Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Memupuk silaturrahim antara anak kariah..

Skim Mesra Usia Emas

Posted by suraukhairiahkgtengah on June 4, 2010

Bagi  jamaah Kariah yang berkelayakan untuk mendaftar dalam skim ini digesa untuk membuat demikian serta merta terutama bagi mereka yang telah mencapai umur 60 tahun.

Penerangan lanjut berkenaan skim ini adalah seperti berikut:

(petikan daripada: mes.selangor.gov.my )

Skim Mesra Usia Emas (SMUE), merupakan satu skim khairat kematian yang diwujudkan khusus untuk menjaga kebajikan rakyat Selangor. Bertujuan membantu keluarga warga emas / OKU yang memenuhi syarat dan berdaftar yang meninggal dunia tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi, dan kedudukan sosial mereka.Borang dan pendaftaran adalah PERCUMA.

Syarat Kelayakan Memohon:
1.      Warga Emas yang layak mendaftar adalah seorang WARGANEGARA Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas; DAN
1.1      Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor; ATAU
1.2      Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/2/1974 DAN sedang menetap di Negeri Selangor atau di Wilayah Persekutuan;
ATAU
1.3      Bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun (bagi yang bukan kelahiran Negeri Selangor)

2.      Bagi OKU yang lahir di Negeri Selangor, tiada had umur ditetapkan. Bagi OKU kelahiran di luar Negeri Selangor mestilah juga telah menetap di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun. Hanya OKU yang memiliki Kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sahaja layak untuk mendaftar.

3.      Kerajaan Negeri akan menyumbang sejumlah RM2500 kepada Penama Warga Emas yang meninggal dunia dan telah berdaftar. RM1000 akan diberikan selepas menerima laporan kematian serta dokumen lengkap diserahkan dan pengesahan telah dibuat. Baki RM1500 akan diserahkan dalam tempoh 60 hari selepas penyerahan bayaran pertama dibuat dalam satu majlis khas.

Terma-terma tambahan:
1.      Pendaftaran adalah mengikut alamat tempat tinggal sebagaimana tercatat di dalam MyKad Pemohon. Mereka yang menetap di Negeri Selangor tetapi beralamat tempat tinggal di luar Negeri Selangor hendaklah membuat pertukaran alamat dan berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara yang berdekatan untuk mengelakkan sebarang masalah dalam proses pendaftaran dan pembayaran.
2.      Pemohon yang lahir di Negeri Selangor tetapi menetap di luar Negeri Selangor tidak layak untuk didaftarkan sebagai Ahli.
3.      Penjaga dan Penama hendaklah juga merupakan Warganegara Malaysia. Pemastautin Tetap tidak layak didaftarkan sebagai Ahli, Penjaga atau Penama.
4.      Penama yang layak didaftarkan adalah terdiri daripada kalangan berikut:
Anak, Isteri, Suami, Ibu, Bapa, Cucu, Abang, Kakak, Adik, Menantu atau Pertubuhan.
5.      Pemohon dan keluarga hendaklah berbincang dan melantik seorang Penama daripada senarai yang tersebut untuk diberikan kepercayaan bagi menguruskan wang manafaat ini sekiranya berlaku kematian.
6.      Sekiranya Penama adalah sebuah pertubuhan / rumah kebajikan dsb, maklumat lengkap serta dokumen pendaftaran pertubuhan berkaitan hendaklah disertakan. Satu surat kuasa daripada Ahli memberikan kebenaran kepada pertubuhan berkenaan menjadi Penama juga perlu disertakan. Semua dokumen dan surat kuasa hendaklah disahkan oleh Pusat Pendaftaran setelah melihat dokumen asal.
7.      Penama adalah merupakan orang yang diberikan kepercayaan dan amanah untuk menguruskan wang manafaat ini bagi pihak simati atas urusan-urusan pengurusan jenazah dan yang berkaitan.
8.      Pendaftaran Ahli hanya boleh dibuat sekali sahaja dan boleh dibuat di mana-mana Pusat Pendaftaran berdekatan berdasarkan alamat tempat tinggal. Borang Pendaftaran yang pertama diterima akan dikira sebagai telah disepakati oleh ahli keluarga berkenaan. Sebarang masalah di peringkat keluarga hendaklah diselesaikan oleh ahli keluarga yang terlibat terlebih dahulu sebelum sebarang bayaran boleh dibuat.
9.      Setiap borang permohonan mestilah disertakan dengan salinan MyKad Pemohon, MyKad Penjaga Ahli, MyKad Penama Ahli dan Kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika OKU). Setiap salinan MyKad hendaklah dicop/disahkan oleh Pusat Pendaftaran (Pusat Khidmat Masyarakat, Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Daerah / Majlis Perbandaran / Majlis Bandaraya) dan Rantaian Mesra Sdn. Bhd.) bagi mengelakkan penyalahgunaan.
10.   Bagi Pemohon bukan kelahiran Negeri Selangor, pengesahan taraf mastautin hendaklah dibuat oleh mereka yang disenaraikan (ruangan 5.0 dalam borang pendaftaran) dan mestilah dari kawasan/kampung/blok tempat tinggal Pemohon.
11.   Semua yang telah disahkan layak akan didaftarkan ke dalam sistem eMesra. Ahli boleh membuat semakan di mana-mana Pusat Pendaftaran dengan memberikan nombor MyKad mereka untuk menyemak sama ada mereka telah didaftarkan atau belum. Ahli keluarga juga diminta untuk memaklumkan kepada ahli keluarga yang lain sekiranya mereka telah menguruskan satu-satu nama itu untuk didaftarkan bagi menggelakkan pendaftaran yang bertindih serta sebarang masalah berkaitan pendaftaran dan tuntutan.
12.   Tuntutan tidak akan dibayar sekiranya sebelum ia diserahkan terdapat pertindihan tuntutan atau perselisihan keluarga berlaku. Bayaran hanya akan dibuat apabila semua pihak bersetuju melantik seorang yang boleh dipertanggungjawabkan dan ia mesti dipersetujui secara bertulis dan diserahkan kepada Rantaian Mesra Sdn. Bhd.


Sorry, the comment form is closed at this time.

 
%d bloggers like this: