada ceramah ilmu oleh Ust. Hanafi Abdul Malek yang telah diadakan pada 2hb Jun 2010 di Surau Khairiah, banyak perkara bersabit dengan masalah muda-mudi telah didedahkan.

Ini adalah petikan daripada website SIDIM di: http://www.sidim.nas.my

Saban hari berlaku peningkatan pencemaran moral remaja yang kekadang mengerikan. Cerita-cerita remaja bersekedudukan, hamil anak luar nikah, lari dari rumah, minum arak, hisap dadah, terlibat kongsi gelap, melacur, dan sebagainya bagaikan tak berkesudahan. Remaja yang terjebak menghabiskan hidup dengan sia-sia persis haiwan tak berakal. Dunia kotor menjadi sebati sampai ke dalam jiwa. Akhirnya tak ubah laksana bangkai bernyawa.

Menyedari kecelakaan remaja yang menghidap penyakit sosial boleh merenggut iman yang ada, menjahanamkan maruah agama, dan memalukan keluarga, maka langkah-langkah berkesan perlu diketengahkan dan bukan lagi dibahas dan dibincangkan. Justeru Rumah Sahabat SIDIM Bukit Beruntung diusahakan dengan kudrat yang ada demi melihat calar-calar moral remaja ini dibersihkan, digilap, dan dicanai sebaik mungkin dengan nur agama menjadi insan yang berhamba disisiNya.

Rumah kebajikan telah beroperasi 3 tahun. Bermula di Gombak dan kini di Bukit Beruntung. Faktor kesesuaian, fasiliti, dan keselamatan menjadi isu utama perpindahan ini demi melihat keselesaan penghuninya untuk dididik dalam suasana yang tenteram, aman, dan damai. Penghuninya silih berganti, yang datang berjaya dipulihkan dan kembali ke pangkuan keluarga untuk memulakan hidup baru dengan menjauhi perkara lalu. AlhamdulilLah rumah ini telah berjaya memulihkan hampir 280 orang remaja. Remaja ini terdiri daripada penagih dadah, black metal, skin head, murtad, kongsi gelap, kes bunuh, mencuri, sakit jiwa, dan sebagainya.

Kejayaan memulihkan remaja sebegini kembali bertaubat dan rasa berTuhan mendorong pihak kami melihat keupayaan rumah ini dengan lebih besar lagi ke arah menyelamatkan para remaja terlanjur yang ingin kembali ke pangkal jalan. Hasrat suci ini menjadi agak lembab disebabkan kekangan kewangan dan aset lain yang diperlukan. Maka menjadi harapan kepada insan-insan yang sudi menghulurkan bantuan menyahut agenda perjuangan menyelamatkan umat Islam kini terutamanya remaja yang bakal menjadi tonggak kekuatan negara pada masa mendatang.

Bagi mereka yang memerlukan bantuan bolehlah berhubung dengan SIDIM atau menghubungi AJK Surau Khairiah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: